BAB 7

Romantic Comedy Completed 12982

Tren yang dinanti-nanti akhirnya dating juga. Kyla sudah bergerak menuju ke coach wanita namun nasib kyla kurang baik kerana sudah ramai umat manusia megerumuni pintu masuk ibarat semut. Aku tak kira aku kena naik juga kalau tak memang malam aku sampai dekat rumah. Belum sempat kyla mencelah tangannya ditarik daripada belakang. Terkontang kanting badan kyla mengikut rentak tangan itu.

“masuk sini tak berapa ramai orang sangat.” Kata adit tenang. Adit menarik tangan kyla supaya masuk sahaja. Pintu tren tertutup sebaik sahaja kyla masuk. Kyla berdiri di hadapan adit. Memang sangat tak selesa. Berhimpit dengan bos sengetnya itu. Ini dia kata tak ramai orang berhimpit mengalahkan sadin kalau dengan perempuan-prempuan tak apalah juga. Sebagai keselamatan kyla meletak begnya diantara dia dan adit.

“awak ingat saya nak ambil kesempatan ke dekat awak?” kata adit perlahan ditelinga kyla. Meremang segala bulu romanya satu badan. Ketinggian dia dengan adit memang sangat jauh berbeza. Sekarang inipun dia dibahu adit itupun dibantu dengan kasut tumit tingginya. Kyla hanya mengeleng.

Wah! Apa kena dengan hati aku ini. Melantun semacam aje bila duduk dekat-dekat dengan mamat senget ini. Kyla dapat membau wangian yang dipakai oleh adit terasa nyaman di hidungnya. Kyla jangan nak mengarut dia bos kau. Ingat kyla dia mamat senget yang buat kau malu. Jangan terjerumus dengan perasaan ini. Kyla mengangguk-anggukkan kepalanya tanpa sedar. Adit dihadapannya pelik.

“kyla awak ini kenapa teranguk-anguk? Tidur ke?” tanya adit

“Ha…emm. tak ada apa-apalah saja nak angguk-anguk kepala rasa macam lenguh pula.”merapau dia mencipta alasan. Adit ketawa. Kyla Cuma mengelak daripada terus terbuai dengan perasaan itu dia mengalihkan badannya membelakangi adit. Fuh bernafas aku sikit. Kyla tersengih dengan khayalannya sebentar tadi.
Belum sempat dia matikan senyumannya segerombolan manusia merempuh masuk kedalam tren. Terkejut seketika kyla. Kini dihadapannya seorang lelaki yang ketegori muka miang keladi! Sudah mana aku nak elak ini. Inilah perkara yang paling dia tak suka nak coach yang bukan wanita. Kyla pura-pura buat muka kentalnya padahal didalam hati sudah mahu termuntah.

” hai seorang aje ke?” tanya si pengatal. Kyla diam tanpa melihat muka dihadapannya. Hish sengih-sengih macam tak pernah Nampak perempuan.

” nak berkenal dengan saudari ini boleh?” kyla diam lagi. Kali ini dia merasakan sedikit kelainan kerana terasa jarak antara dia dengan lelaki gatal ini tinggal beberapa inci sahaja lagi. Kyla mula gelisah kerana keadaaan tidak mengizinkan dia bergerak. Kyla sudah tidak tentu arah serasa mahu menjerit tapi suaranya tidak mampu untuk melontarkannya. Adit. Kyla menyeru nama adit didalam hatinya. Dia mahu menangis. Tiba-tiba dia terasa ada tangan yang memusingkan badannya. Kyla mengangkat muka. Dia mula menitiskan airmata. Dia sendiri tidak tahu mengapa.

“saya takut.”

“jangan risau saya ada.” Adit memegang tangan kyla. Kyla terkejut tapi dia biarkan sahaja kerana dia terasa dirinya selamat disamping adit. Kyla sedikitpun tidak menoleh kebelakang kerana dia takut lelaki miang itu dekat dengan dirinya. Kyla mengesat airmatanya. Dia melihat adit membuat muka seriusnya mungkin memandang lelaki miang itu. Padan muka!

“saudari ini kad saya. kalau awak free..”

” dia tak akan free jadi jangan ganggu isteri saya. kalau saya Nampak awak cuba kacau isteri saya atau mana-mana perempuan lain dengan cara ini saya tak teragak-agak nak bawa awak ke balai polis.” Kata adit tegas. Isteri! Tapi tak kisahlah janji aku terselamat.
Ramai mata yang memandang lelaki miang itu dan sebaik sahaja sampai di stesyen seputih terus dia keluar tanpa melihat kiri kanan. Padan muka kau pengatal! Kyla tersengih-sengih.

“tersengih-sengih ini kenapa?” kata adit sebal. Dia sakit hati sebenarnya dengan lelaki macam itu. Buat malu kaum lelaki aje. Kyla terasa begitu dekat denga adit. Eh! Kenapa aku ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience