“terima kasih sebab selamatkan saya.” adit hanya mengangguk. Sampai sahaja di stesyen serdang kyla menyelitkan diri untuk keluar dan akhirnya dapat juga dia bernafas dengan lega. Lega kerana dia selamat dan dapat jauh daripada bahang adit. Kyla! Jangan cakap…
“kyla.” Pintas adit. Belum sempat kyla mahu menghabiskan ayat didalam hatinya.
“kenapa en.adit turun dekat sini? Bukan lagi satu steyen ke?” tanya kyla pelik.
“esok awak jangan naik ktm lagi pergi kerja naik teksi.” Kata adit tegas tanpa menjawab pertanyaan kyla.
” kenapa pula?” tanya kyla pelik lagi.
“kenapa awak tanya. Awak nak kejadian macam tadi berlaku lagi ke. itu nasib baik saya ada kalau tak, tak tahulah jadi apa dekat awak.” Marah adit. Kyla sedikit geram dengan nada adit. Dia ini memang suka buat jiwa aku tungang langang.
“kalau tak disebabkan awak tarik saya perkara ini tak akan berlaku. Jadi tak payah nak arah-arah saya naik teksi.” Marah kyla pula. Dia ingat kalau naik teksi tak ke haru bajet bulanan aku. Gerutu kyla dalam hati.
“salah sayalah sekarang ini. Lain kali kalau jumpa dengan orang macam itu melawanlah balik ini tak diam lepas itu menangis. Kalau dia buat apa-apa dekat awak mac.am mana.”
“memang salah awak. Semuanya salah awak. Awak dah Nampak saya nak naik coach wanita lepas itu yang awak memandai-mandai tarik saya kenapa. Suka hatilah nak menangis ke apa.” Kata kyla geram. Adit dihadapannya menarik nafas.
“saya tak kira esok saya nak awak pergi kerja naik teksi. Ini satu arahan.” Adit menggunakan kuasa vetonya. Kyla tercengang seketika.
“no and never. Saya tak akan ikut arahan itu. Awak siapa nak arah-arahkan saya sesuka hati. Jangan nak terlebihlah adit. Dekat pejabat bolehlah awak nak arah-arah tapi dekat sini salah tempat.” Kata kyla geram dan berlalu meninggalkan adit yang tercengang keseorangan.
Nozi disebelah kyla sudah tergelak-gelak. Kyla membuat muka ketatnya. Orang dalam keadaan genting macam ini boleh pula bantai gelak. Kyla mengiku nozi.
“kau ini kenapa main siku-siku pula. Kalau siku kau itu tak tajam tak apalah juga.” Nozi menggosak lengannya.
“kau jangan gelak boleh tak. Aku ini dah macam orang gila memikirkan hal semalam. Nozi aku takutlah nak menghadap dia pagi ini.” Selepas dia meletakkan beg ditempatnya terus dia menuju ke meja nozi. Mencari kekuatan katanya.
“kau buat relax sudah. Buat macam tak ada apa-apa yang berlaku.”
“mana boleh. Masalah memang aku marah dia semalam dan siap panggil adit lagi tak ada encik-encik dah. Mati aku nozi.” Kyla mengelabah di tempat nozi.
“kyla kau tenang aje. Kalau dia nak marah kau kejap lagi kau dengar kalau dia suruh kau berhenti…”
“apa berhenti. Mana aku nak cari kerja ini.” Pintas kyla mengelabah.
“kau ini aku belum habis cakap lagi. Kalau dia suruh kau berhenti kau cakaplah semalam kau memang tak ada mood biasalah orang perempuan hormon tak tentu.maaflah en.adit jadi mangsa saya semalam.”
“boleh pakai ke alasan kau ini.” Kata kyla waswas. Belum sempat nozi mengutarakan alasan seterusnya dato jamil sampai ditempatnya.
Share this novel