“Assalamualikum Dato.”sapa kyla.
“Waalaikumussalam kyla. Ini saya nak kenalkan bos baru awak. Adit ini kyla dan kyla ini adit.” Terenjat seketika nafas kyla melihat muka bos barunya. Mimpi ke aku ini. Oh tidak! Jerit kyla didalam hati. Adit hanya tersenyum penuh misteri. Kyla mula cuak.
“Hai berjumpa kita lagi.” Ujar adit dengan nada yang sangat menakutkan dipendengaran kyla.
“Ha..hai.”ujar kyla gugup.
“Adit dah kenal ke dengan kyla?” tanya dato jamil.
“Tak pernah tapi selalu jumpa lately ini.” Adit masih memandang kyla yang sedikit mengelabah lagaknya. Tahu takut kalau melawan cakap aku dekat tren bukan ke main lagi. Adit ketawa jahat di dalam hati.
“Jumpa dekat mana kyla?” tanya Dato Jamil ingin tahu.
“ha..eemm..jum..jumpa..”
” Pa Adit gerak dululah nak tengok tempat adit.” Potong adit tanpa sempat kyla menghabiskan ayat rekaannya yang baru terlintas difikirannya. Fuuhh nasib baik.
“Okey. Kyla bawa adit ke tempat bos lama awak dan selamat bekerjasama dengan Adit.”kata Dato Jamil gembira. Aku merana!
Kyla tidak sangka Adit anak Dato Jamil dan dia terasa pelik kerana sebelum ini dia tidak pernah mendengar cerita tentang Adit.tak apa balik nanti aku tanya Nozi. Kyla jalan dibelakang adit tak sanggup rasanya nak berjalan beriringan dengan Adit. Malu bercampur segan tapi dalam hati masih terasa sakit hati lagi.
“Kenapa jalan dekat belakang? Jalanlah dekat depan ingat saya tahu ke nak pergi mana.” Sela adit. Kyla mengetap bibirnya. Nak tunjuk kuasa veto bos lah itu. Argh bencinya.
“Maaf.” Ujar kyla walaupun hati tengah membara.
“Tak sangka awak yang jadi setiausaha saya. must be kind of nightmare to you. But I loved it.” Kata adit sengaja menyakitkan hati kyla. Kyla hanya diam tetapi yang sebenarnya dia hampir terlepas cakap namun dia ingatkan dirinya dia makan gaji dengan bapak Adit dan jangan cari pasal.
“Tak seronoklah macam ini. Diam aje tak nak cakap apa-apa ke?”provoke adit lagi.kyla melepaskan nafas kegeramannya.
“Ini bilik En. Adit. Kalau ada apa-apa tekan aje intercom nombor satu itu direct line saya.” terus kyla berlalu pergi.
Kyla menghempaskan dirinya dikerusi sebaik adit berlalu kebiliknya.
“Kenapalah dalam banyak –banyak orang dia juga yang aku jumpa dan jadi bos aku pula itu.” Gerutu kyla seorang diri. Kyla menghentak-hentakkan kakinya dilantai. Kalau dapat bos macam ini memang tak lamalah aku kerja dekat sini. Kyla mengeluh. Tiba –tiba telefonnya berbunyi menandakan bos ‘senget’ panggil.
“Ya En. Adit.”ujar kyla selembut mungkin.
“Masuk.”perintah adit. Kyla menarik nafasnya.
Kyla mengetuk pintu bilik adit.
“Masuk.”
“Ya En.Adit ada apa-apa ke?” kelihatan adit sedang khusyuk memandang laptop dihadapannya.
“Apa komen awak tentang bilik ini?” kyla memandang bilik yang selalu menjadi tujuan utamanya ketika sampai di pejabat.
“ok. Saya tengok tak ada sebarang masalah. Kenapa encik tak selesa ke dengan atur cara bilik ini?” memang sedari dahulu lagi bilik ini tak pernah berubah posisi sentiasa sama.
“ya saya tak suka dengan atur cara bilik ini. Dan saya nak awak tukar tempat duduk saya ini membelakangkan cahaya matahari maknanya tingkap ada dibelakang saya dan saya menghadap pintu.” Pening seketika dia mengdengar arahan bos barunya. Macam manalah aku nak alihkan meja gedabak besar ini. Ha nozi!
“ok en.adit saya pergi panggil kawan saya bantu saya kemas bilik encik ini.” Baru sahaja kakinya mahu melangkah pergi suara adit menahan gerakan kaki kyla.
“tak perlu rasanya. Cukup ada awak dan saya. sudah sekarang ini awak tolong kemaskan atas meja ini dahulu selepas baru kita angkat meja alih kesana.” Terasa mahu patah akal dengan kerenah bos barunya itu. Nasib kaulah kyla.
Share this novel