Sejak pertembungan yang tidak diduga mereka sering melancarkan perang jeling menjeling diantara satu sama lain. Kalau sesiapa yang melihat pasti mennyatakan bahawa mereka berdua ini musuh tradisi yang kekal abadi walaupun pertembungan itu baru hanya berlaku seminggu yang lalu.
Kyla mengeluh apabila melihat kelibat lelaki yang telah menghancurkan reputasinya sebagai perempuan ayu. Kenapalah aku kena berjumpa dengan dia setiap hari macam tak ada muka lain yang boleh terpapar pada skrin mata aku ini. Kyla mengalihkan pandangannya daripada lelaki tersebut.
Macamlah aku nak sangat bertembung dengan kau perempuan suara nyaring. Adit mencebikkan mukanya menandakan dia juga tidak merelakan matanya melihat kelibat perempuan tersebut.
Insidsen ini berlaku seminggu yang lalu. Mereka bertembung secara tidak sengaja mengakibatkan kedua-duanya terjatuh dihadapan khalayak dan akhirnya tercetusnya pergaduhan apabila masing-masing tidak mahu mengaku siapa yang bersalah dan akhirnya perang mulut mula berlaku di stesyen KL Sentral dan ramai mata yang melihat kejadian itu.
Kyla pura-pura khusyuk membaca novel yang dibawanya padahal didalam hatinya seribu kata-kata buruk dilemparkan pada lelaki yang berdiri tidak jauh daripadanya. Sibuk nak berdiri sebelah aku macamlah stesyen ini kecik sangat.
“kalau setakat baca tapi mata kelain baik tutup aje buku itu.”perli suara itu. Kyla memandang lelaki itu dengan pandangan singanya.
“Yang nak menyibuk sangat kenapa. Suka hatilah. Nak baca ke nak tengok orang ke ada kena mengena dengan dia ke.” Balas kyla geram. Adit hanya tersengih sinis.
“sebab itulah boleh terlanggar orang lain. Mata ke lain tengok benda lain.” Sengaja adit ingin menyakitkan hati perempuan sebelahnya ini harapkan aje muka comel tapi mulut macam tempayan.
“Siapa yang langgar siapa agaknya. Dia yang gelojoh sangat nak masuk dalam tren ada hati cakap orang yang tolak dia.” Kyla juga tidak mahu kalah dalam acara balas membalas ini. Disebabkan ramai tolakan yang agak kasar dan kuat daripada arah belakang menyebabkan kyla pada hari itu tidak dapat mengimbangkan badannya dengan elok dan akhirnya dia tergolek bersama lelaki disebalahnya ini dan paling menyakitkan hatinya ialah ada ke patut lelaki ini menyatakan badan aku yang kecik molek ini berat mengalahkan anak gajah. Bukan sedikit mata yang melihat kejadian ini itu yang membuatkan kyla bengang dengan lelaki disebalahnya ini.
“Harap badan aje kecil tapi berat mengalahkan anak gajah. Siapa yang langgar siapa agaknya ek.” Bakar adit lagi. Baru sahaja kyla mahu membalas kata-kata ‘pujian’ daripada lelaki itu trenpun menjengahkan kepalanya. Kyla merengus kegeraman.
Share this novel