Kyla menghempaskan tubuhnya di atas sofa. Selalu nozi memang balik lewat sedikit daripadanya kerana tunangnya dating berjemput dan berhantar pulang. Memang pada mulanya kyla menumpang kereta tunang nozi tapi lama-lama terasa tidak selesa pula dan dia telah mengambilkata putus untuk menaiki tren ke tempat kerjanya. Pada mulanya nozi membantah dan akhirnya nozi malas mahu memujuk kyla lagi.
Kyla terdengar pintu pagarnya terbuka. Dia menegakkan badannya kerana banyak benda yang ingin ditanyakan pada nozi.
” woi asal muka kau macam hantu mak limah ini.” Ujar nozi sambil duduk dihadapan kyla.
” memang hari ini aku nak jadi hantu. Kau sengaja nak kenakan aku tadikan kata bos aku orang tua gatal padahal anak bos.” Nozi ketawa kesukaan.
“aku saja aje nak buat gempak. Kau kan selalu berangan nak dapat bos muda dan handsome dah dapat nak buat muka hantu mak limah pula.”
“mana aku tak jadi hantu mak limah. Kau tahu tak siapa bos baru itu?”
“tahulah anak dato jamil.”
“itu salah satu benda yang aku baru tahu dan lagi satu kau ingat tak lelaki yang aku cerita yang bergaduh dengan aku dekat ktm itu?” bulat seketika mata nozi sebijik macam mak lampir!
“kau jangan cakap bos baru itu yang kau gaduhkan selama ini.” Kyla hanya mengangguk lemah sambil melepaskan nafasnya.
“habis tadi macam mana?” tanya nozi teruja.
” aku terkejut beruk kot tengok dia. Aku dah bajetlah orang tua sekali mamat sengal itu punya muka. Dan untuk pengetahuan kau dia dah mula main dera-dera aku.” Kata kyla dengan mimic muka yang sangat kasihan.
“apa! dia dera kau. Biar betul mamat itu pukul kau. Esok pagi-pagi aku buat report dekat dato pasal hal ini.” Kata nozi tegas. Kyla ketawa melihat gelagat teman yang suka terlebih reaksi itu.
“kau boleh gelak lagi kyla. Ini benda serius kau tahu tak.” Kata nozi tegas.
” kau ini nozi kalau tak terlebih bukan nama kau. Dia bukan pukul aku lah. Dia dera mental aku dengan kata-kata yang agak mencabar kewibawaan aku. Kalau aku melawan tak ke nanti kena buang kerja.”
“kau ini buat suspen aku aje. Aku rasa baik kau diam aje yalah bak kata kau tadi tak ke naya kena buang kerja. Kalau sekarang ini senang cari kerja tak apalah juga.”
“tapi sebelum ini tak pernah tahupun dato jamil ada anak lelaki kalau yang perempuan itu aku tahulah.”
” adit itu baru balik daripada luar Negara. Dia itu tak suka sangat menunjuk kira low profile. Apa-apa event yang ada dia jarang dating kalau datangpun sekejap aje sebab itu orang tak kenal dia sangat.” Ujar nozi.
“kenapa kau tak pernah cerita dengan aku? Kalau aku tahulah dia anak dato jamil tak adalah aku nak bergaduh sakan dengan dia. Tapi aku peliklah kenapa dia naik ktm? Kenapa tak naik dengan dato jamil sekali.”
” dia memang macam itu. Bukan dato jamil tak beli kereta untuk dia tapi adit yang tak mahu guna dia kata naik ktm lebih baik daripada memandu dalam kesesakan.”
“amboi semua pasal mamat itu kau tahukan. Tapi sikitpun kau tak pernah nak cerita dengan aku dan aku rasa kau tahu dia yang akan jadi bos aku.” Nozi ketawa.
“saja aje aku nak bagi surprise dekat kau. Yalah dari start masuk kerja dok berangan nak bos muda sekali dapat orang yang kau sangat suka.” Nozi menekankan ayat sangat suka itu. Kyla mencebikkan mukanya.
“banyaklah kau punya surprise. Kau tahu tak bagai nak patah tulang belakang aku ini kemas bilik dia tadi.” Adu kyla sambil mengurut-urut pinggangnya.
“kemas bilik bos biasalah macamlah sebelum ini kau tak pernah kemas.”
“kalau setakat kemas-kemas biasa aku tak adalah kisah sangatkan ini segala benda nak ubah. Kau bayangkan aku angkat meja gedabak itu dengan dia tak ke mendera namanya itu bukan tak boleh nak panggil staf lelaki. Lepas itu kata aku ini tak cukup vitamin sebab baru angkat macam itu dah penat. Menyampahnya aku!” jerit kyla bercampur dengan bebelan panjangannya serta mimic muka seperti mahu menelan adit. Nozi ketawa melihat kawannya tersiksa.
“ini baru hari pertama aku tak tahulah apa akan jadi untuk masa hadapan.” Kyla melepas keluhannya.
Share this novel