BAB 5

Romantic Comedy Completed 12982

“kyla masuk bilik saya sekejap.”arah adit tegas. Kyla yang baru sahaja balik daripada pantry terkejut kerana dia tidak perasan dengan keharidan adit pagi itu. Ish dia ini tak boleh ke pagi-pagi ini tegur orang elok-elok ini nak main terjah-terjah pula ingat nas ahmad ke. Geruta kyla didalam hati.

” ya En.adit?” ujar kyla selembut yang mungkin. Adit memandang kyla atas bawah. Kyla mula tak senang dengan pandangan adit. Adit mendiamkan dirinya dan masih terus memerhatikan kyla atas bawah.

“en. Adit ini kenapa? Ada apa-apa yang perlu saya buat ke?” tanya kyla lagi cuba menghilangkan rasa geram dengan adit yang memandangnya atas bawah sedari dia masuk tadi. Macam orang gatal!korek mata itu baru tahu.

“dah berapa lama awak bekerja untuk saya?” tanya adit serius.

“eemm hampir sebulan rasanya.”

“rasanya?” tanya adit lagi sengaja mahu menguji kyla. Kyla mengangguk.

“kalau kita bercinta awak rasa awak dah tahu taka pa yang saya suka apa yang saya tak suka dalam tempoh sebulan ini.” Kyla membuat muka peliknya. Bilakala aku nak bercinta dengan kau. Perasaan.

“saya cakap kalau awak jangan ingat saya nak awak bercinta dengan saya.”sela adit. Kyla mencebikkan mukanya.

“entahlah sebab saya tak pernah bercinta. Bagi saya kalau dalam masa tempoh sebulan untuk tahu apa yang dia suka atau tidak payah rasanya sebab perangai orang lain-lain. Kenapa en. Adit tanya saya soalan macam itu?” dia ini nak minta pendapat aku ke pasal isu cinta-cinta ini ke? Alahai manalah aku reti. Siapalah perempuan unlucky yang dapat mamat senget ini. Kyla ketawa jahat didalam hati.

” saya tanya sebab ingat awak peka pada apa yang saya suka atau tidak. Lepas ini saya tak nak awak buat kopi untuk saya. apa ingat saya ini dah terlampau tua ke asyik nak minum kopi. Setiap pagi saya nak milo panas.” Kyla tertawa kecil.

“macam budak-budak.”gumam kyla perlahan.

“awak cakap apa?” tanya adit garang.

“ha…ap..apa. mana ada cakap apa-apa. Saya cakap milo panas itu nak taruk gula ke susu.” Kelentong kyla. Aduh telinga cap piring astro betul.

“susulah. Jangan manis sangat dan jangan tak terasa manis pula dan letakkan sekali satu jag air kosong.” Banyak songeh betullah mamat ini!

“baik en.adit. ada apa-apa lagi sebelum saya keluar.” Tanya kyla lembut padahal didalam hati mahu sahaja dia melanyak bosnya itu.

“ada lepas ini tolong bersihkan tingkap belakang saya ini. Terasa macam banyak sangat habuk sampai saya rasa tak boleh nak bernafas.” Tergendala seketika otak kyla mencerna apa yang dikatakan oleh bosnya merangakap mamat senget dihadapannya ini.

“rasanya pagi tadi kak kiah dah bersihkan.” Ujar kyla dalam kegeraman. Memang setiap hari tingkap itu akan dibersihkan dan tiada sebarang habuk rasanya ditingkap itu.

“itu kak kiah sekarang ini saya suruh awak. Saya tak sukalah habuk-habuk ini. Jadi bersihkan sekarang.” Kyla merengus kegeraman kerana dia tahu adit sengaja mahu menyeksa dirinya.

“dasar banyak cekadak punya mamat senget.” Kata kyla geram sambil mengambil baldi dan tuala untuk membersihkan cermin bilik bos kesayangannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience