BAB 7

Thriller Completed 2943

Sebuah meja kayu ditarik ke sisi katil. Kelihatan sekujur tubuh berada di atas katil itu. Tangannya terikat. Matanya ditutup dengan sehelai kain dan mulutnya diplaster kuat.

Tubuh itu terus menggelupur dan meronta-ronta mahu melepaskan diri. Namun gagal! Dalam kesamaran, muncul seseorang dengan lengkap beruniform jururawat.

Fiturnya tampak keras dan sasa. Lagaknya juga seperti dibuat-buat; seperti seorang lelaki menjadi wanita. Separuh wajahnya ditutup dengan topeng muka. Dia seakan-akan mahu melakukan pembedahan.

Di atas meja, ada tiga botol kaca dan beberapa alatan yang sering kali digunakan oleh jururawat dan doktor sewaktu melakukan pembedahan. Jururawat itu mencapai picagari yang lengkap dengan sebatang jarum bersaiz besar.

Pelekat di mulut kemudiannya ditanggalkan. Tangan si mangsa dicapai lalu digosok-gosok dengan sehelai kapas. Dengan pantas, salur darah dicari.

“Arghhh!” Injeksi berhasil! Jururawat itu segera mengambil sesuatu dari bawah katil. Suatu tiub halus dikeluarkan dan disambung pada picagari tadi. Darah pekat dan merah terus mengalir laju ke dalam botol kaca. Satu demi satu botol putih itu bertukar warna. Wajah mangsa pucat tiba-tiba.

Jururawat itu kemudiannya menunduk semula sambil tangannya meraba-raba, mencari sesuatu dari bawah katil. Sejenis wayar jenis Iv Transfusion dan dua botol plastik seperti botol urine test dikeluarkan dan diletakkan di atas meja.

Sebatang jarum jenis branula kemudiannya dicucuk pada belakang telapak tangan mangsa. Melalui Iv Transfusion, jururawat itu mengalirkan cecair asing daripada dua botol tadi ke dalam salur darah mangsa.

“Kau buat apa ni? Tolong lepaskan aku!” Teriakan mangsa tidak dipedulikan oleh jururawat itu sebaliknya sekuntum senyuman yang dibalas.

“Pernah dengar tentang racun neurotoksin? Hemotoksin?Inhibitor?”

“Jangan bunuh aku! Tolong jangan bunuh aku!” Rayu mangsa itu lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience