BAB 4

Thriller Completed 2943

“Arghhh! Sakit! Tangan aku!” Dua bilah paku menembusi telapak dan papan lantai. Semakin kuat jeritan dan pekikan, semakin kuatlah ketukan tukul di tangan.

Lelaki bertopeng itu bangkit semula. Diperhatikan wajah sengsara di hadapannya yang kian meronta-ronta dan meminta simpati. Sekali pun hatinya tidak terkuis.

Dia kembali memegang tukul lalu dihayunkan ke kedua-dua belah lutut mangsa.‘Prakkk!’ Patah riuk tulang lutut mangsa dengan tiga kali hayunan yang sangat kuat.

Dian yang masih terang kemilaunya itu kemudian dicapai. Dititik-titikkan cairan daripada dian yang membara ke dahi dan kemudian ke pipi mangsa. Jeritan mangsa sekadar melekat di kerongkong. Tiada upayanya lagi melainkan merintih dan menyerah diri. Sedangkan lelaki bertopeng terus tersenyum sinis.

“Kenapa tak main sekali?” Suara seorang wanita menegur Yanto dari arah belakang. Sekumpulan anak-anak berpakaian seragam sukan sedang riang bermain di padang nan hijau.

‘Cikgu Hailey rupanya.’ Yanto tersenyum simpul memandang citra guru yang sangat mengambil berat akan dirinya itu.

“Mereka tak sukakan saya.” Jawapan Yanto telah menjelaskan segala-galanya. Memang benar, tiada siapa yang mahu berkawan dengannya. Bukan hanya disebabkan ayahnya seorang penggali kubur bahkan dibenci kerana wajah hodohnya.

Sejak lahir lagi wajah Yanto berlubang sebelah. Ada masanya, lubang yang tidak tahu bagaimana terjadi itu mengeluarkan cairan busuk seperti nanah. Mata kanannya pula sepet hingga hampir tertutup. Dek kerana itu, seluruh teman-teman memulaukannya.

“Tapi kenapa?” Soal guru itu lagi.

“Cikgu tak nampakkah atau buat-buat tak nampak? Muka saya buruk dan busuk! Ayah saya tukang gali kubur! Kerja tanam orang mati! Sepatutnya saya yang ditanam sebab saya memang tak layak hidup di dunia ni!” Sepantas kilat Yanto berdiri dan mahu melarikan diri. Namun, tangannya pantas digapai oleh Cikgu Hailey.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience