BAB 13

Thriller Completed 2943

Selama ini, rumah peninggalan ayahnya telah dihias indah semata-mata kerana Cikgu Hailey. Dia tahu Cikgu Hailey sukakan lagu-lagu seniman. Dek kerana itu, Yanto mahu jadi seperti seniman.

Melihatnya, Cikgu Hailey jadi semakin takut. Tubuhnya menggeletar. Belum pernah dia melihat Yanto menjadi seganas itu.

Tiba-tiba... ‘Tok! Tok! Tok!’ Kedengaran bunyi ketukan dan tendangan yang sedikit kuat dari suatu arah. Tergesa-gesa Yanto berjalan ke arah bunyi itu. Sebuah keranda ditolak ke tengah.

Bersusah payah dia menolak dan menariknya. Yanto kembali semula dan menolak sebuah lagi keranda. Kedua-dua keranda itu berada betul-betul di hadapan Cikgu Hailey.

“Kenapa cikgu kahwin sedangkan cikgu kena jaga saya sampai bila-bila? Kenapa cikgu buncitkan perut cikgu untuk lelaki lain dan bukan untuk saya? Saya yang patut cikgu jaga! Saya yang berhak dapat cikgu bukan bapak dalam perut cikgu tu!” Yanto menghentak-hentakkan kakinya pada keranda. Dengusan kasar nafasnya turun naik seperti bermarathon.

“Cikgu... cikgu minta maaf Yanto. Cikgu tak tahu semua tu. Cikgu...,”

“Sebab muka saya buruk orang hina saya. Ni, cikgu tengok ni!” Yanto membuka kedua-dua pintu keranda itu. Ditarik keluar tubuh Aniff dan Alan yang sedang menunggu sakaratulmaut. Mereka benar-benar lemah dan tidak berdaya untuk melawan. Cikgu Hailey menjerit terkejut.

Kelihatan tubuh Aniff sedang meringkuk dengan mulut dan pipinya berjahit. Kesan percikan darah di sekitar mulut yang sudah kering juga jelas kelihatan. Mata Cikgu Hailey beralih kepada Alan. Di wajah Alan, tidak ada secalit luka pun. Namun, Alan cukup lemah.

“Apa kamu dah buat ni Yanto ? Sekalipun mereka pernah buat salah, bukan begini caranya. Ada banyak cara lain lagi yang boleh kita ambil.” Cikgu Hailey cuba berlagak tenang. Dia tidak mahu memberi tekanan kepada Yanto dan anak dalam kandungannya itu.

Yanto menggeleng laju. Ditariknya Alan keluar dari dalam keranda. Tangan Alan sudah terpotong dua. Kakinya juga lembik; seperti patah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience