BAB 5

Thriller Completed 2943

“Melarikan diri bukan jalannya. Yanto harus kuat. Ada sebab Yanto dilahirkan. Allah tak memandang rupa yang jelek tapi hati yang murni. Jangan risau ya. Cikgu ada. Cikgu akan jaga Yanto.” Pujukan Cikgu Hailey membunga di sukma Yanto.

“Betul? Cikgu akan jaga saya selama-lamanya?” Soal Yanto meminta kepastian.

“Ya. Selamanya. Janji!”

Lelaki bertopeng sedang duduk di kerusi kayu. Di tangannya memegang sebuah bingkai kayu namun masih belum jelas potretnya. Lama dia merenung. Dia kemudiannya bangkit daripada duduk lalu menuju ke suatu sudut.

Terdapat meja kecil di situ. Piring hitam diputarkan semula. Bergema terus alunan instrumental Caravansary. Lelaki bertopeng terus khayal dengan dunianya. Tiba-tiba mangsa yang tertidur di tiang seri sejak sejam tadi mula bersuara.

“Arghhh! Aduh! Tolong aku! Jangan seksa aku lagi!” Khayalan lelaki bertopeng mati tiba-tiba. Dia berdengus kuat.

Dihentakkan kakinya ke lantai. Kemudian, lelaki bertopeng berjalan ke arah mangsa. Ikatan badan di tiang seri terus dibukakan. Namun, tangan yang dipakukan tadi masih melekat di situ. Lelaki bertopeng terus menarik badan mangsa.

Tersekat. Mahu tidak mahu, tangan itu harus dipotong. Lalu, dicapainya sebilah pedang yang tergantung di dinding dan dihayun ke arah tangan yang terpaku kuat. ‘Zap!’ Satu demi satu tangan mangsa terputus dua. Lelaki bertopeng itu terus mengheret mangsa ke keranda yang terbuka.

Dihumbankan mangsa ke dalam semula. Pintu ditutup. Bunyi keriut papan kembali berlagu. Lelaki bertopeng segera menuruni anak tangga. Mangsa seterusnya harus dicari. Dia nekad!

“Saya mahu jadi tukang kayu, cikgu!” Ruang bilik darjah riuh-rendah dengan gelak ketawa murid-murid tahun empat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience