BAB 10

Horror & Thriller Completed 2943

“Uwekkk!” Segala isi perut dimuntahkan Yanto. Mutalib yang dari tadi memegang tubuh badan Yanto turut sama termuntah.

“Yucks! Pengotor betul kau ni! Najis! Agak-agaklah nak sumbat dalam mulut dia pun. Kau tengok muka berlubang dia pun dah tak lalu. Sekarang ni engkau busukkan lagi muka dia dengan bau kahak kuning kau tu. Pui! Memang tempah nerakalah kau ni Aniff! Pesan awal-awal kat dia yang kau nak keranda satu dan jangan lupa, tempah lubang kubur sekali! Pakej, kain kapan!” Belum sempat Aniff membidas kata-kata Mutalib, dia terlebih dahulu berlari pergi.

Di sepanjang jalan termuntah-muntah Mutalib dibuatnya. Tidak sanggup rasanya menelan kahak bakir Aniff yang menerjah terus ke tekak kering.

Sekitar ruang yang bermandikan cahaya dian kini lebih terang kemilaunya. Tiga batang dian telah dinyalakan. Alunan muzik instrumental Caravansary yang agak lama menyepi kini kembali beraksi.

Begitu tenang dan mendamaikan jiwa. Kelihatan lelaki bertopeng sedang duduk berlunjur di sisi dua peti keranda yang sudah ada penghuninya. Kedua-dua pintu keranda itu tidak ditutup rapat. Ada ruang nafas di situ agar mangsa-mangsanya tidak terus mati.

Mereka masih berpeluang untuk menikmati saki-baki hidup yang menggembirakan. Tiba-tiba lelaki bertopeng itu membuka salah satu pintu keranda. Dia mengejutkan mangsa yang pertama. Tangan kirinya pula memegang wajah dan topeng muka dibuka.

“Alan, bangun!” Mangsa yang bernama Alan itu terpisat-pisat memandang wajah yang cukup dikenalinya. Wajah Yanto. Lelaki bertopeng tadi sudah menunjukkan rupa sebenarnya.

“Maafkan aku Yanto. Apa yang dah aku buat dulu, hanya mengikut arahan Aniff. Maafkan aku, Yanto !” Alan tidak henti-henti memohon keampunan kerana sebarang kemungkinan boleh terjadi. Alan mahu segera pulang. Pulang ke rumah dan bertaubat.

“Kau ada jumpa Cikgu Hailey ? Dia sihat?” Kata-kata Alan tidak bersambut sebaliknya, Yanto mulai berbicara dengan suara yang cukup lembut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience