BAB 11

Thriller Completed 2943

Tidak ada dengusan dan kemarahan. Alan yang mendengar pertanyaan Yanto cuba untuk menjawab walaupun dalam keadaan terketar-ketar. Wajah Yanto tidak seteruk dulu namun sikap Yanto lebih teruk daripada dirinya, Aniff dan Mutalib.

“Ada. Dia dah kahwin pun.”

Hampir satu jam Yanto berdiri di hadapan kereta Daihatsu Charade Runabout (G10) milik arwah ayahnya yang terletak bertentangan dengan rumah teres setingkat itu. Yanto mahu tahu kebenarannya.

Kata-kata Alan mengenai guru kesayangannya itu disangkal sekeras-kerasnya. Alan bohong! Cikgu Hailey tidak akan lakukan semua itu! Dia sudah bersumpah janji. Yanto tahu, Cikgu Hailey takkan sesekali memungkirinya.

Pandangan Yanto tiba-tiba jatuh pada suatu gerak tubuh seorang wanita yang cukup dikenalinya. Kebetulan, wanita itu keluar ke laman lalu dibukanya pintu pagar rumah.

Yanto masih samar-samar. Ada sesuatu yang berbeza pada tubuh wanita itu. Ya, perut yang membuncit dan dia? Dia...?

“Cikgu Hailey !”

“Dengar... Oh jeritan batinku! Memekik-mekik, memanggil-manggil... namamu selalu! Sehari kurasa sebulan. Hatiku tiada tertahan! Kupandang kiri, kupandang kanan... dikau tiada.... Risau... batinku menangis risau! Makin kau jauh, makin hatiku, bertambah kacau! Mengapa kita berpisah? Tak sanggup menahan asmara. Oh, dengarlah! Jeritan batinku!” Tiupan trompet kembali bergema. Namun, si pemainnya tidak kelihatan.

Dia mungkin berada di mana-mana. Namun, di tengah-tengah tiang seri, kelihatan seorang wanita berbadan dua sedang duduk di atas sebuah kerusi kayu dengan keadaan tidak sedarkan diri. Tangannya pula diikat ke belakang dengan seurat tali tangsi.

“Saya kat mana ni?” Wanita itu mula bersuara. Tubuhnya terasa amat lemah. Tiupan trompet terus terhenti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience