Setelah pulang dari sekolah

Family Completed 1115

Setelah , habis sesi persekolahan..
Mamat terus ke rumah ekal.
"Assalamualaikum...assalamualaikum..
assalamualaikum..".
Ketika itu yang keluar membuka pintu adalah nenek kebetulan nenek berada diruang tamu dan umi berada di dapur , nenek pun terus membuka pintu mendengar ada orang memberi salam.
"Waalaikumsalam..
haa mamat lupanya..
kenapa mat ?".
"nek... mamat nak tanya ekal dah sampai rumah ke belum".
"Lah kau bukan biasa balik dengan dia ke mat dengan siapa tu si caca takkan lah tak tahu mat".

"Tak nek sebab tadi mamat keluar lambat sikit tu yang agaknya diorang dah balik dulu..".
"Pulak dahh pi tengok motor dia ada tak tu kadang kalau dia balik pun aku bukannya perasan mat kadang dia terus masuk bilik tak dengar pun bunyi motor yelah aku pun biasa sibuk dekat dapur tak dengarlah jadinya pi tengok motor dia".

"Tak adalah nek".(Sambil menjenguk motor ekal).
"Pulak belum balik lah tu agaknya haishh kemana ajelah budak tu kalau umi dia tahu bising tau bukan nak terus balik ke apa ke".

Mamat termenung seketika...

Nenek pun berkata lagi...
"Mungkin dia duk lepak rumah caca lah kot mat sebab biasa kalau lambat dia duk melepak umah caca tu sampai ke petang tak balik lagi betul tak mat ? mat oh mat ? pulak dah termenung apakah benda kau mat ha ? ".
"Ha haah nek haah betul nek mungkin dekat rumah caca.. ok lah oklah tak apalah kalau macam tu mmm..mamat balik dululah ye nek asssalamualaikum nek".

"Ha waalaikumsalam mat..eh mat kejap tapi mungkinlah mungkin dia dekat bengkel abah dia tak pun kedai paklang dia tu biasa kan dia macam tu juga kalau balik lambat ada je nak menyinggahnya".nenek menyambung lagi.
"Ohh ha ha mungkinlah mungkin takpalah nek mamat balik dulu lah ye nek byeee".

Pada masa yang sama mamat berkata di dalam hatinya...
"Huh..kalau aku lambat-lambat bla habislah tak baliklah aku jawabnya dengar nenek si ekal ni membebel , berborak2".

Nenek pun masuk dan terserempak dengan umi...
"Siapa tu mak".umi bertanya kepada nenek.
"Si mamat lia".
"Mamat ? ekalnya mana mak ?".
"Mana ada anak kau tu lia entah pergi mana tak balik lagi tu yang mamat datang menanya tu.
"Haa !? tak balik lagi ? lah pergi mana ekal mak". Umi berkata dengan agak terkejut sambil menjenguk-jenguk di luar tingkap.

"Lah manalah mak tahu lia haishhhh biasalah dia tu melepak umah si caca lah agaknya kan biasa kan memang macam tu anak kau tu bukan reti nak balik dulu ke apa ke ha".
"Haisshhh ekal ekal..". Umi berkata dengan agak sayu.

Ketika itu abah tiada di rumah dia pergi ke bengkelnya.

Pada jam 2:40pm...

Ekal pun sampai di rumah, waktu itu umi dan nenek masih sibuk di dapur.
"Eh lia aku macam dengar bunyi motor cuba tengok siapa manalah tahu anak kau".
Umi pun terus naik dan melihat...
"Ekal baru balik ?". Umi berkata seakan-akan mahu memarahinya tetapi dengan nada yang agak rendah.
"Ehh Umi". Ekal menjawab dengan santai.
"Ekal pergi mana baru balik ?".
"Ekal pergi rumah caca tadi tu yang lambat sikit".
"Ekal sini duduk sekejap umi nak cakap dengan ekal".
"Ekal..ekal tahu tak umi risau kalau ekal balik lambat ? janganlah buat umi risau".
"Umi..kan ekal dah beri tahu ekal pergi rumah caca sekejap , tu pun bukan ekal yang nak dia yang ajak yelah dia kan seorang-seorang dekat rumah mak bapaknya tak ada kerja bosan agaknya nak ekal teman dia kejap".
"Yeee umi tahu tapi kalau ye pun ekal baliklah dulu , mandi dulu , makan dulu , solat dulu , pastu cakap dengan umi nak pergi rumah caca barulah umi tak risau .. ni tak balik sekolah terus pergi".
"Ala umi takkan umi tak tahu kalau ekal balik lambat mestilah ekal dekat rumah caca , ekal takkan pergi mana-manalah umi".

"Amboi awak ni kan pandai betul menjawab ye ..umi bukan apa umi cuma risau dengan ekal kalau jadi apa2 macam mana tak kesahlah ekal nak pergi rumah caca ke pergi mana ke yang penting balik dulu".umi berkata dengan hati yang tetap tenang walaupun agak kesel dengan sikap ekal.

Ketika itu , ekal tunduk menandakan rasa serba salah dan dia berkata sambil memeluk umi...
"Ekal minta maaf umi..".
"Mm yelah dah dah pergi mandi solat pastu makan eh dah solat belum ? ".
"Belum".
"Tengoklah tu tak solat lagi dah nak pukul 3 tau haish apa ajelah yang di buatnya dekat rumah caca tu lain kali solat dulu ekal".
"Ok boss ekal masuk dulu ye".(sambil bangun ingin berlalu pergi.

Langkah ekal tiba2 terhenti dan berkata lagi kepada umi...
"Umi kalau makan dulu tak boleh ke laparlah".
"Tak boleh pergi mandi solat baru makan cepat umi tunggu bawah".

Ekal berlalu pergi menuju ke bilik tetapi hanya satu sahaja langkah dia kembali memanggil uminya . "umi....".
"Yeee ekal apa lagi tu ?".
"I love u more".
"I love u more than u know..dah dah pergi-pergi busuk tau".
"Emmmn...emmm...eee mana ada wangi tau ..muah hehehe".
Ketika itu umi tersenyum dan juga berlalu pergi menuju ke dapur.

Seterusnya , ekal pun menuruni tangga dapur dengan tualanya gantung di lehernya..
ekal melihat nenek sangat fokus membuat karipap waktu itu , dan ekal terus mengganggunya dengan menutupi mata nenek dengan kedua belah tangannya dan berkata...

"Ha ha cer teka siapa ni ha teka teka".
"Eeeeee apa ni engkau ingat aku tak tahu ekal haa kau ni memang tak ada kerja ke ha hari2 ganggu aku tak sah kau tak ganggu kan ha".

"Ok ok sorry sorry sorrylah hahaha".ekal berkata dengan tersenggeh-senggeh.
"Haishhh siaplah kau nanti".
"Ekal dah lama siap nek nak pi mana wkwkwkwk".
"Eh kau ni pergi mana ha baru balik asyik nak merayau je kan ha kau tahu tak tadi mamat datang cari kau ha".
"Eii buat apa dia cari eee sibuk jelah dia tu nak balik , balik jelah .. ohya nah nek hasil juallan harini dengan semalam lupa nak bagi lepas ni dah tak boleh jual dah nanti kena marah dengan cikgu disiplin tau ini semua sebab neneklah hem".
"Eh eh aku pula yang kau nak salahkan
Ye ha..engkau yang sibuk nak berjual dekat sekolah lepastu dah jadi macam ni nak salah kan orang pula ishh budak ni".
"Yaya..k bye nak mandi".
"Ni lia kau dah marah si ekal ke belum tadi balik lambat ?".
"Tak umi lia cuma tegur dia je tadi".
"Lah kalau setakat di tegur tak jalan lia cubalah kau marah ekal tu sikit haishhhh korang ni jadi mak bapak baik sangat dengan anak tak pernah marah tu yang jadi manja tak dengar cakap".

Tiba-tiba ekal berkata...
"Ehhh hello hello nek ingat orang tak dengar ke apa nenek cakap ?".
"Eh eh budak ni dalam bilik air pun kau nak bercakap ke ha ? haishh". Nenek terus berkata kepada ekal.

Ketika itu , umi hanya terdiam dan tersenyum.
Acually , nenek dengan ekal ni memang selalu bergaduh manja , yang ekal suka mengusik nenek , yang nenek pula suka mengenakan ekal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience