Cuti sekolah

Family Completed 1124

Pagi , kira2 jam 9 pagi ekal masih tidur.Selalunya pada cuti sekolah selepas solat subuh mesti ekal akan sambung tidur pukul 9 10 baru bangun tu pun kalau ada yang kejut.

Ketika itu , di rumah tiada sesiapa melainkan ekal yang sedang tidur.Umi dan nenek sudah pergi ke warung selepas subuh tadi begitu juga dengan abah ,
abah telah bergerak ke bengkelnya pada jam 8.

Masa tu , ekal lena dibuai mimpi tiba2 telefonnya yang berada di atas meja bersebelahan katilnya itu berbunyi berkali-kali...
"Alahai siapa pula tu..duiii..". Nada ekal yang agak ngantuk.
Telefonnya berbunyi lagi tapi dia tidak menghiraukannya...

Sementara di warung...

"Tak angkat ke lia ekal tu ?". Nenek berkata pada umi yang mencuba menelefon ekal.
"Tak mak masih tidur agaknya".
"Haishh budak tu..
call lagi call lagi sampai dia angkat.. ni ha pandan dah tak ada lia cepat nak suruh dia petik dekat rumah si murni.

Umi pun terus menefon lagi.

Ketika itu , suasana di warung agak sibuk bertambah pula dengan keberadaan cik leha dan cik mariam...
"Ni ni keluaran terbaru tau yam , jamu paling best kau kena try". Cik leha yang asyik berjualan jamu berkata pada cik mariam.
"Elok ke ni leha ?".
"Elok lerrr haish kau ni..
ni mana si murni tak muncul ni yam..ni ha dia punya minyak bidara ni ha". Tambah cik leha.
"Kejap lagi sampai lah tu busy buat kerja rumah dia tu".

Umi terus mencuba menelefon ekal lagi..
"Haishh..hmm.. siapa pula ni hmmm...". Ekal berkata dengan nada yang slow sambil meraba-raba mencari telefonnya dengan mata yang masih tertutup.

Ketika itu , sedang asyik meraba-raba telefonnya...
"brubbb...!!!!..".
Ekal pun jatuh dari katilnya kerana pergerakannya yang terlalu ketepi sehingga membuat dia terjatuh katil.
"Aduhhhhh.. syakitnya...
ishhh..duiiiii...".

Lalu ekal terus tersedar dan mengangkat
panggilannya..
"Hello..
siapa ni haish ganggu orang tidur je lah ishhhh".
"Assalamualaikum ekal ni umi ni masih tidur ke ekal".
"Eh umi waalaikumsalam eh taklah ekal dah bangun dah ni".
"Mm yelah..
ni nenek minta tolong petikkan daun pandan dekat rumah cik murni ni".
"Ha ? ala umi malaslah umi..hm..".
"Ekal jangan malas2 dah cepat pergi petik sekejap nenek lama tunggu tu".
"Mmm yelah2 tapi lambat sikit nak mandi ni".
"Ok yelah dah cepat..assalamualaikum..".
"Oke umi waalaikumsalam".

Sesampai ekal dirumah cik murni...

   "Tit ! tit !!!tit !!! assalamualaikum cik oh..cik murni..
assalamualaikum..
mana ni haishhhh..". Ekal yang memanggil cik murni sambil turun dari motornya.
Lalu ekal terus bergerak ke belakang rumahnya kerana kadang kala cik murni di belakang dan dia tidak dengar jika ada orang di depan...
"Ohoiiiii hoiii......
abang pilih yang mana perawan atau janda eh eh abang pilih yang mana.....".Kelihatan cik murni dibelakang yang asyik menyanyi sambil menyidai baju.
"Emm emmm sini rupanya haa tunggu2 im terkejut kan cik murni...".

Sedang asyik cik murni bernyanyi ekal terus mengejutkannya dari belakang...
Cik murni pun melatah..
"Bommm !! ".
"Bom !! Bom !!! Bommayahhh eh eh bom bom !!!! Eh eh  allah hai ekal terkejut cik".
"haaaaa ! Bukan main cik janda2 perawan2 ni haahhah".

" ala tak ada apalah kal.. ni ha kenapa ni ekal ?".
"Ni nak minta daun pandan sikit nenek nak".
"Ohhh boleh2 ada tu ha situ tu pi lah petik pi pi".
"Ok ok mana tu ke ? Situ ?".
"Ha ye situ sebelah situ ha.. eh kau ada bawa pisau tak ?".
"Pisau ? But apa pula cik tak payah pisau pakai tangan je bukannya serai".
"Haah juga ye lupa pula".
"Ok done cik murni terima kasih ye ekal gerak lu paper rojerrrr".

"Eh sikitnya ekal..
petik lah lagi sikit sangat tu".
"Ala ok lah ni untuk hari ni besok datang lagi petik haha..ok la cik murni assalamualaikum..".
"Hmm yelah waalaikumsalam..
ehh aku kan nak pergi warung kak senah...
eh eh ekal eh tunggu aku aku tumpang kau ,
kau nak pergi warung nenek kan aku pun nak pergi ni lupa pula kejap2 , kejap kal kejap tunggu".
"Ohh haa haa ok ok cepat sikit cik".
"Oke kal jom2".
"Oke..pegang2 kang aku nak rempit ni".
"Ehhh ! Sudah kau jangan kal aku nak hidup lama tau.. slow2".
"Oke..".

Tibanya di warung...

Ekal pun sampai di warung bersama-sama cik murni , ekal terus mematikan enjin lalu terus menuju ke dapur dan berselisih dengan aris lalu sambil ekal menegurnya.
"Hey aris..".
"Hi kak..". Aris membalas dengan senyuman.

"Haa ini pun si murni ha lambatnya kau si leha dah balik dah". Kata cik maryam pada cik murni.
"Balik dah ? walah aku baru nak nengok2 jamu baru dia..ni ha habis minyak bidara aku dia ada bawak tak tadi ?".
"Ada ni ha...
ini pun pakai duit aku dulu tau ha sekarang bayar 15 hinggit ?".
Cik maryam dan cik murni pun meneruskan sembang-menyembang mereka....

"Nah nek pandanmuuuu". Kata ekal pada nenek.
"Ehhh dia ni dah nak tutup pun warung simpanlah untuk esok pandan tu".
"Walah buang masa je petik..tadi nak cepat2 sangat walah..
nek lapar lah ada something tak ? Yang boleh dimakan".
"Tak da tak ada kau pergi tolong kemas
warung".
"Walahhhh...". Balas ekal.

Selanjutnya , setelah selesai mengemas diwarung.
Ekal menunggang motornya hendak pergi ke kedai pak lang pula.Biasalah kadang bila cuti sekolah ekal  sering melepak juga di kedai pak langnya dan membantunya juga.

Ketika di jalan sedang ekal menunggang motor dari arah agak jauh sedikit terlihat sekumpulan budak2 berada di pondok kecil yang berada di tepi jalan itu.

Aiman yang juga baru datang dan berkata pada mereka(budak2 itu).
Aiman merupakan anak pada cik mariam.
"Boleh tak aku main dengan korang..
Aiman sambil memegang gasing mainannya".
"Aduh si bucin..
jom2 bla2 haishh kacau je main tempat lainlah". Faiz berkata dengan rasa tidak suka dan terus bangun sambil mengemas-ngemas gasing permainannya begitu juga dengan rakan2nya.

Faiz juga merupakan anak cik leha yang agak sombong , dia sama sekali tidak suka pada aiman apatah lagi mahu bermain bersamanya.

Ekal yang melihat terus menyinggah di pondok itu , lalu terus mematikan enjin motornya.
Terlihat aiman bersendirian di tinggal oleh budak2 lain , mukanya kelihatan sangat sedih.
Lalu ekal pun turun dari motornya mendekati aiman.
"Aiman...kenapa ni ha nampak sedih je kenapa tak ikut budak2 lain tu ? asal tak pergi main dengan diorang ?".
"Diorang tak nak main dengan aiman".
"Lahh..pulak..ok lah ok lah jom main dengan akak jom sini.. macam mana mainnya akak tak reti main gasing kecil macam ni dik akak main yang besar terus tau ha".
"Wah yeke ? Hebatlah akak ekal ni tapi yang kecil akak tak reti macam mana akak boleh main yang besar ?".
"Ammmmm... tak boleh , boleh kan jelah dik.. ni awak pun hebat tau hehehe".
"Tak adalah kita tak hebat.. semua tak nak main dengan kita".
"Ala biar jelah diorang tu tak payah heran akak kan ada".
Betul ke kak ?".
"Betullah mai sini ha..duduk dekat sini oke kita main ye cepat ajar akak".
Aiman terus duduk dan bermain gasingnya bersama-sama ekal dengan gembira.••

Ekal pun telah tiba di kedai pak lang...

"Haaa.. iyeee mak lang masa tu budak2 tu tak nak main dengan aiman". Sambil makan snek ekal terus bercerita pada mak lang di kaunter itu dan duduk bersama-samanya.
"Hmmm..tak eloklah diorang buat macam tu dekat aiman..kan aiman cuma nak main dengan diorang".
"Ha tulah apa lahh kan".
Tiba2 pak lang bersuara..
Pak lang yang ketika itu sedang sibuk mengemas-ngemas barang2 yang berada di kedainya..
"Apa yang di ceritanya tu macam gempak je".
"Tak da apa pak lang hehehe". Ekal tersenyum-senyum begitu juga dengan mak lang isteri pak lang.

Mereka pun sambung bercerita-cerita dan pak lang masih sibuk mengemas-ngemas barang-barangan di kedai.

Tiba2 anak dara cik leha si farah pun datang ke kedai pak lang dan terus berkata dengan tergedik-gediknya sambil ingin memegang-megang pak lang.
"Assalamualaikum..everbody..
eh eh abang harith..
abang apa khabar ? yendunya..".
Pak lang pun ketika itu terkejut akan keberadaan farah disitu.
"Hey hey hello don't touch2 my pak lang..
eii kau ni tak malu ke ha !?ha !?". Ekal yang terus sound kak farah.

"Ekal dah2 tak payah layan perempuan macam ni". Mak lang bersuara.
"Eii mana boleh kena di tegur mak lang , gatal betul tak malu ke pak lang aku ni dah kahwin yang kau sibuk nak kacau lagi kenapa ?".
Farah hanya berdiam dan buat muka tak hairan dengan kata2 ekal.
"Dah-dah macam ni lah sekarang ni farah kau datang sini nak apa ? nak beli barang ke atau saja2 datang sini". Pak lang menanya.
"Nak jumpa abang harith because i miss you..". Farah terus membalas percakapan pak lang dengan selambanya di depan ekal dan mak lang.

Mak lang hanya mampu terdiam dan melihat kelakuan farah yang terus gatal mengatal kepada pak lang.. mak lang jenis yang penyabar orangnya.
"Eii tak malu..heyyy apa benda kau ni balik2 dasar pergi2 sebelum aku karate kau ha..pergi2". Kata ekal lagi dengan perasaan kesal sambil menunjuk gaya karatenya itu.
"Eii apa ni ishhh janganlah buat i macam ni". Kak farah berkata pada ekal dengan sedikit demi sedikit bergerak keluar dari kedai.
"Tak payah nak i i sangat..
ha ha..go go jangan dekat ha go sebelum aku buka langkah lebih lagi".

Kak farah pun terus beredar dari situ dengan muka yang agak kesal.
"Haa tahu takut..ingat kalau kau berani datang lagi semata-mata nak mengatal dengan my pak lang aku kau jaga". Tambah ekal lagi.
Pak lang dan mak lang hanya mampu tersenyum melihat gelagat anak buahnya itu.

Pak lang mula berkata pada mak lang..
"Sayang..abang minta maaf apa yang jadi tadi".
"Tak da apa sayang ok je". Mak lang membalasnya tanpa rasa ragu.

Ketika di jalan farah terhenti langkahnya dan berkata...
"Ehh aduhh aku lupa nak beli bawang ishhh..mesti orang tua tu bising kalau aku tak beli ishhh..ni semua sebab si ekal lah ni aku jadi lupa adoii tak apalah aku pergi kedai lain iss hmmm".

Petang kira-kira jam 4pm...

Ketika itu , ekal yang ingin turun dari tangga dapur terus di panggil nenek yang berada di situ..
"Eh eh ekal tolong nenek sekejap ni ha hantar lauk sup ni dekat rumah bestfriend kau tu cik kiah..nah ni".
Ekal pun terus membalas nenek...
"Okey nek sat nah i want go to the toilet jap".
Nenek hanya mampu berkata...
"Ha yelah cepat sikit.. ni nanti hati2 panas sup ni".
"Beres".

Setiba di rumah cik kiah yang tidak jauh dari rumah ekal...

Ekal terus berjalan ke rumah cik kiah sambil memegang semangkuk lauk...
"Assalamualaikum..cik kiah oh cik kiah..assalamualaikum...haiiii mana nihh..asssalamualaikum..".
Tidak lama ekal memberi salam , cik kiah yang berada di atas pokok sambil mendengar lagu dan bernyanyi pun menyaut panggilannya..
"Oiii ekal oii...aku dekat sini ni ha..oiii..member..na na na na..see u see u everytime...uuuu see u se u".
Ekal pun pelik ketika itu dari mana datangnya suara cik kiah itu dan dia berkata sambil menjenguk-jenguk...(ekal tidak melihat cik kiah di atas pokok).
"Aikk..aku macam dengar suara cik kiah tapi di mana ya ?..hmmm..cik kiah ?..".

Lalu cik kiah yang asyik menyanyi di atas pokok itu pun berkata lagi...
"Eh ekal..aku dok atas ni ha takkan mu dok nampok haloh haloh..duhh..sat nah aku turun..adoi..".
"Ya allah ya robbi dekat atas lupanya buat apa tu allah..perlahan-lahan turun tu allah cik kiah oi dah tua janganlah main panjat2 jatuh kang susah".
"Alah kau ni macam tak biasa tengok aku memanjat-manjat ni ha..aku kan dulu juara acara panjat-memanjat ni ha dekat kampung..".
" aik ada ke acara tu ?".
"Tak adalah hahaha..ni ha apa kau bawak tu bukan main sedap bau kau gitchuww".
"Sup ni ha nenek bagi ni makanlh".
"Sup apo pulak ni kambing ke ?". Sambil membaunya.
"Pulak dah kambingnya..
ayam ni ha ke sayur ni entahlah sup apa entah ni".
Lalu cik kiah terus berkata lagi dan menjemput ekal masuk sekali makan bersama-samanya...
"Ha yelah.. eh jom masuk2 temanlah aku makan jom2".
Tanpa rasa segan silu dan ragu ekal pun berkata...
"Ha jom..".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience