Pada hari berikutnya di sekolah

Family Completed 1115

Hari ini , waktu pertama di kelas ekal adalah waktu PJ(sukan) begitu juga dengan kelas anis same time.
Cikgu PJ yang mengajar kelas ekal adalah cikgu alif manakala cikgu yang mengajar PJ kelas anis adalah cikgu fahmi cikgu sukan juga tetapi hari ini cikgu fahmi tidak dapat hadir jadi cikgu alif akan mengambil alih menggantikan kelas cikgu fahmi.

Ketika PJ itu , murid perempuan dan lelaki telah di asingkan mereka tidak sukan bersama..
budak lelaki kelas ekal dan anis juga telah bergabung untuk bermain bola bersama.
manakala , murid perempuan akan bergabung bermain bola jaring.

Setelah murid perempuan kelas ekal hampir tiba di tempat berkumpul untuk memulakan activiti sukan itu , cikgu alif terus berkata dan memanggil mereka...
"Sini2 semua".
Dalam hendak menghampiri tempat berkumpul itu caca terus berkata...
"Eh ekal tu macam budak2 kelas anis je".
"Haah lah asal diorang dekat situ sibuk jelah".
"Ok duduk dulu..cikgu nak cakap sikit sebelum memulakan aktiviti sukan yang akan cikgu beri kepada anda semua". Kata cikgu alif.
"Ok..hari ni sekali gus cikgu mengajar waktu pj kelas  mereka(kelas anis) sebab cikgu fahmi tak dapat hadir jadi cikgu mengambil ahli ganti..
so cikgu harap korang  boleh bergabunglah dengan mereka ... ok so hari ni korang nak main apa ?".
"Hmmm main apa erk?". (Murid2 kelas ekal saling berpandangan).

Mereka semua mula memikir...
Dengan nada agak semangat dan berani anis yang tiba2 menyampuk percakapan diantara cikgu alif dan murid2 kelas ekal.
"Cikgu..macam mana kalau kita main game..
main bola jaring  lawan budak2 kelas diorang".
(Murid2 kelas ekal sekali lagi saling berpandangan , manakala ekal just steady , santai).
"Ohh bola jaring ok juga boleh.. macam mana dengan kelas ekal setuju tak ?".

Ketika itu , budak kelas ekal agak senyap..
yelah sebab diorang tahu anis ni wakil sekolah dalam permainan bola jaring jelas2 lah nanti diorang kalah teruk habis kena belasah teruk.
"Senyap semua tak beranilah tu". Kata anis memerli , mengejek , murid2 kelas anis turut mengetawakannya.

Tiba-tiba tanpa segan silu dan melihat sekeliling ekal terus berkata...
"Saya setuju cikgu kita akan berlawan dengan diorang”.
"Ok kalau macam dah jom pergi ke kawasan dalam padang..
tunggu cikgu kejap cikgu pergi ambil bola”.

Dalam perjalanan hendak ke padang caca terus berkata pada ekal...
"Eh ekal ko biar betul nak lawan dengan si anis tu ko jangan main2 anis tu wakil sekolah bola jaring tau kalah hauk kita nanti”. Kata caca.
"Entah kau ekal really lah aku rasa macam nak resign lah”. Wawa yang di sebelah ekal turut berkata pada ekal.
"Korang ingat aku peduli dia wakil sekolah ke , wakil daerah ke , wakil segala kepala ke , ingat aku takut..
lawan tetap lawan..
menang kau boleh berjoget kalah kau boleh pasrah..
pasrah itu menyerah..
menyerah itu mengalah”.
"Eh ca apa member kau merepek tu”. Kata wawa pda caca dengan perasaan hairan.
"Entahlah nak dah2 jom2 cepat”.

Kemudian perlawanan pun bermula di antara kelas ekal dan anis...
"Ok ekal anis siapa nak mulakan dulu ni”. Tanya cikgu alif pada mereka yang telah berkumpul(siap sedia untuk berlawan).
"Dia mulakan dulu cikgu si terpaling kepala ni “. Kata ekal(menunjuk anis)sambil memandang tajam mata anis juga.

Anis melihat ekal dengan mata yang tajam juga dan senyuman yang sinis(muka belagak).
"Ok..boleh start lah elok2 main oke go”. Pesan cikgu alif.
Mereka pun berlawan dan berlawan…
pada ketika itu , ekal tidak berjaya mengejar anis yang sangat lincah dan sampailah anis dapat memberi mata yang pertama kalinya sampailah mata yang ketiga yang telah di jaringkan oleh anis..
ekal dan team kelasnya masih lagi tidak dapat memegang bola.

Ketika itu juga , tiba2 telefon cikgu alif berbunyi..
cikgu alif mengangkatnya dan pergi tempat yang jauh sedikit daripada tempat mereka bermain.
Tiba2 caca berkata pada ekal..
"Ekal apa ni adoi come on you can do it !”.
"Apa sih ko ingat aku pandai sangat main ni”. Kata ekal pada dengan caca nada yang agak kesal sambil mahu mengejar bola yang masih di pegang oleh anis.

Sementara itu , tiba2 cikgu selena yang lalu di sebelah padang itu ternampak cikgu alif yang sedang asyik menelefon dan cikgu selena terus menghampiri dan memanggil cikgu alif sambil melambai-lambaikan tangannya.
“Cikgu..cikgu..”.

Cikgu alif pun perasan akan keberadaannya dan suaranya cikgu aif pun telah selesaikan percakapannya di telefon.
"Ha cikgu selena ye ada apa ye ?”.
Ketika itu mulalah gedik cikgu selena tu datang..
"Hmm..tak ada apa saja panggil hehehe”.
"Ha.? Pula dah”.
"Kalau tak ada apa2 saya balik ke padanglah cikgu ye”.
"Eh eh tunggu2 cikgu cikgu”.
"Ye cikgu ada apa “.
"Sebenarnya..ammmm..
malu lah nak cakap..
sebenarnya..”.
"Sebenarnya ?”.
"Mmm..sebenarnya saya..”.
"Apa dia cikgu cakap je jangan malu2."

"Saya.....
tidak sempat cikgu selena meneruskan percakapannya cikgu alif berkata..
“eh apasal tu”. Cikgu alif terus berlalu pergi ke padang setelah mendengar bunyi bising dan jeritan di tempat di mana murid2 nya bermain tadi.. ternyata ekal dan anis sedang bergaduh waktu itu.

Cikgu selena ketika itu pun buat muka dan berkata..
"Eii kacau daunlah anak2 tu sekalian hmm syedih baru nak luahkan perasan eh i mean perasaan hm !”.
Cikgu selena pun tidak hiraukan pergaduhan itu dia berlalu pergi setelah kesal , dia juga buru2 untuk memasuki kelas.

"Eh eh ekal anis apasal ni eh ekal anis dah2..ya alllah..ekal..
anis..
sudah sudah sudah kenapa gaduh2 ni ya allah sudah2”.
Mereka pun berhenti bergaduh dan melepaskan bola itu(ternyata bergaduh cause bola).
"Kenapa boleh jadi gaduh pula ni”.
"Ni ha cikgu anis main solo je bukan nak bagi bola dari tadi asyik dia je”.

Cikgu alif ketika itu berasa pelik juga murid2 yang lain ada juga yang sedikit tertawa.

"Hek eleh buat apa aku nak bagi bola dekat kau..kau bukan team aku lah , cakap jelah kau tak reti main”. Anis membalasnya dengan nada yang sombong.
Mereka yang disitu mula mengetawakan ekal dan bersorak...
"Wuuuuuuuu....".
"tak reti main cakap jelah wuuuuuuuu”. Yaya turut bersuara.
"Entah eiiii so bad”. Tambah mira.
"Dah dah sekarang kalau macam ni lebih baik sukan kelas sendiri2 ok dah2." Tambah cikgu alif lagi.
Mereka pun mula bersurai dan bermain sukan kelas masing2.

Dari sudut yang agak jauh mamat hanya mampu melihat ekal dan anis bergaduh sambil berlari-lari mengejar bola(ketika itu mamat sedang bermain bola).

 Selanjutnya , waktu sukan pun tamat dan mereka masuk ke kelas masing2 tetapi ketika itu sebelum masuk ke kelas ekal dan caca pergi ke tandas dahulu.
Ketika itu , ekal dan caca berjalan hendak ke tandas dan dalam berjalan itu caca pun berkata pada ekal...
"Weh ekal aku lupa nak bagitahu dekat kau nanti lepas je balik sekolah aku terus gerak KL cousin aku nak kahwin..
hari ahad petang ke malam macam tulah baru aku gerak balik”.
"Oh okey but nota bm aku bila ko nak pulang..
dahlah hari ni ko tak bawak aku nak baca deer aku belum baca lagi”.
"Eleh baca konon puihh...
baca apa kulit bukunya je kan hahaha..”. Caca mengusik ekal.
"Eee mana ada herr kaulah tu , okey aku baca kulit depan kau belakangnya kan ? Hahahahah”. Ekal mengusik caca kembali.
"Eleh mana ada , tenang2 nanti sebelum aku nak gerak KL aku pergilah dulu rumah kau hantar dont worry right”.

Setiba sahaja di tandas kebetulan anis dan rakan-rakannya juga berada di tandas..
"Hek eleh perempuan ni lagi haish aku rasa sekolah memang kecil lah asyik muka yang sama je”. Ekal terus berkata sejurus melihat anis dan rakan-rakannya yang asyik membetulkan tudung mereka.
"Hmmm betul2 kecil beb”. Caca menambah.

Sewaktu itu juga , mereka bertiga memandang tidak berpuas hati..
mulalah mereka saling menenung berpandang diantara mata ke mata(seakan ada vibes slowmo).
Setelah agak beberapa saat mereka memandang diantara mata ke mata tiba2 seorang pelajar yang berada di dalam tandas tealah keluar melalui depan mereka...
"Minta maaf tumpang lalu sorry ganggu”.
"Hek eleh kacau rumputlah eee bla2”. Kata yaya dan terus mengunci pintu tandas itu.

Setelah itu , mereka mula bergaduh tanpa sesiapa di situ kecuali hanya mereka sahaja.

Ekal dan anis bergaduh dengan cara menarik-narik tudung dan menolak-nolak..
manakala caca , yaya dan mira bergaduh dengan cara membuka paip dan menyimbah-yimbah air diantara mereka dan menolak-nolak juga(2lawan1).
Setelah mereka asyik bergaduh tiba2 2 orang pelajar ingin memasuki tandas..
mereka mula mengetuk-getuk pintu...
"Tok..tok..tok..asal kunci weh ada orang ke tak ada ? hello ada orang tak”.
"Ehhh jap weh aku macam dengar suara lah dekat dalam..cuba ko dengar betul2”.
"Ehh tah tah ekal dengan anis tak bergaduh”.
"Haah jugalah”.

(Mereka bergaduh sama sekali tidak menghiraukan orang yang berada di luar).

Kemudian 2 orang lagi pun datang juga...
"Eh apasal ni weh..".
"Ekal dengan anis gaduh lah weh dengan member2 dia”.
"Ekal ?? Ekal..anis ?? weh bukalah...
wehh”.
Suasana di luar tandas itu semakin ramai..

Tiba2 wawa dan salah seorang member classmate ekal juga datang...
"Ehhh ehhh weh weh apahal ni buat ramailah korang ni tepi2 sikit kenapa ni weh ?”.
"Ekal dengan anis bergaduh dekat dalam”. Salah seorang pelajar di situ berkata pada wawa dan rakannya.
"What !? Are talk about !? ..really ? Oh my way..
ok ok now aku nak 2 orang pergi panggil cikgu lela sekarang go go”.
Kemudian 2 orang pelajar pun terus pergi memanggil cikgu lela di bilik disiplin.

Setelah mereka memanggil cikgu lela.
cikgu lela datang dan terus mengetuk pintu itu dan berkata dengan nada yang serius..
"Ekal !! anis !!! ...buka pintu ni !!…
heiii ekal anis !!!…
buka cikgu cakap !!!”.

Mereka tetap tidak menghiraukan apa yang terjadi di luar mungkin mereka tidak dengar kerana sangat asyik bergaduh di dalam...
Secara tidak sengaja ketika itu cikgu alif lalu di situ dan salah seorang pelajar memanggil cikgu alif...
"Cikgu sini2 cikgu”.

Cikgu alif yang melihat mereka pun terus bergegas ke tempat mereka…
"Eh kenapa ni ada apa ni ? Cikgu lela ?”.
"Ni ha lif pintu dikunci..
si ekal dengan anis ada dalam bergaduh.. lif kau tolong tolakkan pintu ni lif”.

Cikgu alif pun cuba membuka pintu 2 3 kali dan akhirnya terbuka juga.
Melihat keadaan mereka yang agak serabut ketika itu dengan paip terbuka.
"Mmm..ekal anis..
tak puas gaduh dekat padang tadi ke sampai sambung bergaduh dekat tandas ni ?”. Cikgu alif berkata dan menggelengkan kepala.
"Sekarang cikgu nak kamu semua ikut cikgu pergi bilik disiplin ! “. Cikgu lela terus memarahi mereka dengan nada yang sangat marah !!!.

Mereka tanpa berkata apa2 mereka terus bergerak ke bilik disiplin.

Sesampai di bilik disiplin...

Cikgu lela terus berkata dengan perasan yang sangat marah dan tegas..
"Apa masalah kamu semua ni ha !? Dah hebat sangat ke nak gaduh2 macam tu ha !? Tandas pula tu !? Tak ada tempat lain !? Dah bagus sangat !? mak bapak kamu semua ajar ke datang sekolah untuk bergaduh !? macam tu ha !?”.

Mereka hanya terdiam tunduk mendengar cikgu lela memarahi mereka.

"Dengan paip tadi terbuka macam tu ! baju basah2 ! Main air ke ha !? Main air kan !? Seronok main air !? Caca … ! Yaya yeh … ! And mira … !”.
Tiba2 dengan rasa segan silu caca bersuara untuk mempertahankan diri.
"Disebab budak 2 orang ni cikgu diorang yang simbah air dekat saya dioranglah yang main air first bukan saya”.

Yaya turur berkata...
"Eh kau jangan nak menfitnah erk kau yang mulakan dulu , cikgu dia yang start dulu cikgu”.
"Entah kau eiii”. Mira turut berkata.
"Sudah cukup cukup ! dengar sini ye kamu semua..
sekolah bukan tempat bergaduh..
Bergurau berlebihan..
Bermain... kecuali waktu sukan..tapi sekolah tempat belajar menimpa ilmu..faham ke tak !?”.

Mereka pun menjawab serentak...
"Faham cikgu..”.
"Sebenarnya cikgu dah banyak kali dengar korang bergaduh tapi cikgu diam sebab cikgu tidak nampak di depan mata cikgu tapi kali ni cikgu nampak korang bergaduh depan mata cikgu..
dahlah dekat tandas pula tu tempat syaiton yang di rejam !..
sungguh dasyatnya kamu semua macam tak ada pot lain nak gaduh..
tandas juga tempat perhatian !!..
apasal !? ha apasal ? Boleh jadi macam segini rupa ha !? sebab kamu semua dasyatlah !..
dasyat tahu dasyat tu apa tahu ke tak !?”.
Mereka pun menjawab serentak sekali lagi dengan nada yang lesu..
"Tahu cikgu..”.
"So cikgu tak nak cakap banyak cikgu akan keluarkan surat amaran ke 3 sebab bergaduh..
sekali lagi kamu semua gaduh cikgu terus gantung tiada pepatah maaf !!..”.

Mereka membuat muka seakan tidak berpuas hati kerana tindakkan cikgu lela itu.
Pada masa yang sama juga , tiba2 cikgu lela mengambil rotan.
"Eh cikgu nak buat apa tu ?”. Kata anis yang resah setelah melihat cikgu lela mengambil , memegang rotan.
Mereka juga saling berpandangan sesama rakan.
"Cikgu cikgu ammmm nak buat apa dengan rotan tu ?”. Caca turut bertanya.
"Rotan kamu semualah takkan cikgu nak makan rotan ni ! Kamu semua ni banyak pula tanya”.
Mereka menjawab serentak...
"Ha !!!???."

"Apa Ha ha ha ha ??..tak payah nak terkejut sangat ini nama dia makanan untuk orang yang susah nak dengar kata macam kamu semualah !!”.
"Cikgu takkan lah.....” tidak sempat mira berkata cikgu lela sudah potong…
"U shut up !!..
(Ekal kelihatan strong dan tetap santai tetapi dalam hati resah juga kikikiki siapa yang tak takut kena rotan kan kuat pula tu).

“Caca angkat tangan sekarang..”.
“Ha !? Kenapa saya dulu cikgu !? Oh no !”.
(Anis , yaya and mira agak tertawa sinis melihat caca yang first kena rotan terlebih dahulu).
“Ehhh sukati sayalah , yang nak rotan siapa ? Saya kan ? So siapa2 pun saya boleh start.. dengan cikgu lain kamu boleh main2 tapi dengan cikgu kamu semua jangan nak main2 ye cikgu garang tau !!! Terpaling garang tau !! Apa dia terpaling…????”.
Mereka berkata serentak sekali lagi..
“Garang……”.
“Caca angkat tangan past past…
omg caca angkat lah tinggi sikit
macam tak makan lah kamu ni..
ini adalah makanan namanya faham ? Caca ! tinggi sikit ca tinggi ! Slow lah awak ni !”.

Ketika itu , caca takut2 mengangkat tangan dan mengelak-ngelak ketika cikgu lela ingin merotannya..
"Caca !! kalau kamu main2 cikgu bagi 3kali rotan”. Tambah cikgu lela lagi.
"Ok.. ci.. ci..cikgu..
slow2 tau”. Caca dengan nada yang agak ketakutan.
"Sup !!!!!!…….
Woow pedih beb !”. Kata caca dengan menahan kesakitan.

Giliran ekal…
Ketika cikgu lela ingin merotan ekal , cikgu lela melihat ekal memakai gelang dan berkata...
"Ni apa ni ekal ha !? sekolah pakai gelang ? Tunggu .. tunggu…”.(cikgu lela mencari gunting).
"Duhh lupa pula nak tanggal gelang sebelum masuk disiplin haishh”.Ekal berkata dalam hati.
"Wehh ekal ko lupa nak sorok ke gelang kau tu ?”. Caca yang berbisik pada ekal.
"Aku lupa dol”.
"Haaaa...nampak aku pegang apa ha ? Yaaaa gunting !! Mahal tau !!...".
Cikgu lela terus memotong gelang yang dipakai ekal.

Ekal terus berkata di dalam hati lagi...
"Nasib 2 ringgit..”.
Anis , yaya dan mira hanya senyum sinis sekali lagi melihat gelang ekal di gunting oleh cikgu lela.
"Lain kali cikgu nampak pakai gelang lagi siap ! …bukan ekal je korang pun sama..
Ekal lurus sikit tangan ekal..
sup !!(bunyi rotan)...”.
Selanjutnya cikgu lela terus merotan anis , yaya dan mira...

"Sup !!....sup !!....sup !!....”.
"Paduuu marem !!!”. Kata yaya menahan kesakitan juga.
"Dah sekarang cikgu nak korang semua masuk kelas sekarang..
ingat pesan cikgu..
siapa yang berani langgar siap..
dah2 pergi2 buat ramai je korang ni , masuk kelas terus jangan merayau !!!”.
(Mereka pun terus bergegas memasuki kelas mereka).

Dalam perjalanan…
memasuki kelas anis berkata pada yaya dan mira...
"Eiiii aku geram betul lah dengan si ikan tu …
kalau bukan sebab dia yang mulakan dulu aku pun tak hamak lah nak gaduh dengan dia dekat tandas pula tu herrrr”.
"Aik bukan kau memang suka gaduh dengan dia ke ?”.
“Isss senyaplah kau mmm!!!”.
“lepastu beb dahlah kena rotan sakit wehhhhh merah di tangan pedih di hati ni tengok ni aduii…”.
"Entah weh..
Padu lah cikgu lela tu rotan…syakittttt nya tuhh di sini..”.
“tengoklah tangan aku silap hari bulan aku patah2 kan rotan kesayangan dia tu..
Eeeee so bad....”.
“Eleh macamlah kau berani poyo lebih kau”.
“Eh berani apa ha”.

Setelah daripada kejadian itu , mereka tidak lagi bergaduh..
mereka takut akan digantung sekolah atau pun dibuang sekolah..
bila terserempak mereka hanya membuat muka selamba dan seperti tidak menghiraukan satu sama lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience