Esoknya Waktu Di Sekolah

Family Completed 1115

Sesampai di sekolah ekal terus menceritakan hal ini kepada caca dan mamat.

“Weh betul aku memang masa tu gila terkejut aku ingat siapa lah yang dok lalu depan tingkap dapur rumah aku tu sekali aku gosok mata aku tengok dengan teliti rupanya kelibat 2 orang manusia weh..
aku pun dah syak mesti pencuri niii..
sekali memang ye guys pencuri 2 orang..
aku apa lagi bertindak lah tanpa segan silu aku cari benda yang kuat dekat dapur tuu untuk aku bagi habuan dekat diorang ha ambik kauuuu kena juga..
mencuri lagi..
macam tak ada kerja lainlah diorang tu..
pergilah cari kerja janganlah mencuri..bila mencuri kena tangkap sia-sia je”.
Caca terus berkata kepada ekal dengan perasan yang agak kagum dan seakan-akan tidak percaya.
"Ha ! Seriuslah weh ! memang kau ni berani betullah ekal..eh kalau aku perhhh dah menggeletar tulang rusuk aku ni tau."
"Ekal..nasib baik kau tak ada apa2 tau berani2 je kau ni kan..tapi walau apa pun kau tetap berhati-hati juga jangan terlalu berani sangat tau..”. Pesan mamat pada ekal dan terus berlalu pergi kerana takut lambat masuk ke kelas.

"Eh..eh..mat..mat..
tunggulah kitorang oii... ekal cepat2 jom2”. Caca berkata kepada ekal dan menarik ekal yang terdiam seketika kerana mendengar pesanan mamat itu tadi.

Waktu pembelajaran selesai waktu rehat tiba…

Setelah kelmarin , anis dan rakan-rakanya mengenakan ekal hari ini juga mereka mengenakan ekal lagi.
Anis dan rakan-rakanya melihat ekal bersendirian berjalan menuju ke toilet.

Ketika itu , mereka cepat-cepat mengejar ekal..waktu itu ekal betul-betul tidak menyedari bahawa mereka mengekori ekal dari belakang.

Waktu itu , ekal sudah masuk ke dalam toilet dan baru sahaja dia ingin mengunci pintu toilet tiba-tiba anis dan rakan-rakanya dari toilet bersebelahan terus menyimbah air (dari atas) kepadanya dengan menggunakan cedok air dan mereka terus cepat-cepat keluar dari toilet , berlari sambil tertawa-tawa sakan.

Waktu itu juga , ekal betul-betul terkejut dan berkata sambil terus berlari ingin mengejar mereka..
"Oii!!!!kurang ajar!!!korang!!”.
Ekal tahu bahawa itu semua angkara anis dan rakan-rakannya sebab ekal telah mendengar suara mereka.

Ekal pun terus mengejar-ngejar mereka.
berlari..
berlari mengejar mereka sampai dapat..
Anis and the geng juga berlari sekuat hati supaya ekal tidak dapat mengejar mereka..
suasana waktu semakin riuh di sebabkan mereka berlari-larian..

sampai waktu itu , caca dan mamat yang sedang menunggu ekal di kantin perasan mereka berlari-lari.
"Ehhh mat mat tu apahal tu anis dengan member-membernya lari-lari macam tak ada kerja je diorang tu betul-betul gila agaknya”.
"Manoii ??oh haah apehal tu ??..".
"Eh eh mat mat ekal ekal...mat ekal pon join kee!??." Caca terus berkata setelah melihat ekal juga berlari dari arah yang sama dengan perasaan terkejut !.
"Ha !? eh eh jom kejar kejar jom jom ni mesti gaduh lagi ni”. Mamat dengan perasaan yang syok juga terus berkata kepada caca sambil terus bertindak ingin mengejar mereka.

Mamat dan caca pun mengejar mereka mahu melihat apa yang sudah terjadi kepada mereka.

Setelah anis dan rakanya-rakanya penat berlari langkah mereka terhenti.
"Weh jap jap pancit ni geng aduh duh duh”.
"Ha aku pun pancit duhai semput lak huhhhh”.
“Kau pun satulah nis kau pergi simbah air dekat dia buat apa ? Kau bukanya tak tahu dia tu …..
Tiba-tiba...

"Woiiii !perempuan !”. Ekal terus menjerit kepada mereka setelah melihat mereka.
Mereka pun terkejut dan menoleh kebelakang...
"Ha !?? Lahai si ikan ni lari !!....." .
Mereka pun berlari semula dari ekal setelah melihatnya tetapi larian mereka kali ni gagal kerana ekal dapat menarik tangan anis.

Setelah ekal dapat menarik tangan anis..
langkah anis pun terhenti dan terus memandang ekal mata ke mata..
langkah larian yaya dan mira pun terhenti setelah terkejut melihat ekal telah menarik tangan anis.

Anis terus melepaskan tangannya dari peganggan ekal dan berkata...
"Ehh apani nak tarik-tarik tangan orang herr !."
"Eh anis ! kau kurang ajarkan nak simbah2 air kat aku ha !? Kau ingat aku tak tahu kau yang buat !? Tak payah nak larilah !”.

Rakan-rakan anis terdiam seketika dan hanya melihat sahaja . Tempat itu pun , mula dipenuhi murid2 yang berada di sekolah itu mereka semua melihat dan berteriak-teriak dan bersorak-sorak…

"Uuuuuuu !!! Gaduh !gaduh ! Gaduh !....." .
"Anis !!!! kau memang sengaja cari pasal dengan aku kan ! Aku ni tak suka ganggu hidup orang ! Tapi kau dah ganggu hidup aku !”.
Tak ganggu hidup aku ? Serius ke ni ? Kau ingat aku nak sangat ke ganggu2 kau kacau2 kau ! Kalau kau tak jentik aku dulu aku pun tak ingin nak cari pasal dengan kau wahai perempuan murahan tak tahu malu”.
Tanpa banyak bicara ekal terus ingin menampar muka anis kerana kata2 busuknya itu tiba2 …
Separuh jalan ekal ingin menamparnya ….
Tiba2….
Tangannya di halang oleh mamat….

Sorakkan budak-budak yang berada di situ semakin kuat....
"Buuuuuuuu !!!!!!".

Ketika itu anis , ekal , yaya dan mira terkejut kerana keberadaan mamat disitu dan aksinya menghalang tindakkan ekal itu.
"Ekal !Jangan...". Mamat terus berkata kepada ekal.

Ekal terus memandang pelik kepada mamat kerana menghalang tidakkannya itu dan terus melepaskan peganggan tangannya dari mamat , ekal pun terus berlalu berlari meninggal kan tempat itu.

Ketika itu juga , mamat terus mengejar ekal mendaptkan ekal meninggalkan tempat kejadian itu.
Anis dan rakan-rakannya hanya terdiam seketika ketika itu. Murid-murid di situ pun mula bersurai.

Ketika itu , para cikgu tiada mereka ada mesyuarat jadi tiada cikgu yang lihat kejadian pergaduhan itu.

"Ekal ekal ekal eh ekal tunggulah ekal”. Mamat mengejarnya.
"Kau nak apa ha !?”.
"Ekal jap tunggulah ekal dengar dululah apa aku nak cakap ni ekal..".

Langkah mereka terhenti…
"Kau nak apa ! Tak payah nak kejar akulah pergilah stay sana dengan ex kesayangan kau tu pergi tanya dia awak ok ke… ada apa2 tercedera tak ? Kalau ada meh lah saya balut kan…
ekal ada buat apa-apa ke kat awak..
awak......
tidak sempat ekal menyambung mamat telah memotong percakapannya…

"Eh ekal ! dahlahh apasal kau cakap macam tu”.
“Macam mana ? apa yang salah ? ha ? betulkan aku cakap ex kesayangan…
jelas weh kau tu masih sayang dekat dia kan sebab tulah kau back up dia depan orang semua orang , kau nak aku ni nampak salah kan ? Then perempuan tu nampak betulkan ?”.
"Tak ! tak ekal kau salah aku tak back up dia aku cuma.…

tidak sempat mamat menyambung ekal telah memotongnya…
"Cuma apa !? ha !? dahlah mat kalau kau masih sayang dia pergilah cakap dengan dia aku tak kesah tak payah fikir aku..
aku bukan siapa-siapa dengan kau aku....

Mamat memotong lagi percakapan ekal...
"Ekal..ekal tolong tolonglahh jangan cakap apa-apa lagi pasal benda yang dah lepas tolonglahh..ekal aku bukan nak back up siapa2 kal cuma tindakkan kau salah ekal..tak elok macam tu gaduh2 sampai nak naik tangan malulah sikit kau tu perempuan...

Ekal memotong lagi..
"Mat dah dah dah aku tak nak dengar apa kau cakap..
yelah aku mengaku aku salah terima kasih atas teguran kau”. Ekal terus berlalu pergi.
Mamat memanggilnya lagi..
"Ekal....ekal..”.

Ketika itu juga , caca sudah pun melihat (mengintip) apa yang mereka katakan cuma caca hanya mampu melihat dan terdiam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience