Pada jam 9 Malam

Family Completed 1115

Pada malam itu , ekal bersama nenek pun makan berdua di dapur umi dan abahnya masih belum pulang.
Ekal pun mula menuruni tangga..
Nenek pun terus berkata pada ekal dan menanyakannya".
"Ekal mari makan dulu ni..umi dengan abah tak ada call ke ? cakap dah sampai mana ? ni dah pukul 9 tak balik lagi lama juga diorang tu..ni ha nenek masak lebih ni lauk ingatkan umi dengan abah kau balik awal bolehlah makan malam sekali tapi tengok2 tak balik lagi".
"Dah nek tadi dah call..otw baliklah tu umi dengan abah..tadi abah pergi singgah rumah kawan dia dekat sana tu yang lambat sampai sini..nenek masak apa ?".
"Kawan ? sejak bila abah ada kawan dekat subang sana..eh ada pula kau bau2 macam tu..ala yang simple je nenek masak telur sambal je ni ha..dah cepat makan".

"Nek..nasi..".
"Mmm..dia ni lah..mengada ambil lah sendiri..
tulah dah biasa kan hari2 umi yang tuangkan nasi ha macam ni lah jadinya manja nasi pun tak reti amil sendiri".
"Eh dah2 sikit je".
"Ha ? cukup ke ? selalu bukan main banyak makan hari ni minta sikit pula".
"Tak selera lah".
"Pula..first time aku dengar kau tak selera makan..
dah cepat makan..
ni lauk 3 rasa cik kiah pun ada lagi ni dah2 makan cepat..baca doa tu".
Ekal pun terus membaca doa makan dan menjamu selera bersama-sama nenek.

Jam 10:20pm...

Umi dan abah pun telah sampai di rumah..
ketika itu ekal sudah tertidur di ruang tamu.
"Assalamualaikum..
assalamualaikum".umi dan abah memberi salam sambil mengetuk pintu.
Nenek yang di dapur terdengar salam mereka dan terus naik membuka pintu.
"Lah budak ni tidur lupanya patutlah tak dengar". Kata nenek yang melihat ekal sudah teridur.
"Haa lambatnya balik pergi mana sajalah kamu berdua ni..
sampai tertidur si ekal tunggu tu ha".
"Tidur ? Ala siannya dia".
"Lah kesiannya dia...
ekal..ekal..
umi dengan abah dah balik ni..
ekal bangun sayang".

Ekal pun tersedar dari kejutan uminya itu..
"Eh umi..
dah balik lamanya".ekal bangun dan berkata sambil menggosok-gosok matanya..
dan terus salam umi dan abahnya yang baru sahaja pulang.

"Kenpalah ekal tidur sini..
dah2 jom masuk bilik tidur dekat bilik..
jom..
dah solat isyak belum ?". Tanya umi.
"Dah solat dah.. tunggu umi abah balik..
tu yang tertidur..".
"basuh kaki gosok gigi baru tidur ye". Pesan umi.
"Oky umi". Ekal pun bergegas memasuki biliknya , begitu juga dengan umi.

"Eh lim..ni sejak bila kau ada kawan tinggal dekat subang ha ?". Tanya nenek pada abah.
"Adalah mak..
mak lupa ke tu si daus tu..
yang anak 3 tu yang dulu kawan baik sekolah halim dulu".
"Oh yeye si daus kapcai tu ke ?".
"Ha lah mak".
"Ohyelah daus tu sihat ke dia tu".
"Alhamdulillah mak sihat dia".
"Ohyelah".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience