Sengsara

Family Completed 1124

Pada besok harinya(pagi)di warung nenek, Suasana di warung nenek yang kelihatan sangat sibuk. Ramai orang bersarapan.•••

Waktu itu, tanpa mereka semua sedari ternyata ada sebuah kereta tidak dikenali telah memata-matahi seperti mengintip kegiatan suasana di warung nenek, dengan jarak yang agak jauh juga. Ternyata yang melihat itu adalah bapa anis ! Yang memberi senyuman sangat sinis ! Dan dia juga sudah menyiapkan rencana untuk membalas pembuatan nenek kepadanya ketika di restoran itu. Kereta itu pun berlalu pergi.

4 am pagi...

Kelihatan sekumpulan manusia lengkap berbaju hitam datang pada warung nenek untuk membakar warung nenek ! Dan itulah rencana bapa anis ! Mengupah orang2 nya untuk membakar ! Sangat tidak mempunyai hati perut !. Mereka pun mula melakukan kegiatan kotor itu ! Dengan sangat pantas dan cepat tanpa tiada satu orang pun perasan. Waktu itu juga, kebetulan sunyi sepi. Setelah mereka berjaya membakar mereka terus lari. Api mula memarak-marak dan membakar semua warung nenek.

Setelah tidak lama kemudian ada seorang lelaki yang menaiki lori lalu di jalan itu dan melihat kejadian itu, dan dia terus berhenti, wajahnya sangat panik melihat api yang masih marak itu, dia pun cepat2 turun dari lorinya dengan perasaan yang sangat cemas. Abang lori itu mula menelefon bomba untuk memberi bantuan.

Tanpa membuang masa dan menunggu bomba sampai dia mula meminta bantuan orang yang berada di sekitar(rumah), dia berlari-lari ke arah rumah yang agak berdekataan itu.
"Assalamualaikum!!!assalamualaikum!!!assalamualaikum!!!....".
Setelah berkali-kali ketukkan itu serta memberi salam, seorang anak muda pun keluar dengan muka yang mengantuk dan berkata...
"Waalaikumsalam..ya siapa ya ? Cari siapa pagi2 buta ni ? Muka pun macam kena kejar dengan hantu je ?".
"Bukan dik ! Bukan kena kejar ke apa ke dik ! Ni dekat sana(sambil menunjuk)ada kebakaran dik tapi aku tak tahu kebakaran apa dik kau kau tolong panggil orang kampung sini padam api tu sebab takut makin merebak".
"Ha !? Kebakaran !? Allahuakbar!! Okey bang saya panggil diorang!!..".
Dan waktu itu juga anak muda itu pun terus berlari-lari memanggil orang setiap rumah ke rumah untuk meminta bantuan.•••

Setelah dari itu, api mula di padamkan oleh penduduk kampung dan bomba pun turut tiba membantu memadam kan api itu. Suasana turut riuh. Pada masa yang sama, cik mariam turut datang ke tempat kejadian setelah mendengar keributan, kekecohan dan bunyi siren bomba. Di rumah ekal pula ada dengar juga siren bomba lalu di hadapan rumahnya tapi mereka tidak tahu lagi apa yang terjadi, mereka pula tidak pun bangun hanya sedikit tersedar sahaja atas bunyi itu dan sambung semula tidur.

Setelah cik mariam sampai di tempat kejadian dia begitu terkejut sekali melihat apa yang telah terjadi.
"Allahuakbar ! Warung nek senah terbakar !?".
Lalu tanpa membuang masa dia terus memecut laju motornya pergi ke rumah nenek, waktu itu cik mariam menaiki motor.
Setibanya di rumah nenek...
"Assalamualaikum... ! Assalamualaikum... ! Nek ! Nek ! Nek senah !". Cik mariam turut mengetuk kuat.

Mereka mula tersedar. Orang pertama membuka pintu adalah umi...
"Waalaikumsalam.. eh cik mariam ? Kenap nih cik ? Ada apa ni ?".
"Nih nih warung nenek kamu...".
"Kenapa dengan warung mak ?".
Nenek dan abah mula datang di depan pintu.
Nenek laju bertanya setelah sempat mendengar...
"Warung ? Kenapa dengan warung aku ?".
"Warung nenek.. warung nenek terbakar !".
Waktu itu, reaction wajah mereka sangat terkejut ! Apatah lagi nenek !.
"Allahuakbar.....!". Nenek berkata sangat sayu, seperti mahu jatuh.

Ekal mula tiba di situ...
"Eh kenapa ni ?".
"Ni ni kita pergi warung nenek sekarang". Kata abah dengan tergesa-gesa ingin ke warung.
Masing2 kelam kabut berlari -lari untuk melihat kejadian.
Ekal berkata lagi..
"Warung ? Ada apa pagi2 nak pergi sana ?".
"Dah2 ekal jom cepat !".
Mereka mula beredar meninggalkan rumah.

Tibanya di warung...

Sesampai mereka di tempat kejadian tiada apa lagi yang tinggal, semua sudah habis di makan api. Wajah mereka, sesampai di situ sangat sayu sekali melihat apa yang telah terjadi. Air mata nenek mula jatuh. Nenek perlahan-lahan menghampiri dan semakin menghampiri tempat kejadian itu melihat sekeliling, memerhati kesemuanya. Umi yang mula menghampiri nenek mengusap-usap perlahan bahu nenek, umi turut menangis melihat apa yang jadi. Ekal pula masih termenung melihat apa yang terjadi. Abah, mula berjumpa dengan bomba yang masih di situ dan penduduk di situ. Paklang dan maklang mula tiba di lokasi kejadian dan sangat terkejut juga melihat kesemuanya itu. Ekal sama sekali tiada kata2 waktu itu hanya mampu terdiam dan melihat apa yang terjadi.

Setelah itu, hanya beberap jam sahaja perbuatan bapa anis itu, telah di balas cash ! oleh tuhan yang maha kuasa lagi maha melihat !. Di rumahnya ketika itu, waktu dia ingin masuk ke toilet dia terjatuh tergelincir dan kepalanya terhentak kuat di lantai simen. Sebelum dia memasuki toilet dia telah menerima panggilan daripada salah seorang orang upahannya, yang memberitahunya bawa mereka berjaya membakar warung nenek. Bapa anis hanya berkata "bagus ! good job" , dan senyuman sinisnya. Berbalik yang tadi, setelah jatuh itu sama sekali dia tidak sedarkan diri sehinggalah jam telah hampir menunjukkan 7 am. Anis yang sudah siap sedia ingin berangkat kesekolahnya telah memanggil bapanya..
"Pa.. pa.. anis nak pergi sekolah dah ni.. pa.. mana bapa ni ? Pa..". Dia mula memasuki bilik bapanya.
"Pa.. bapa.. manalah bapa ni".

Setelah mencari-cari dia pun mula melihat tubuh yang sudah terbaring di dalam toilet itu, begitu terkejut sekali anis ketika itu.
"Bapa ! Bapa ! Kenapa boleh jadi macam ni pa ! Ya tuhan pa !".
Waktu itu, bapa dia mula sedar mendengar suara anis tetapi sedar dia hanya seperti orang yang nafasnya sangat laju seperti orang sesak nafas.
Lalu anis berkata padanya..
"Pa...! Kenapa ni pa !? Pa..! Anis telefon ambulance ya bapa tunggu ya". Anis berkata sayu dan mula menangis.
Bapa anis waktu itu masih boleh berbicara tetapi dengan nada yang agak gagap dan slow.
"Tak..tak..tak..payah nis.. kau.. kau bawa aku nai..naik a.. atas.. ka.. katil.. sa.. sa.. ja.. ban.. gun.. kan aku..".
Anis hanya mengikuti apa kata bapanya itu lalu dia terus meminta bantuan bibiknya.

Seterusnya, mamat dan caca turut terkejut dan sedih juga apa yang telah terjadi pada ekal sekeluarga atas musibah itu, mereka hanya mampu memberi kata2 semangat pada nenek dan berdoa yang terbaik untuk keluarga ekal.•••
Atas kejadian yang terjadi pada mereka berdua itu, ekal dan anis, mereka tidak menghadiri ke sekolah pada waktu yang sama itu.

Malam hari pun tiba...

Nenek yang asyik termenung seharian, makan tidak berselera, mandi tak basah dan hanya terperap seharian di dalam bilik. Malam itu, dia mula keluar mengambil angin di luar rumah sahaja, duduk di depan pintu sambil termenung. Lalu ekal mula menghampiri nenek setelah melihat nenek di luar.
"Nek.. boleh ekal duduk ?".
"Ha.. kal duduklah".
"Allahuakbar....". Ekal mula duduk bersebelahan nenek.
Nenek yang masih termenung.
"Nek.. dah2 lah tu termenung.. jauhnya termenung.. tak eloklah nek macam ni".
Nenek yang tidak bersuara hanya membalas pada ekal..
"Hmm....".

"Nek.. sabar okey.. percaya ekal semua ni, apa yang berlaku ni mesti ada sebab".
Nenek mula bersuara..
"Sebab ? Sebab apa pula ? Aku ni masih bersedih lagi tau".
"Sebab.. tuhan sayang nenek.. tuhan tahu nenek mampu hadapi semua ni".
"Hmm yelah.. nenek ni bukan apa.. nenek sedih sangat sebab warung tu dulu arwah atuk yang beri pada nenek.. suruh nenek jaga elok2 tapi sekarang tengok apa yang nenek dah buat ? Hancur dah.. nenek  ingkar janji dia".
"Pula.. ada ke cakap macam tu.. nenek semua ni jadi bukan sebab neneklah.. benda dah jadi kita tak boleh buat apa bukan salah kita".
"Hmm yelah.. kau mana faham kau budak lagi".
"Eh eh kita dah besar lah.. kita faham sebab tulah kita cakap".
"Ha yelah kal..". Nenek yang sambung termenung lagi.
"Nek.. nek.. tu.. tu.. tengok ada bintang besar gila weh..". Ekal sambil menunjuk ke arah langit.
"Mana ? Aku tak nampak apalah".
"Itulah nek.. tu.. tengok betul2".
"Mana ada semua kecil2 je".

"Two.. two.. nenek two.. hahahahah". Ekal mengusik nenek sambil menunjuk jari two bermaksud dua.
"Ya allah budak ni.. tak kelakar tau.. aku tengah bersedih lagi kau buat lawak". Nenek sambil menyengol sedikit bahu ekal.
"Lah betul lah kan ekal cakap two dari tadi siap tunjuk lagi ni ha.. ha.. nenek yang tak faham kan ?".
"Hmmm.. yelaaa two..".
"Aikkk nganjing juga ke ?".
"Yang ajar siapa kau kan ha".
"Hahahah".

Tiba2 abah dan paklang pulang dari surau...
"Assalamualaikum...". Serentak abah dan paklang memberi salam.
"Waalaikumsalam...". Turut serentak menjawab nenek dan ekal.
"Aik mak bukan main tersenyum-senyum mood dah okey ke tu ?". Kata paklang duluan.
"Tak adalah ni budak ni lah mengada nak mengusik aku". Kata nenek sambil menunjuk-nunjuk ke arah ekal.
Ekal hanya tersenyum-senyum.

Lalu abah berkata pada nenek...
"Ni mak tadi dekat surau adalah bincang2 sikit pasal warung mak tadi, diorang cakap punca kebakaran tu ada orang yang sabotage, tapi tak tahulah betul ke tak".
"Siapa pula yang nak sabotage warung aku tu lim ? Isssshhh". Kata nenek hairan.
"Tulah mak entahlah.. tapi kita tak bolehlah nak percaya 100% sebab kita belum ada buktikan". Tambah paklang lagi.
Ekal turut bersuara...
"Kalau betul ada orang sabotage siapa pula orang tu.. pastu apa alasan dia buat macam tu ? Ni ni mak mak eh mak pula..nenek maksud ekal, nenek ada ke musuh dekat kampung ni or orang luar ?".

Abah dan paklang membuat muka hairan ketika itu.
"Musuh apa pula kal.. selama aku hidup manalah ada aku nak bermusuh-musuh malah orang yang nak bermusuhan dengan aku tau". Tambah nenek.
"Hmm.. tak apalah mak jangan di fikirkan sangatlah benda ni nanti mak sakit pula terlalu banyak fikir". Tambah paklang lagi.
"Ya betul tu mak.. kami ni tak naklah tengok mak sakit.. ni.. mak tak perlu risau lagi dah pasal warung tu nanti.....
Tak sempat abah berkata nenek memotong...
"Eh mestilah aku nak risau tu warung arwah ayah korang tau yang bagi aku dulu dengan warung tulah kami ni membesarkan korang selain kedai tu ha warung number one kedai number two".

Abah dan paklang mula terdiam seketika.
Ekal hanya terdiam juga memandang abah dan paklang.
Lalu, abah berkata lagi...
"Ya mak kami faham.. maksud halim tadi tu sebenarnya kami dah rancang nak buat warung baru untuk mak, mak setuju ke tak ?".
"Ha !? Kenapa tak cakap dari awal !? Mestilah mak setuju !!.". Dengan penuh semangat nenek berkata.
Ekal, abah dan paklang hanya terdiam dan saling berpandangan melihat gelagat nenek.
"Dah2 jom masuk angin malam tak elok2 mai masuk.. eh tapi korang janji tau buat warung baru untuk mak ye..". Tambah nenek lagi.
"Mestilah mak ! ". Serentak abah dan paklang berkata dengan semangatnya.
"Alhamdullilah.. macam nilah baru namanya anak2 mak".
"Aikkk selama ni diorang bukan anak nenek ke ?". Usik ekal.
"Ehhhh bukan...". Nenek bergurau.
Mereka pun hanya tertawa dan masuk ke dalam.

Kesakitan yang di alami bapa anis hampir 4 hari dan sudah semakin teruk, dia tidak mahu di bawa ke hospital. Jika di bawa ke hospital pun doktor sudah tidak boleh berbuat apa2 kerana seluruh padannya telah lumpuh, dia pun sukar untuk berbicara mahu pun bergerak. Setiap hari air mata bapa anis mengalir tidak berhenti, mungkin mengenang dosa yang telah di lakukan, dia sangat merasa menyesal. Anis hanya mampu mendoakannya dan memberi kata2 semangat untuknya.

Waktu itu, salah seorang orang upahan bapa anis yang telah membakar warung nenek itu datang melawatnya. Dia datang bersendirian, dan terus memasuki bilik(bapa anis) setelah di izinkan. Anis sudah berada di dalam bilik waktu itu. Waktu dia semakin menghampiri katilnya, mata bapa anis mula agak sedikit terbeliak dan seluruh badannya merasa menggigil. Setiap orang yang datang melawatnya dia tidak dapat melihat kerana matanya pun telah agak kabur, tidak jelas tetapi dia tahu siapa yang datang dan dia masih boleh mendengar.

Selepas keadaan itu anis mula hairan kenapa bapa anis seperti itu dia pun turut merasa takut. Orang upahan yang melawat bapa anis itu bernama sam. Dia agak rapat juga dengan bapa anis. Jika ada apa2 yang ingin dibantu sam lah orang yang paling hadapan membantu bapa anis. Sam pun agak terkesan apa yang terjadi pada bapa anis itu, dia pun merasa sedih juga.

Waktu itu juga, sam mula memegang tangan bapa anis dan membisik pada telinganya...
"Bang.. ini aku sam.. aku datang ni tengok kau.. aku doakan kau cepat sembuh ye bang aku tak nak tengok kau macam ni". Air mata sam mula jatuh juga. Anis turut menangis juga. Begitu juga dengan air mata bapa anis yang tidak berhenti turun. Setelah dari itu bapa anis mula menggengam kuat tangan sam seakan-akan tidak mahu melepaskannya.

Sam cuba untuk melepaskan genggaman tangan itu dan akhirnya terlepas dan dia cepat2 keluar dari bilik sambil menangis sedih. Kemudian anis mengejar sam..
"Bang.. abang.. abang sam.. kejap.. kejap.. tunggu..".
Langkah sam terhenti.
Lalu, anis berkata..
"Abang.. ada benda ke yang anis tak tahu pasal bapa ? Atau ada rahsia ke antara bapa dengan abang sam ?".
"Rahsia ? Rahsia apa ? Tak ada.. tak ada apa anis". Abang sam sambil berlalu pergi.

Anis terus menerus mengejarnya lagi..
"Abang kejap kejap.. abang please lah kalau abang ada simpan rahsia bagitahu lah anis lagi2 kalau ada kaitan dengan bapa".
"Kenapa anis cakap macam tu".
"Sebab masa abang sam datang bapa mula berubah dia macam takut".
Abang sam mula terdiam.
Anis berkata lagi..
"Abang bagitahulah anis, anis bukan apa cuma kesian tengok bapa macam resah sangat2 macam ada benda tak kena".
"Ya anis memang dia tengah resah".
"Kenapa ?".
"Anis.. anis tahu tak sebelum bapa anis jatuh sakit dia ada upah abang dengan rakan2 abang yang lain dengan tugas yang sangat kotor".
"Tugas kotor !? Apa maksud abang !?" Anis agak terkejut.

"Iya betul tuh anis".
"Kejap kejap abang cuba bagitahu anis apa tugas tu ? Apa tugas kotor tu !?"
"Bapa anis.. menyuruh kami membakar sebuah warung".
"Warung !? Warung apa !? Siapa punya warung !? Takkan lah bapa anis jahat sangat nak upah korang buat kerja gila tu !".
"Anis itulah kenyataan.. kalau anis tak percaya abang tak mengapa yang penting abang dah beritahu anis seperti mana anis minta.. abang pergi dulu".
"Abang ! Abang ! Kejap nanti dulu !".
Langkah sam terhenti sekali lagi.
Anis mula merendahkan suaranya dan berkata..
"Abang okey fine.. kalau betul bapa buat macam tu tolong bagitahu dekat mana lokasi tu, lokasi warung tu".
"Okey abang akan tunjuk anis tapi hanya sekadar lalu sahaja".
"Hmm.. okey".

Sejujurnya hal ini, anis sama sekali tidak tahu apa yang telah di rencanakan oleh bapanya sebab tulah dia sangat terkejut. Bapanya memang ingin memberitahu anis tetapi tidak kesampaian kerana dia telah terjatuh waktu itu, tidak sempat memberitahu. Jika dari awal bapanya memberitahu anis atas rencananya yang ingin membakar warung nenek ekal itu i think pasti anis memang tak setuju, sebab ini terlalu melampau. Anis ni tengok je dia macam ni dari awal tapi sebenarnya dia masih punya hati.

Pada hari itu juga, sam membawa anis melihat warung yang telah di bakar mereka itu. Hanya melewati sahaja. Alangkah terkejutnya anis melihat bahawa warung yang mereka bakar itu adalah warung nenek ekal !. Anis mula merasa resah dan agak gementar juga meskipun bukan dia yang lakukan.•••

Hari demi hari anis memikirkan hal itu sampai tidak dapat tidur. Begitu juga melihat keadaan bapanya yang semakin teruk. Bapanya sudah mula nazak. Anis begitu sedih sekali. Sampai satu hari dia beranikan diri datang ke rumah nenek ekal untuk memberitahu kepada keluarganya yang sejujurnya tentang kebakaran itu. •••

Anis mula tiba di rumah nenek ekal, waktu itu hanya ada umi sahaja di rumah. Ekal sudah pergi ke sekolah, abah pula sudah ke kerja dan nenek pula ke rumah cik kiah.
Anis mula memberi salam...
"Assalamualaikum.. Assalamualaikum.. Assalamualaikum..".
Umi yang ingin keluar biliknya mula mendengar salam, dan terus menjawab sambil terus menuju ke pintu untuk membuka...
"Waalaikumsalam..". Umi dengan wajah yang agak terkejut melihat anis waktu itu.
"Ammmm.. sorry saya ganggu.. mmmm.. acik masih ingat saya lagi ?".
"Hmmm.. awak yang dekat restoran waktu itu ?".
"Ya betul saya.. hmm.. sebenarnya saya datang sini nak minta maaf sangat2 apa yang berlaku waktu itu dan.. hmm.. saya.....

Umi terus menyambung...
"Saya ? Hmm.. its okey tak apa macam mana kalau awak masuk sahaja kita borak dekat dalam ?".
"Hmm.. tak apalah acik sa.. saya segan".
"Tak apa tak perlu segan lagipun tak ada siapa meh meh masuk tak apa kita borak dalam luar panas meh duduk duduk". Umi sambil menarik tangan anis menjemput masuk dan duduk.

Umi berkata lagi...
"Awak nak minum ? Acik boleh buatkan".
"Eh eh ya allah tak apa acik saya sekejap je tak yah susah2 tak apa tak apa".
"Ha yelah kalau macam tu..".
"Hmm.. sebelum tu saya nak minta maaf sekali lagi pasal yang terjadi dekat restoran tu.. jujur memang saya yang salah saya yang memang suka cari masalah dengan ekal dekat sekolah saya betul2 minta maaf".
Umi dengan wajah yang agak tenang sama sekali tidak memarahinya dan mula berkata...
"Tak apa.. saya maafkan awak tapi kalau ekal acik tak tahulah kan". (Umi sedikit tersenyum).

Anis hanya terdiam seketika.
Lalu, umi berkata lagi...
"Tapi dik acik tengok awak macam ada masalah je.. awak okey ?".
Perasaan anis mula sedih seperti ingin menangis.
"Dik ? Awak okey kan ? Kenapa ni ? ". Tambah umi lagi.
Lalu, anis berkata...
"Acik.. saya tahu lepas saya cakap ni mesti acik akan benci saya bahkan bukan acik saja seluruh keluarga acik membenci saya".
"Eh ? Kenapa pula ? Kan awak dah jujur dengan acik atas kesalahan awak dan acik pun dah maafkan kan".
"Ya memang acik dah maafkan saya sebab saya selalu menggangu ekal di sekolah.. tetapi bukan itu lagi.. ada hal lain yang saya perlu beritahu acik dan itulah yang akan membuat acik akan membenci saya".

Umi mula berasa hairan.. lalu umi terus berkata...
"Apa hal itu ?".
"Bapa saya.. bapa saya.. bapa sayalah yang mengupah orang untuk membakar warung tu".
Umi sangat terkejut waktu itu dan mula berasa sangat sayu ditambah muka yang agak sedih.
Lalu anis berkata lagi...
"Acik saya.. sa.. saya betul2 minta maaf sangat2 apa yang dah jadi saya betul2 tak tahu bapa saya buat macam tu.. saya betul2 tak tahu acik.. saya minta maaf.. saya minta maaf...". Anis mula menangis teresak-esak.

Tanpa berkata apa2 umi terus mendapatkan anis memeluknya !. Mashaallah umi begitu baik sekali ! Walaupun sangat terkejut dan sedih ! Tetapi dia masih mahu menenangkan hati anis !.
Umi mula berkata dengan air mata yang jatuh juga...
"Dik.. tak apa dik.. yang penting awak datang sini awak dah jujur.. awak berani kan diri untuk berjumpa kami.. untuk memberitahu kami.. dan awak telah meminta maaf".
"Tapi acik.. saya sebenarnya juga sangat takut nak jujur.. saya takut.. saya sangat takut". Tambah anis dengan perasaan yang masih sedih.

Tambah anis lagi...
"Acik.. acik tak marah kan saya ? Saya minta maaf dari pihak bapa saya ya acik".
"Ya dik.. tak mengapa lagipun bukan salah awak dan.. benda pun dah jadi". Kata umi dengan perasaan yang tenang.
"Acik.. saya tak sanggup nak bagitahu keluarga acik yang lain lagi saya takut.. acik tolong sampaikan hal ini pada mereka ya acik".
"Inshaallah dik..".
"Dan.. acik.. saya minta acik sekeluarga maafkan bapa saya.. tolong maafkan dia.. dia sekarang sakit.. dia dah nazak".
"Allahuakbar..". Umi dengan perasaan yang agak terkejut.

Anis mula sekali lagi menangis.
Lalu, umi terus menanyakan pada anis...
"Macam mana boleh jadi macam ni ? Jadi sekarang bapa awak dimana ?".
"Dia ada dekat rumah".
"Allahuakbar.. tak bawa pergi hospital ?".
Anis hanya menggelengkan kepala perlahan tanda tidak.
"Anis.. sabar ya.. semoga bapa awak cepat sembuh".
"Tak.. saya rasa bapa tak boleh sembuh dah". Kata anis sambil menangis lagi.
Umi hanya memandang anis dengan perasaan yang sangat simpati.
"Ammm.. acik.. saya rasa saya nak pulang dululah.. sekali lagi saya nak minta.. terima kasih sangat2 sebab acik sangat memahami saya.. dan baik sekali dengan saya.. dan.. beruntung ekal ada ibu seperti acik".

Umi hanya tersenyum pada anis lalu memeluknya sekali lagi.
Lalu, umi berkata lagi...
"Anis.. awak jaga diri awak baik2 ya.. acik akan doakan awak serta bapa awak".
"Terima kasih..amm.. saya minta diri dulu assalamualaikum".
"Waalaikumsalam..".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience