Luluh

Family Completed 1115

Pada malam berikutnya ,  nenek , umi dan abah berborak di ruang tamu.
Mereka mula bercerita mengenai penyakit yang di alami umi yaitu kanser usus.

Sebenarnya , umi telah lama menghidap kanser usus.
Hal ini , telah di rahsiakan pada ekal sejak dulu lagi , ekal tidak tahu mahu pun di beri tahu dan kini kanser umi sudah memasuki ke tahap yang agak teruk.

Sewaktu itu , mereka berborak di ruang tamu mengenai hal itu..
"Jadi..apa kata doktor lia ?". Tanya nenek.
"Doktor cakap penyakit lia makin teruk.. rasanya doktor pun dah tak boleh buat apa , dia beritahu lagi cuma banyak2 kan berdoa".
Nenek dan abah ketika itu begithy sedih sekali.

Ketika itu juga , kebetulan ekal keluar dari bilik dan mendengar perbualan mereka..
Tanpa mereka sedari dan ekal terus berkata...
"Siapa ? Siapa sakit ?".
Mereka menoleh dan begitu terkejut sekali akan keberadaan ekal di situ.

Mereka pun bangun..
Umi terus berkata dengan perasaan yang agak sedih dan air mata umi pun mula jatuh ketika itu.
Lalu umi terus berkata padanya..
"Ekal... tak ada apa nak , tak ada siapa yang sakit".
Ekal hanya memandang umi hairan.
Lalu nenek pun bersuara..
"Lia rasanya dah tiba masanya kau bagitahu saja dengan anak kau ni ha.. sampai bila kau nak berahsia ? Anak kau pun dah besar panjang dah ni".
Kata ekal..
"Bagitahu apa ni ? Ekal tak fahamlah.. ada benda yang selama ni ekal tak tahu ke ?".

Pada ketika itu , umi tak boleh menahan sedihnya lagi. Umi waktu itu pun mula memandang abah setelah kata2 ekal itu tadi.
Abah pun memandang umi dengan isyarat tanda setuju dengan apa yang nenek kata.
"Sebenarnya.. umi.. ada kanser.. tapi its okey sayang umi okey umi tak ada apa.. umi okey". Umi berkata sambil mengelap air matanya dan sedikit tersenyum supaya umi kelihatan kuat di depan ekal".

Setelah mendengar apa yang di katakan umi itu , ekal terus terdiam , terkejut dan sedikit menggelengkan kepalanya , dan tanpa berkata apa.. ekal pun terus berlari masuk ke biliknya.
Mereka pun mengejar ekal..
"Ekal...".
"Ekal..bukalah pintu..".
Mereka terus memanggil ekal dan mengetuk-ngetuk pintu biliknya.
Tetapi ekal tak mahu membukanya..
Ketika itu , ekal menahan air matanya dari terjatuh walaupun rasanya sebak sangat ! Terkejut sangat2 ! Apa yang di katakan umi !.. sebab boleh bayangkanlah orang yang dah lahirkan dia , orang yang selalu buat dia happy , tersenyum , selalu memanjakannya , sama sekali tidak pernah memarahinya , selalu lembut berbicara.. dan orang itulah.. yang menyimpan sakitnya selama ini.. umi...
Ekal hanya termenung di belakang pintu bilik waktu itu.

Lalu , mereka tetap terus memanggil ekal sehingga ekal mahu membuka pintunya..
"Ekal..bukalah kejap..ekal..umi nak cakap nih..janganlah macam ni". Kata umi sayu.
"Ekal..buka..". Abah terus berkata sambil mengetuk.
Waktu itu , nenek pun begitu sedih sekali melihat keadaan itu.. nenek pun tidak dapat menahan sebaknya dan air matanya yang sedikit terjatuh itu.. nenek waktu itu mula beredar , nenek mahu membiarkan hal keluarga ini , di selesaikan dengan mereka sendiri.

Lalu , ekal mula melembutkan hatinya membuka pintu... tanpa sedikit air mata pun turun.. kerana ekal tidak mahu menjadi anak yang lemah di depan mereka walaupun sakit sangat di hati perasaannya itu.
Akhirnya ekal membuka pintu..
Selepas sahaja ekal membuka pintu umi terus memeluknya dan berkata...
"Ekal..umi minta maaf umi tak pernah cerita dekat ekal pasal ni..umi minta maaf sayang".
Ekal tidak mampu berbicara dia hanya terdiam dan mula melepaskan pelukkan uminya dengan perlahan.
"Ekal..ekal kena kuat..
jangan macam ni..
tak elok..ekal kan kuat.. kita doa yang baik untuk umi okey ?". Kata abah sambil mengusap-ngusap kepalanya perlahan-lahan.

Lalu ekal pun bersuara...
"Tak apa..ekal faham..
tapi..
ekal tak nak umi pergi ya".
Ekal mula mengelap kedua air mata umi supaya tidak turun lagi.
Lalu , mereka pun saling berpelukkan kembali , abah turut memeluk.

    Keesokkan paginya , ekal ingin berangkat ke sekolah...
"Ekal..nah duit belanja". Kata umi kepada ekal dengan menghulurkan wang berjumlah 100 ringgit.
"Ha ?.. banyaknya umi.. kenapa bagi banyak2 ni". Kata ekal dengan perasaan agak terkejut.
Umi pun berkata lagi...
"Ekal ambil je simpan.. umi takut nanti.. ekal balik umi dah tak ada..".

Selepas sahaja umi berkata seperti itu , ekal terus berubah wajahnya dan berkata...
"Ohh.. sebab tulah umi bagi ekal duit lebih sebab umi berharap takkan jumpa ekal lagi ?.. kenapa umi cakap macam tu ? Ha ? memang nak sangat tinggalkan ekal ke ?".
Umi pun berkata sambil memegang kedua tangan ekal...
"Ekal..ekal tahu kan sakit umi makin teruk.. umi rasa.. umi takkan hidup lama.. bila2 masa je umi boleh pergi".
Waktu itu , ekal terus berkata lagi sambil keluar menuju ke motornya ingin mengeluarkan motornya untuk berangkat ke sekolah..
"Ha yelah elok sangatlah tu umi cakap macam tu seakan umi doakan umur sendiri tak panjang biar umi cepat2 nak tinggalkan ekal dengan abah kan ?dengan nenek ?".
"Ekal...
"Ekal.. tolong..
tolonglah faham keadaan umi sekarang umi.....

Tidak menyempat umi berkata ekal terus menyambung...
"Umi macam mana ekal nak faham umi..
umi cakap macam umi seoleh-oleh umi menyerah..
tolonglahh.. kalau kita usaha..
berdoa banyak2.. semuanya inshaallah boleh berubah.. istiqomah tu yang penting.. bukan cakap macam ni... macam nak sangat tinggalkan orang kan..
umi.. come one lah umi.. sekarang ni umi bukan sorang2 umi ada kitorang.. ekal , abah dengan nenek.. kitorang ada doa juga untuk kebaikan umi kesihatan umi".
"Ekal.. tapi doktor sendiri cakap dengan umi kalau.......

Ekal menyambung lagi..
"Umi.. umi.. sekarang ni macam ni lah ekal nak tanya.. nyawa umi dekat tangan doktor tu ke ? dia yang tentukan ke pasal hidup mati kita ?".
Umi hanya terdiam dan air matanya tidak terhenti.
Waktu itu , ekal merendahkan emosinya , melembutkan hatinya setelah tidak tahan melihat umi yang terus meneruskan menangis sedih.

Sambil memandang umi , memengang kedua tangan umi ekal berkata...
"Umi.. ekal minta maaf.. ekal tak ada maksud pun nak cakap macam ni dekat umi.. ekal minta maaf kalau umi terasa hati.. ekal minta maaf kalau bahasa ekal agak kasar dengan umi.. tapi.. itulah kenyataan yang apa ekal cakap dekat umi.. ekal sayang umi.. semua pun sayang umi.. umi penyeri kami.. kalau umi macam ni kami turut sedih.. kami mahu yang terbaik untuk umi.. umi... umi lupa ? Umi tak suka tengok ekal susah hati kan ? Sekarang ni ekal susah hati.. cuma ekal tak tunjuk.. sebab ekal nak jadi anak yang kuat depan umi dengan abah.. umi lupa ? Umi dengan abah pernah beri tahu ekal.. kunci kekuatan umi dengan abah apa ?".
Umi mula membalas ekal..
"Ekal.. melihat ekal selalu kuat , happy , tertawa dan bahagia".
"Ha tahu pun hehehe".
Ekal mula tertawa lalu memeluk umi.. umi pun membalas pelukkan ekal dengan kuat dan erat.

    Sesampai di sekolah , ekal hanya banyak terdiam dan banyak termenung.
Waktu rehat itu , caca dan mamat mencari ekal.
Setelah mencari dan mula melihat ekal.. caca pun mula berkata pada mamat setelah melihat dia bersendirian sambil duduk di belakang blok itu...
"Ekal dekat sini lupanya..
orang cari-cari tau".
"Entah ni ekal..kenapa ni".
"Tak ada apa aku okey ja".
"Mmmm.. tipulah.. ni mat kau tahu tak harini dia banyak diam tau pastu banyak pula termenung".
"Ha ? Seriously.. lah kenapa ni kal ceritalah".
"Entah tu cerita jelah kal.. aku ni tahu tau kalau2 kau ada masalah ke apa ke kan.. walaupun kalau di tanya kau cakap tak ada apa tak ada apa tapi aku tahu tau ha jangan nak sembunyi2 dari aku".
"Yelah ekal betul tu.. kita ni dah lama kawan.. takkan lah nak berahsia-rahsia".
"Iye.. betul tu kal.. ni kalau kau cerita manalah tahu kitorang boleh tolong kau kan".
"Korang takkan boleh tolong aku".
"Lah kenapa pula ? Apa guna kawan kal ?".
"Ha ye betul tu".

"Betul ke korang nak tahu ?".
"Eh mestilah". Serentak mereka berkata.
"Umi aku.. dia ada kanser..".
"Allahuakbar !!.. ". Serentak sekali lagi mereka berkata dengan perasaan terkejut.
"Allahu.. kenapa boleh jadi macam ni kal ? Habis keadaan umi kau macam mana sekarang dia okey tak ?".
"Dia okey je tapi dalaman kita tak tahu..".
"Hmmm.. tak apalah kal semoga kau tabah kal.. kitorang  doakan umi kau semoga di berikan kesihatan seperti sediakala".
"Aamiin.. terima tau korang".
"Iye sama2.. dah2 jom2 pergi makan nanti habis time pula.. eh kal kau dah makan belum ?".
"Belum..".
"Mestilah belum kan dia healing dekat sini hahahah".
"Hahahaha".
"Caca kau belanja kan ?".
"Ha seriously mat kau belanja ?".
"Eh aku cakap kaulah".
"Hahahah".
Mereka tertawa riang.

Keesokkan paginya , ekal terus bangun mendapatkan uminya dia sangat bersyukur kerana umi masih disinya...
••Solat bersama-sama...
Makan bersama...
Bergurau bersama-sama...
Ketawa bersama-sama..
Ekal juga tidak lupa untuk terus memberi kata2 semangat untuk umi setiap hari begitu juga dengan yang lain.. abah , nenek , paklang and paklang.

Hal itu , menjadikan umi bersemangat untuk menjalani kehidupan sehari-harinya bersama keluarga.

Pada malam selajutnya , abah mengajak kami makan di luar ambil aura angin luar katanya.
Lalu sesampai di restoran tanpa ekal sedari anis dan bapanya juga berada di situ. Meja mereka juga tidak terlalu jauh. Anis makan bersama bapanya.

Ketika itu , anis duluan perasan akan keberadaan ekal sekeluarga.
"Ha !? ekal ke tu ?”. Anis berkata di dalam hati.
Lalu dia pun terus berkata kepada bapanya...
"Pa..pa..bapa cuba tengok budak perempuan yang dekat sana tu”.
"Haa ? Mana ?”. Bapanya meninggikan sedikit kepalanya mencari-cari.
"Itulaaa bapa sana tu ha”.
"Yang tu ke budak pakai tudung hitam tu ke ?”.
"Haaa..itulahh bapa..
Ha ni pa dia lah budak perempuan yang selalu anis cerita dekat bapa..
yang selalu buli anis dekat sekolah tulah dia pa..
dunia ni kecil sangat pa..
sampai boleh jumpa dia pula dekat sini haishhhh”.
"Cesss ! Budak tu ke ? ..isshhh..bapa tak boleh biarkan bapa mesti sound dia alang2 nampak dekat sini”. Bapa anis sambil bangun mahu menuju ke meja mereka.
“Eh pa takkan dekat sini ramai orang lah”.
“Biarkan ! Biar dia malu !”.

Sesampai disitu , bapa anis terus berkata kepada mereka dengan nada yang agak marah dan muka yang bengis !…
"Ohh inilah dia kak long dekat sekolah !?”.
Waktu itu , ekal agak terkejut akan keberadaan anis disitu. Abah , umi dan nenek juga terkejut kerana tiba2 mereka datang dan berkata seperti itu kerana mereka juga tidak mengenali anis dan bapanya melainkan ekal sahaja yang tahu.

Waktu itu , mereka semua mula bangun(ekal sekeluarga). Orang2 yang di restoran itu mula memandang-mandang mereka kerana suara bapa anis yang agak kuat. Waktu itu , nenek yang berkata dahulu pada mereka…
“Eh kau ni siapa ye !? Siapa kak long ha !?”.
“Aiiiii takkan lah tak tahu siapa ? Ni lah budak ni !(sambil menunjuk ke arah ekal)Siapa nama dia kak ?”.
“Ekal paa”.
“Haaa ekal ! Kau kan ? Yang dok buli anak aku dekat sekolah !? Dah hebat sangat !? Gangster sangat ke !?”.
Anis hanya tersenyum sinis.
Nenek , abah dan umi hanya saling berpandangan hairan pada mereka.

Lalu , ekal terus bersuara…
“Sorry pak cik.. saya tak pernah buli anak pakcik ni.. tapi dia yang selalu buli saya dulu dan ganggu saya”.
“Ala tipulah kau ! Kau yang selalu ganggu aku kacau aku !”.
Abah ekal mula bersuara…
“Eh eh kejap2 tak sekarang ni saya tak faham apa sebenarnya ni ? Ekal ? Awak kenal ke diorang ni ?”.
“Dia ni lah budak yang suka cari pasal dengan ekal dekat sekolah bah”.
“Cari pasal ?”. Nenek dan umi hairan.
“Eh eh ! Sorry sikit ! Awak yang cari pasal dulu dengan anak aku ! Kau ni pandai nak menipu ya ha !? Kau ni mak bapak dia kan !? Ajar sikit anak kau jangan suka nak menipu !”.
“Eh ! Mulut kau tu jaga ! Cucu aku ni tak pernah nak menipu tau !”. Kata nenek dengan nada marah.
“Eh ! orang tua ni kau tak payah nak menyibuk !”.

Sejurus , bapa anis berkata seperti itu kepada nenek , nenek terus menyimbah air ke muka bapa anis !!!!.
Kerana berasa marah atas apa yang di katakan itu.. langsung tak ada rasa hormat dan kurang hajar !.
Mereka semua yang di situ sangat terkejut dengan tindakkan nenek itu !.
Lalu nenek terus nerkata..
"Eh ehh ! sedap mulut kau tu berkata ye ! Kau tu pun tua juga tau ! Perasan muda !”.
“Eh ! Kurang ajar kau ya berani kau simbah air dekat muka aku ! Habis basah baju aku !”.
“Mak.. mak.. dah2 jom2 buang masa layan orang macam ni”. Kata abah.
“Ye mak jom2”. Umi turut berkata.

Tiba2 2 orang staf menghampiri mereka..
“Maaf.. maaf ada apa ya ? Kenapa ni ?”.
“Ni ! Kau tengok basah baju aku ! Orang tua ni serang aku !”. Kata bapa anis marah.
“Eh ! Mulut kau tu kurang ajar !”.
“Mak.. dahlah tu. Kata umi lagi.
“Maaf semuanya.. sekarang ni saya tak kisah salah siapa.. tapi sekarang kamu semua dah buat kekecohan dekat restoran kami”. Tambah staf itu lagi.
“Dik.. kami minta maaf sangat2 apa yang jadi memang salah kami dah buat hura-hara restoran ni.. hmmmm.. kami minta diri dulu.. dah2 jom2… mak jom mak.. bang.. ekal jom2”. Kata umi pada staf itu dengan sopan dan langsung berlalu pergi.
“Ni dik.. lebihnya ambil”. Kata abah pada staf sambil menghulurkan duit bayaran makanan yang telah di oder itu.
Waktu itu , muka bapa anis sangat tidak berpuas hati.

Di dalam kereta(anis)...
"Tengoklah kau orang tua ! nanti aku akan balas semuanya yang dia dah buat ! Suka hati dia je nak main simbah2 !? Tunggulah kau !”. Kata bapa anis dengan perasaan yang sangat marah dan tidak berpuas hati.
"Tulah pasal bapa..
haishhhh berani betullah nenek dia tu ! Sama je macam cucu dia tu perangai !”.
"Anis tak payah risau bapa akan urus semuanya !
“Okey pa.. tapi bapa nak buat apa ?”.
Bapa anis hanya tersenyum sinis.

Di dalam kereta(ekal)...
"Mak pun satu yang simbah air dekat muka dia tu dah kenapa ? Anginlah orang tu mak”. Kata abah pada nenek sambil memandu.
"Ohhh kau ingat angin dia jelah habis angin mak ? mulut dia tu kurang ajar sangat..
Aku tak boleh tahan”.
Suasana agak tenang sedikit umi terus menanyakan ekal...
"Ekal...
Betul ke ekal pernah gaduh dekat sekolah ?”.
Dengan suara yang agak slow ekal terus berkata.
"Ye umi...”.
"Umi tak pernah ajar anak umi pergi sekolah untuk bergaduh”. Umi berkata dengan nada yang tetap tenang.
“Tapi umi bukan ekal yang start.. perempuan tu yang start dulu”.
“Jadi ? Ekal pun balas ?”.
“Hmmm.. ekal tak bolehlah orang buat macam tu dekat ekal.. ekal tak boleh diam”.
“Ekal.. selagi kita boleh sabar.. kita bersabar.. biar orang buat kita jangan kita buat orang”.
“Tapi sampai bila umi ?”.
Umi pun terdiam seketika, memandang ke arah luar tingkap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience