Last part

Family Completed 1115

Pada malam itu juga...

     Umi, mengumpulkan semua di ruang tamu yaitu nenek, abah, ekal, paklang dan maklang juga. Umi ingin memberitahu tentang kebakaran warung itu seperti mana yang anis telah menceritakan kepadanya siang hari.

"Assalamualaikum semua.. saya kumpulkan semua sebenarnya nak beritahu tentang kebakaran yang terjadi di warung mak.. dan saya pun telah tahu pelakunya".
Masing2 waktu itu membuat muka yang sangat terkejut kerana umi tahu pelakunya.
Lalu, nenek laju berkata...
"Kau tahu lia !? Siapa !? Macam mana kau boleh tahu ni !?".
Abah turut bersuara...
"Betul ke awak tahu sayang ?".
Umi terus berkata pada mereka...
"Ya betul saya tahu.. sebab tadi siang ada orang datang ke rumah dan berjumpa dengan saya kebetulan saya ada di rumah dan.. dia telah menceritakan semuanya pada...…

Tidak sempat umi berkata habis nenek memotongnya...
"Lia.. liaa.. kejap2 nanti.. sekarang ni kau bagi tahu saja siapa !? Siapa dia !? Siapa orang tu !?".
Masing2 berdebar ketika itu ingin tahu pelakunya.
"Siapa kak ?". Tambah maklang.
"Dia.. mengupah orang untuk membuat semua tu". Tambah umi dengan muka yang agak termenung.
"Siapa umi ?". Kata ekal.
"Encik hazlan ismail.. bapa anis..".
Alangkah terkejutnya mereka ketika itu !.
Ada yang sempat mengucap! "Allahuakbar...!".
Nenek mula menangis sedih ! Kecewa !.
Masing2 membuat muka yang sedih setelah dapat tahu pelakunya.

Nenek yang mula menangis itu turut berkata...
"Ya allah.... Kenapa dia buat macam tu !? Apa salah aku pada dia !? Sanggup dia buat macam tu dekat aku !.".
"Nek.. mungkin dia berdendam dengan nenek ?". Tambah ekal.
"Ekal syutttt..". Usik abah.
Tambah nenek lagi...
"Mungkin juga... Allahuakbar...". Sambil mengelap air matanya.

Lalu, paklang bertanya pada umi...
"Kak.. macam mana akak tahu ? Siapa yang beritahu ? Dia.. datang sendiri beritahu akak ke ?".
"Tak.. anak dia yang datang beritahu pada kakak".
"Anis ? Ke uni ?". Tanya ekal.
"Iya betul.. anis..".
Kata paklang lagi...
"Kenapa tak dia punya bapak yang datang sendiri ? Kenapa takut ? Takut nak jujur ?". Paklang dengan perasaan yang agak tak berpuas hati.
"Bapa dia....
"Bapa dia ? Kenapa umi ?". Tanya ekal.
Waktu itu nenek tidak mampu berkata apa2 dia hanya terdiam termenung sedih.

Lalu, umi berkata lagi dengan perasaan yang simpati dan agak sedih.
"Bapa dia.. tengah nazak...".
"Allahuakbar.....". Serentak mereka mengucap.
"Akak.. akak kejap macam mana tiba2 boleh macam tu pula ?". Tambah paklang hairan.
Mereka turut hairan.
Tambah umi lagi...
"Akak pun kurang tahu sebab akak tak sempat tanya pada anis.. tahu2 anis yang beritahu bahwa bapanya sedang nazak sekarang.. keadaannya sangat teruk sekarang.. menangis anis cerita dekat akak masa tu".
Mereka turut merasa simpati juga walaupun ada perasaan geram sedikit pada mulanya.

Tambah umi lagi...
"Anis beritahu dia nak minta maaf sangat2 pada kita semua apa yang dah berlaku.. dia sendiri pun tidak tahu apa yang telah bapanya perbuat.. dari mata anis nampak sangat dia mengharapkan maaf kita terutamanya pada mak". Sambil memegang tangan mak(nenek).
Nenek hanya memandang sedih, begitu juga dengan yang lain, tiba2 rasa sayu sangat.

Pada malam itu juga, mereka menurunkan ego mereka untuk memaafkan kelakuan bapa anis itu, terutamanya nenek. Pada besok harinya, mereka semua telah bercadang untuk ke rumah anis melawat bapa anis. Awalnya, umi yang bercadang. Akhirnya, mereka semua setuju untuk ke rumah anis melawat bapa anis.

Sesampai di rumah anis...

    Mereka langsung masuk ke bilik bapa anis dan sungguh sayu sekali melihat keadaannya yang terbaring kaku itu. Bapa anis begitu menggigil ketakutan sekali setelah tahu mereka datang melawatnya.
"Assalamualaikum..". Serentak mereka memberi salam.
"Waalaikumsalam..". Jawab anis.
Waktu itu, ekal hanya membuat muka biasa2 sahaja terhadap anis. Begitu juga dengan anis.
Lalu, mereka mula mengelilingi tempat bapa anis berbaring.

Bapa anis tidak mampu berkata apa2 hanya perasaan sedih di dalam fikirannya. Air matanya yang turut tidak terhenti-henti. Bibirnya seakan-akan bergerak-gerak seperti ingin berkata sesuatu pada mereka. Mungkin bapanya sangat2 menyesal dengan apa yang telah dilakukan dan ingin meminta maaf pada mereka terutamanya pada nenek.

Waktu itu, abah terus berkata pada bapa anis dengan nada yang sopan...
"Assalamualaikum.. encik hazlan.. kami dari keluarga nenek senah datang ingin melawat, melihat keadaan encik.. kami sangat simpati dengan keadaan encik.. dan.. kami sama sekali tidak berdendam pada encik.. kami.. maafkan segala2nya".

Setelah dari kata2 abah itu, nafas bapa anis mula laju seperti orang yang sesak nafas.
Semua yang berada di situ sangat panik! Terutamya anis!.
"Ya allah! Pa! Kenapa ni! Ya allah!paaaaa...!".
Nenek mula menghampiri bapa anis lebih dekat! Ingin mengajarnya mengucap!
"La..ilaha..illallah... la.. ilaha.. illallah..".
Bapa anis tidak mampu mengucap! Nafasnya masih laju tidak berhenti!.
"Hazlan.. hazlan kau dengar aku kan ? Kau ikut aku mengucap sekali lagi ya". Nenek dengan nada yang sayu.
Sekali lagi nenek mengajarnya mengucap secara satu2 dan perlahan-lahan...
"La..ilaha... illallah.......
Bapa anis mula mengikut perlahan-lahan dengan bibirnya yang menggeletar, bibirnya perlahan-lahan bergerak mengikut! Walaupun tidak terlalu jelas! Tapi bapanya sempat mengucap!. Masyallah!.

Akhirnya, setelah bapa anis sempat mengucap yang diajarkan oleh nenek.. bapa anis menghembuskan nafas yang terakhir di depan mereka. Suasana menjadi lebih sayu! Sedih! Anis mula berteriak-teriak memanggil bapanya!.
"Bapa!!! Bapa!! Jangan tinggalkan anis pa! Anis sayang bapa! Pa! Bangunlah pa!!bapa!!!!".
Mereka hanya mampu menenangkan anis.
Ekal pula mula turut memegang bahu anis mengusapnya perlahan. •••

Alhamdullilah.. pada haritu juga jenazah bapa anis selesai di uruskan.. semua dipermudahkan. Keluarga nek senah turut menemani anis sehingga semua urusan selesai sehinggalah malam tahlilnya. Kawan2 anis, cikgu2 dan kawan2 ekal, mamat dan caca turut hadir. Tetapi mereka telah pulang setelah selesai sehingga tahlil. Pada keluarga nek senah tetap masih menemani anis sehingga betul2 semuanya telah pulang(dari tahlil). Setelah tahlil selesai anis telah duduk di luar bersendirian sambil termenung. Lalu, ekal yang melihat langsung mendekati anis.

"Anis.. boleh aku duduk ?".
"Ow.. ekal duduklah".
"Okey thanks".
Mereka terdiam seketika.
Lalu, tiba2 mereka berdua serentak ingin berkata...
"Aku nak minta maaf.....
"Ammm.. kau dululah kal". Kata anis.
"Okey". Tambah ekal.
"Ammm.. aku.. ammm.. kau dululah nis..". Kata ekal lagi yang agak ragu ingin berkata apa.
"Okey.. mmmm.. aku nak minta maaf dekat kau kal.. aku banyak sangat salah dengan kau.. aku tak tahu lagi dah nak cakap apa.. walaupun aku dulu selalu ganggu kau tapi kau tetap masih baik dengan aku.. hmmm.. bukan setakat kau malah keluarga kau juga".

Ekal berkata...
"Its okeylah.. yang lepas, lepas jelah tak yah ingat lagi dah.. aku pun dah lupakan semua tu".
"Tapi aku tetap tak boleh lupa kal".
"Tu urusan kaulah". Ekal mula tersenyum.
Anis turut tersenyum.
"Ammm.. sekali lagi terima kasih sangat2 aku tak tahu nak balas macam mana".
"Dah tak yah nak balas2 dah tak ada apalah anggap jelah kami ni insan kiriman tuhan untuk kau".
Anis mula tersenyum sekali lagi.
Ekal mula menghulurkan tangannya pada anis(seperti ingin salam). Lalu, tanpa rasa ragu anis membalas salamnya. Ternyata, disebalik itu umi telah melihat mereka dari jauh dan umi tersenyum melihat mereka.
•••

Seterusnya, selepas selang 3 hari kematian bapa anis. Pakcik dan makcik anis dari singapore datang untuk membawa anis tinggal bersama-samanya.
Awalnya, anis menolak kerana takut tidak terbiasa disana, tetapi dia telah berubah fikiran hanya kerana dia ingin menghormati keputusan pakcik dan makciknya yang ingin membawanya dan menjaganya di sana. Dan anis memutuskan mahu mengikut mereka tinggal bersama disana.

Di sekolah...

    Anis telah datang ke sekolah untuk menguruskan surat berhenti sekolah. Hal ini, sebenarnya telah pun di ketahui oleh rakan2 anis begitu juga dengan ekal, caca dan mamat.•••
Awalnya, anis memberitahu mereka bahwa dia tidak confirm lagi ingin mengikuti mereka.

Waktu itu juga, ekal, caca dan mamat berjalan menuju ke kelas dan tiba2 dia melihat anis bersama-sama yaya dan mira. Ekal pun terus memanggil dan terus menghampiri anis dan rakan-rakanya.
"Anis..". Sambil melambai ke arahnya.
Begitu juga dengan caca dan mamat.
Anis turut melambai ke arah mereka.

Ekal pun menghampirinya dan terus berkata...
"Weh anis betul ke kau nak pindah ni ?".
"Haah..ni surat berhenti sekolah". Sambil menunjukkan surat itu.
Mereka pun mengambil dan membacanya...
"Hmm..okelah nis..kalau macam tu kau hati-hatilah dekat sana elok2 jaga diri.. lepastu kalau ada mat salleh hensem bagitahu hehehe". Caca yang mengusik.
Mira turut berkata pada caca..
"Aku dah booking dulu okeeee...mat salleh hehehe".
"Aku pun hahaaha..". Tambah yaya.
Anis hanya mampu tersenyum...
Kemudian tanpa berkata-kata lagi mereka pun saling berpelukkan dan mengucapkan selamat tinggal.

Keesokkan paginya di rumah anis...

   Seterusnya, mereka pun datang kerumah anis untuk mengucapkan selamat tinggal yang terakhir kalinya pada anis.
"Sini2 biar saya tolong angkatkan hehehe". Caca berkata pada sepupu anis yang sangat hensem itu, yang bernama haikal.
"Eh eh biarlah aku". Yaya turut berkata.
"Ehh eh tak yah aku je meh meh". Mira juga tidak mahu kalah.
Haikal hanya tersenyum-senyum. Mereka pun mula bergurau-gurau dengan haikal.

"Nis aku tengok muka kau macam resah je kenapa ?". Tanya ekal pada anis.
"Hmm.. tak ada apa.. aku cuma risau aku tak biasa dekat sana". Tambah anis.
"Ala lek lah lama2 kau mesti dah biasa duduk dekat sana".
"Ya betul tu nis.. mula2 memang macam ni nanti lama2 biasalah but yang penting jangan lupa kitorang hehehehe". Tambah mamat.
"Eh tak adalah takkan lupalah.. kalau kita ada kawan2 yang baik2 mesti kita takkan lupa betul tak ? Macam koranglah". Anis berkata dengan senyuman.
"Tak adalah nis, kitorang ni biasa2 ja.. cuma kau baik dengan kitorang, kitorang baik dengan kau ha tak gitu kan mamat". Tambah ekal.
"Ishhh kau ni". Mamat sedikit menyenggol bahu ekal.
"Eee betullah". Tambah ekal lagi.
Anis hanya tersenyum.

"Anis.. semua dah settle nis". Kata mira yang agak sedikit teriak.
"Haah.. yap betul tuh". Yaya dan caca turut berkata.
"Alright geng". Tambah anis sambil menunjuk jari good pada mereka.
Anis berkata lagi...
"Ekal, mamat sekali lagi aku nak minta maaf dari a sampai z atas apa yang aku buat dulu dekat korang dan terima kasih banyak2 atas semua kebaikan yang korang kongsi dekat aku.. aku janji aku takkan lupa".
"Kitorang pun macam tu juga.. kadang kitorang pun ada juga buat silap". Kata ekal.
"Dan2 untuk dua orang kesayangan aku ni.. eh meh2 sini2.. terima kasih juga sebab pernah jadi member terrrrrrbalikkkkk aku hehehe.. tak adalah maksud aku terrrrbaeokkkk.. aku janji takkan lupa korang juga.. aku sayang dekat korang so much ! ". Kata anis pada yaya dan mira yang mula menghampiri anis.

"Oh my good so sad hmm.. kitorang pun macam tu juga.. janji takkan lupa kitorang tau!love!". Kata mira sambil memeluk anis erat.
"Yaaa love you! Baby! Elok2 dekat sana jangan nakal2 tau". Yaya turut berkata dan memeluk anis juga.
"Hmm.. alright.. kalau dah settle.. jom anis.. takut lambat pula nanti". Kata haikal pada anis.
"Okee.. yapp.. jom..". Tambah anis.

Tiba2 mamat bersuara...
"Ammm.. anis..aaaa.. aku ada buat memori sikit dekat camera ni kau simpan eh..nah".
Mereka pun mula bersorak...
"Cieeee..cieee..ahem..hemm...".
"Eh apa korang ni.. ni memori kita semua.. kau kau kau semua ada dalam ni". Tambah mamat.
Mereka mula tersenyum-senyum mengganguk.
"Oke mat terima kasih tau.. and semua..". Kata anis.

Setelah itu, anis mula berjalan ingin masuk ke dalam kereta...
dan tiba2 dia terlupa sesuatu.. dia memberhentikan langkahnya..
dia terlupa ingin memberikan pada ekal sesuatu..
"Ekal...nih ambil ni". Anis menghampiri ekal semula dan terus menghulurkan sampul yang berisi wang pada ekal.
"Haa..apa ni ?". Ekal berkata hairan.
"Ambil jelah nah simpan". Anis berkata lagi sambil mendapatkan tangan ekal untuk menerimanya.
"Eh tak payahlah.. janganlah macam ni.. apalah kau ni".

"Anis jom takut terlambat". Haikal yang memanggil anis sekali lagi.
"Ha..ha.. oke.. oke.. kau..kau.. ambil je oke simpan..bye semua.. assalamualaikum..". Anis terus cepat2 beredar dari situ masuk ke dalam kereta.
"Waalaikumsalam..". Serentak mereka menjawab salam anis.
"Eh! Anis ! Anis..! Haishhhh dia niii.. susah2 pula nak bagi2 macam ni”. Ekal yang mengeluh seakan tidak mahu menerimanya tapi apa kan daya rezeki jangan di tolak hahahaha..!!.
"Take care... byeeeee!!". Kata mereka lagi sambil melambai.

6 bulan kemudian...

     "Ha..ha..op..op..oke..oke sikit belakang oke oke ngam ngam..eh eh depan sikit ha depan”. Kedengaran suara semangat cik kiah yang menjaga tempat parking.
Suasana di warung baru nenek yang telah siap di bina itu sangat meriah dengan kehadiran orang2 kampung sekitar.
Waktu itu, semua ada di warung penuh sampai tak cukup tempat duduk.
Caca, mamat, yaya dan mira pun ada mereka berbual dengan penuh riang.

Nenek sangat bersyukur dapat berniaga lagi.
Cik mohi pula sekarang telah berubah dia ingin bekerja, dia bekerja di warung nenek membuat roti canai.
"Ayah.. ayah.. roti canai telur 5”. Kata aris pada ayahnya yang asyik menebar roti canai.
"Siap.!!”. Tambah ayahnya dengan semangatnya.
•••
Family ekal semua turut hadir bagi memeriahkan lagi warung nenek waktu itu.

Tiba2 kedengaran suara cik leha datang bersama-sama anaknya farah dan faiz juga bakal menantunya fikri.
"Assalamualaikum everybody”. Kata cik leha dengan semangat.
"Waalaikumsalam..”. Semua serentak menjawab salam.
"Amboi bukan main lagi hang lain sungguh.. makin cantik gitchuww.. boiiii siapa pula lelaki ni bukan main hensem kau”. Cik maryam berkata.
“Inilah bakal suami kita cik”. Kata farah dengan bangganya.
“Owwwww”. Kata mereka serentak.
“Ha ya ni ha bakal menantu aku fikri ha.. eh.. salam fikri salam.. kawan2 mama ni”. Tambah cik leha.
••
Mereka yang mendengar itu turut tersenyum senang melihat farah sudah berpunya tak adalah nak menggatal lagi dah dengan paklang kan hehehehe.

Setelah itu, dalam asyik para mak2 mula berborak, farah bersama kekasihnya fikri menghampiri maklang dan paklang.
"Haii..assalamualaikum...”.
"Walaikumsalam..”. Jawab maklang dan paklang sambil menoleh ke arahnya.
Farah mula berkata pada paklang dan maklang...
"Harith..teha.. aku nak minta maaf dekat korang berdua.. yalah manusia kan kadang2 memang ada buat silap kan.. aku harap korang maafkan aku”.
Lalu, dengan penuh senyuman maklang terus berkata...
“Tak apa farah.. aku dah lama maafkan kau.. dah2 tak payah ingat2 lagi benda dah lepas.. sekarang kita happy2 okey hehehe”.
Farah pun tersenyum.
“Eh ini kekasih kau kah ?”. Tanya paklang yang ingin tahu.
“Yappp.. kami pun dah rancang nak berkahwin kan baby ?”. Kata farah.
“Yaa betul.. dengan secepat mungkin inshaallah doakan kami”. Tambah fikri.
“Alhamdullilah.. “.
“Syukur.. semoga dipermudahkan ya”.
Mereka pun terus mula bersembang-sembang dengan riangnya.

Tidak lama setelah itu, tanpa mereka sedari. Ekal, caca, mamat, yaya dan mira. Anis tiba2 datang dari arah belakang mereka ! yang sedang duduk ! dan asyik bersembang !. Anis terus menghampiri meja yang mereka duduk itu lalu terus berkata...
"Assalamualaikum...kawan2...”. Anis berkata dengan nada yang seakan-akan berbisik pada mereka.
“Waalaikumsalam”. Mereka serentak menjawab dan……
“Haaa !!!!! Anis !!!! Ya allahhhh !!….”. Mereka yang sangat terkejut dan happy dengan kehadiran anis. Mereka turut berpelukan.

"Wehhhh !bila kau sampai sini ? Kenapa kau tak bagitahu kitorang”. Mira laju berkata.
"Haah anis kenapa ko tak bagitahu ?”. Tambah ekal.
"Haa kenapa ? terkejut kitorang en.. omg so happy !!!!”. Yaya turut berkata.
"Haa betul2 kalau kau bagitahu bolehlah suruh nenek ekal masak sedap2 … betul tak kal”. Caca berkata.
“Iyaaa betul tuhhhh”. Tambah ekal.
"Suprise guyss !!!heheheheh.. ala aku tak perlu semua tu yang penting aku dapat jumpa korang dah cukup”. Tambah anis lagi.
Mamat hanya tersenyum waktu itu.

Anis waktu itu kebetulan ingin pulang bercuti di kampung.
Mereka pun tidak mampu berkata-kata lagi.
Mereka gembira dapat berkumpul lagi.
Tiba2 mamat bersuara...
"Eh..guys..apa kata kalau kita ambil gambar ramai2 dekat sana.."
"Haaa !!!!jom !!!!..”.
"Jom !!!”.
"Jom !! Aku on !!! Hahahahah”.

Mereka pun bergambar beramai-ramai...
"Eh ehh aku pun nak bergambar.. sat.. sat..”.Cik kiah tiba2 menyelit.
"Ala cik kiah ni geng-geng muda jelah”. Caca mengusik cik kiah.
"Aiiii aku pun muda tau..dah-dah cepat mat..peace yowwww..”. Kata cik kiah dengan penuh riang.

Dalam jarak yang jauh umi hanya tersenyum melihat kegembiraan ekal bersama-sama rakan-rakannya itu.
Tentang penyakit kanser yang umi alami, hidup atau mati kami hanya mampu berserah kepada yang maha pencipta.
Doa kami terhadap umi juga tidak sesekali di lupakan.
Kami hanya mampu merancang tetapi tuhan yang menentukan.
Semoga umi kuat menjalani hidupnya.
Sihat-sihat selalu.
Begitu juga yang telah menyinggah membaca di story ini aamiin.
Semoga kita juga sihat-sihat selalu ya dan selalu berada di dalam rahmatnya inshaallah.
A story by Ainieyhalim dremear story_# ?✌?✨

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience