Malam

Family Completed 1124

Malam bersama keluarga ketika itu..

"Makan makan malam ni masak special sikit ha udang masak sambal petai ha..". Ucap nenek.
Ekal terus menjawab dengan selamba sambil mengetap bibir...
"Yase je".

Ketika itu juga umi ekal terus memandang ekal dan menggelengkan sedikit kepalanya.
Abah pula hanya tersenyum.

Nenek pun terus berkata lagi...
"Ha yela kau semua yase yase bilanya nak luar yase..".
"Kalau nenek masak chicken chop baru luar yase huhuhu”. Ekal berkata sambil tertawa kecil kepada nenek.
"Amboi kau chicken chop mana aku reti”. Nenek membalas ekal.
"Ekal..ekal..". Abah berkata dengan nada yang agak slow sambil tertawa sedikit.
"Ekal dah2 cepat makan jangan banyak cakap”. Kata umi.

Nenek hanya memandang ekal sambil menggeleng kepalanya dan sedikit tersenyum ayam2.

Setelah itu , makan malam hampir selesai. Seperti biasa nenek akan menyambung rutin dia di dapur dan dibantu oleh umi , menyiapkan bahan2 untuk meniaga esok.
Hanya ekal dan abah sahaja berada di atas menonton tv di ruang tamu.

"Ekal tadi umi suruh baca buku dah baca ke belum ? ". Abah berkata kepada ekal yang asyik menonton tv
Lantas ekal pun berkata dengan selambanya...
"Tak.. malas lah abah besok jelah lagi pun sekarang belum nak exam”.
"Habis nak tunggu exam baru baca ke kak oi”.
"Iyolahh abah kang baca awal2 tak masuk dalam kepala acaner ? Ha “.
"Habis selama ni dirimu baca semua masuk kepala tak ? “.

Ekal hanya memandang abah seperti tidak berpuas hati kerana abah memerlinya.

Ketika jam menunjukkan 4am…

Ekal tersedar dari tidurnya kerana tekaknya berasa haus , dia terus bangun menuju ke dapur untuk mendapatkan segelas air minum.
Setelah dia selesai minum dan ingin membuka paip untuk membasuh gelasnya tiba2 dengan terkejutnya ekal perasan ada 2 orang kelibat berbaju hitam lalu di hadapan cermin yang berada di dapur.
Dalam hati ekal terus berkata dengan hairannya tanpa berasa gentar.

"Ehh .. siapa tu !? jangan2 pencuri!?astagfirullah…nanti kau orang”. Ekalberkata dengan nada yang rendah sambil menjenguk-jenguk tingkap.
Tanpa membuang masa ekal terus mendapatkan benda yang kuat untuk memukul mereka jika mereka masuk nanti.

"Haishhh apa ehhh..ha kuali ni pun sedap jugak kalau kena ni..lepastu..hmm ha senduk ni ok jugak sendu besi ni pulak mesti padu”.
Kemudian , ekal terus menuju ke belakang pintu..standby..

Pintu dapur itu mula di buka oleh 2 orang pencuri itu..mereka menggunakan dawai untuk membukanya. Ternyata tekaan ekal betul mereka adalah pencuri yang ingin memasuki rumahnya melalui pintu dapur.

Setelah itu , pintu mula terbuka dan.....Pang!!!pang!pang!....
Ekal terus bertindak dengan sekuatnya sehingga mereka berdua jatuh...Dalam masa itu juga abah , umi dan nenek terus tersedar dari tidurnya kerana bunyi ketukan itu terlalu kuat dan berkali-kali.
Mereka terus menuju tempat yang di mana bunyi itu yaitu di dapur dan mereka melihat apa yang terjadi.

"Allahuakbar..! apa dah jadi subhannallah..". Nenek yang pertama berteriak terkejut.
Begitu juga dengan abah dan umi ! Sangat2 terkejut melihat apa yang jadi ! .
Mereka terus turun mendekati ekal dan 2 pencuri itu yang sudah berbaring dan tidak sempat untuk bangun dan lari ! .

 Ketika itu , 2 orang pencuri seperti tidak berdaya untuk bangun kerana hentakkan kuat di kepala mereka dan badan mereka yang diberikan kepada ekal itu.

Ketika itu jugalah , umi terus mendapatkan ekal dan memeluknya dengan air mata umi sedikit mengalir dan berkata...
"Ekal..ekal tak ada apa2 ke ni ya allah..".
"Tak ada apalah umi..don't worry..nasib ekal cepat bertindak”.

Abah pula cepat2 mendapatkan telefon untuk melaporkan hal ini kepada pihak polis , nenek pula menahan mereka supaya mereka tidak lari.

Tidak lama beberapa minit polis mula sampai ke perkarangan rumah ekal dan 2 orang pencuri itu telah pun di tangkap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience