Sementara di warung nenek

Family Completed 1115

Di warung nenek ketika itu..

"Aris dah kemas2 dah dekat pukul 12 ni nak tutp warung”. Nenek berkata pada aris yang sedang duduk bermain telefonnya.
Dia pun terus menyimpan telefonnya dah berkemas-kemas.

Aris adalah anak kepada mohidin dan siti.
Ayahnya , yang selalu dipanggil mohi adalah seorang yang suka suka berfoya-foya bersama rakan-rakannya di kampung sebelah dan tidak mahu berkerja.
Orang kampung disini agak kurang suka dengan sikapnya itu , dia selalu dijadikan bualan orang kampung sini , tetapi cik mohi sama sekali tidak menghiraukan mereka.
Cik mohi juga sering meminjam wang kepada abah ekal..
Cik siti pula seorang yang sering kerap sakit2 hanya mampu duduk di rumah sahaja , dia tidak sesihat macam dulu.
Cik siti juga merupakan kawan baik sekampung nenek ekal juga.

Aris yang selalu membantu nenek di warung bersama umi , kebetulan juga dia sudah tidak lagi sekolah kerana telah di buang sekolah atas sebab mak dan ayahnya tidak mampu lagi membayar yuran sekolahnya.
Semenjak di buang nenek mengambil dia bekerja di warung nenek daripada takut dia merayau sini sana berjumpa pula orang2 yang terpengaruh lebih baik dia membantu nenek dapatlah juga upah.

Aris juga baik budaknya..
Berbalik pada yang tadi..

Nenek berkata pada aris lagi.
"Aris nanti balik nenek ikut rumah kau ye nak tengok keadaan mak kamu tu macam mana lama aku tak kesana”.
"Okey nek..”.
"Lia nanti mak nak singgah rumah aris sekejap ye nak tengok mak dia tu si siti ye..nanti kamu baliklah dulu”. Sambung nenek lagi.

Sesampai di rumah aris...

“Assalamualaikum…..
masuklah nek aris panggil mak jap”.
"Ha yelah”.
"Mak..mak..tu nenek senah datang tu dekat depan”.
Cik siti yang dengar kata aris itu terus bangun dari baringnya dan keluar dari biliknya , terus berjumpa dengan nenek , dengan keadaan yang agak lemah tetapi masih boleh bangun.
"Ambii… siti koyok bukan main banyak menampalnya penuh muka kau..
Kesian pula aku tengok kau meh meh duduk2 alahai ti..”.
"Tak ada apalah nah oke je ni ha..
tak nih aku baru je ni baring2 dekat bilik tadi tahu2 terlelap sekejap..
ris…aris..
ni tolong buat air untuk nek senah ni ha”.
"Ehh apa kau ni tak payah lah aku sekejap jelah ada ke buat air lah bagai tak payah tak payah..ris tak payah buat , kalau nak buat pun bolehlah ris”.

Aris yang telah disitu berdiri hanya tersenyum dan terus membuat air.
"Ni kau macam mana badan tu ok ke tidak”.
"Ala macam ni lah nah.. sikit2 kadang sakit2 dah tua kan banyak lah sakitnya tak macam kau dah tua pun masih kuat siap boleh niaga lagi kan.
"Mana kuatnya aku pun kadang badan ni ha kaki ni ha tangan semua sakit siti kau tengok je aku nampak sihat padahal sakit2 kadang siti dah tua kan ti macam2 lah sakit tak gitu ti”.
"Hmmmm.. ye betul tuh..”.

“Ehhh ni siti kau tak ada ke pesan2 dekat laki kau tu suruh cari kerja ? Aku bukan apa kesian tengok kau anak kau lagi ha..
Yang nyara kau dengan aris bukan dia dah aku tengok ha , si aris pula yang nyara dia”.
"Ala nah bukan aku tak cakap ada je aku cakap tapi tulah..banyak kali dah aku cakap ha pesan pergilah cari kerja pergilah cari kerja tapi tak jalan juga nah lebih suka berfoya-foya melepak-lepak tah apa yang di buatnya dekat kampung sebelah tu”.
"Mmm..aku niii cuma kesian dekat aris dengan kau..
yelah aris tu manalah tahu nak sekolah lagi tapi tengok keadaan macam ni kan..
dengan kau sakit lagi macam ni haishh tak tahu lah aku dengan si mohi tu..
Nak cakap lebih2 dengan dia tu pun tak boleh aku bukan siapa2 kan”.
"Entahlah nah malas fikir nah cakap lebih kang jadi gaduh”.

"Hmm yelah ti betul tuh sekarang sikit2 je gaduh..
nih aku balik dulu lah ye ha..
lambat benoh aris buat air…
Ehhh rissss(nenek sedikit meninggikan suaranya memanggil aris)..
Rissss… kau buat air ke sambung2 air lama betul…ni nih tak apalah besok2 kang aku datang lagi tengok kau borak dengan kau kalau sempat ye ti”.
“Siap dah ni nenek..”. Aris membawa segelas air.
“Lama betul ris aku dah habis borak dengan mak kau baru siap buat air ris mmmm..mmmm”.
“Sorry nek tadi masak air dulu”. Aris agak tersenyum.

“Ha yelah takpa lah aku minum dekat rumah je ni aku bawak gelas sekali besok aku pulang ye”.
Mereka hanya tersenyum melihat gelagat nenek.
"Bawa jelah nah takpa ambil terus pun tak apa buat kenangan maaflah rumah aku tak ada apa nah”. Sambung cik siti.
"Ala tak ada apalah siti aku faham ok lah bye asssalamualaikum...”.
"Waalaikumsalam….”. Cik siti dan aris serentak menjawab salam.

Dirumah ketika itu...

Assalamualaikum…
assalamualaikum..lim..
Halim..oh lim..assalamualaikum..”.Cik mohi yang datang ke rumah.
Kebetulan abah berada dirumah.
"Siapa pula tu..
"Waalaikumsalam..ohhh bang mohi..
ada apa bang..”.
"Ni lim aku nak pinjam duit sikit lah lim”.
"Mmmm dah agak dah bang datang mesti nak pinjam”.
"Ala lim tak banyak lim sikit je ni aku memang betul2 nak pakai sekarang ni”.
"Pinjam untuk apa bang ? Kalau untuk buat benda yang bukan2 saya takkan bagi bang..
lagi satu bang untuk saya yang lepas2 pun abang belum pulang2 lagi bang”.

Cik mohi sambil mengaruk-garuk kepalanya sedikit..
“Isss lim ada ke cakap macam tu… lagi apasal hutang kau tak payah risaulah aku ada aku bayarlah cuma sekarang tengah tak ada”.
"Hmmmm… nak tunggu ada tu bilanya bang tak ke sudahnya..
aku memang tak boleh lah kali ni bang..
aku pun ada anak bini tau”.
"Aku tahu lim…
ok macam ni lah lepas kau bagi aku pinjam hari ni aku janji lepas ni aku bayar sikit2”.
"Banyak lah nak berjanji-janji.. bayar sikit2 pula senangnya hidup kau bang hmmm..”. Abah sambil menggelengkan kepalanya.
“Hmmm…nak pinjam berapa ?”.

"200 lim…”.
"200 !? Haishhhh… sikitnya !!… eh banyaknya..”.
"Ala lim 200 takkan tak ada nanti aku bayar lah takkan lah kau tak percaya aku lim.. aku tahu kau banyak duit”.
"Banyaklah kau bang.. pakai sini pakai sana makin berkurang juga duit walaupun banyak macam mana pun duit tu tau..
kejap.. tunggulah kejap..
aku tengok kalau tak ada nasib kau lah ye bang aku tak boleh bagi”. Abah sambil masuk ke dalam.
“Ye ye aku tunggu..cepat sikit lim malu orang tengok”.
“Aik tahu pula malu..”. Abah sedikit menjerit.
"Ha ni.. rezeki kau hari ni nasib ada”.
"Alhamdulilah lim..
terima kasih lah lim..
aku janji aku ada aku terus bayar dekat kau lim..
aku pergi dulu lah ye lim..
assalamualaikum..”. Cik mohi seakan-akan buru2 pergi setelah mendapat pinjam dari abah.
"Aikk dah dapat laju je kau nak bromm bang..”.
“Eh mestilah dah dapat.. assalamualaikum anymore lim..nanti aku bayar ye lim kalau dah ada”.
“Ha yelah2…Waalaikumsalam..”.

Secara kebetulan , nenek yang dari rumah cik siti telah sampai ke rumah dan sempat melihat cik mohi keluar dari perkarangan rumahnya itu.

Ketika itu juga , nenek terus berjalan laju setelah melihat cik mohi , nenek mahu menanyakan pada abah atas kedatangan cik mohi itu.
"Eh lim ! lim ! Nanti nanti jangan naik dulu ni apasal si mohi tu datang ha ni mesti nak pinjam kau duit kan”. Dengan perasaan agak marah nenek berkata.
"Mestilah mak habis apa lagi yang dia nak kalau datang sini”.
"Amboi senangnya hidup dia ! Datang asyik nak meminjam aja betul2 tak mahu punya oranglah..
habis kau pun bagi jelah dia pinjam !?”.
"Ye halim bagi dia pinjam mak”.

"ha !? apa kau cakap kau bagi dia pinjam ? ya allah lim.. berapa kali mak nak cakap dengan kau kalau dia datang nak pinjam kau janganlah bagi lim..
kau tak fikir ke hutang kau yang lama dia tak bayar ha lagi kau bagi lagi pinjam haishh..mak tak tahulah nak cakap kau ni baik sangat kenapa !?”.
"'Ala mak halim pun dah terbagi mak tak apalah lagipun dia cakap dia nak pulang..
halim bukan apa mak kadang halim kesian juga tengok dia mak”.

"Kesian !? Haram kau punya kesian ha ! Haram jadah !.. pastu kau cakap apa !? Pulang !? Banyak kau punya pulang kau percaya sangat cakap dia tu kenapa !? Lim.. kalau dia pinjam duit dekat kau sebab nak bagi makan anak bini tak apa lim ni tak pinjam sebab guna untuk benda lain macam mana pula ha !? Kau yang jadi haram tau sebab bagi dia pinjam ! dahlah mak penat cakap dengan kau bukan kau faham pun susah orang yang cepat kesian dengan orang lain ni..
“Iss mak ni ada ke haram kan orang pula.. anak mak ni tau…”.
“Ha ye memang haram…”. Nenek sambil terus naik ke atas ketika itu begitu juga dengan abah.

Pada jam 3:20pm...

Mamat yang menemani ekal membuat homework di pondok kecil di depan rumah ekal bersama-sama.

 Waktu itu , mamat memainkan gitar sambil bernyanyi dan ekal fokus membuat homeworknya...
••(Kedengaran mamat menyanyi lagi jiwang).
"Mat suara kau sedap kenapa kau tak jadi penyanyi je mat”.
"Penyanyi ?”.
"Iyalah mat..
kan best nanti semua orang kenal kau..
ahmad zahiruddin..wow..”.
"Tak nak lah cukup kau je kenal aku”.
”eh eh ?..hmm.. mengadalah kau”.
“ekal...”.
"Yaaap ..?”.
"Mm..a... tidak sempat mamat menyambung percakapannya caca datang menaiki motor dan membunyikan honnya.

"Tit! !!...tit !!....haaaa....
Assalamualaikum geng..haa...".
"Waalaikumsalam..".
"'Amboi caca bukan main cantik lagi kau ha macam kau yang nak kahwin..
gincu tebal merah..
dari jauh aku dah boleh nampak bibir kau ca...”.
"Tu la pasal hahaha”.
"Eeee korang ni tak elok ngata aku..ni ha ekal nah nota kau thanks tau so much ye baby..nanti aku nak pinjam lagi ye..oke bye aku lambat dah ni mak ayah aku tunggu dah assalamualaikum..”.
"Eh eh..
eh hantar nota je ke duduk lah kejap lepak2 dengan kitorang sini”.

"Entah tu ca cepat2 nak pergi mana ca”.
"Pergi kl lah.. lambat dah ni..”.
"Ha ha bye ca elok2 ca dah sampai bagitahu kitorang ca”.
"Byee caaa..”.
"Alright byee!!..”.
Mamat tertawa begitu juga dengan ekal melihat caca yang laju memecut.
“Amboiii bukan main laju dia pecut hahaha”.
“Eh aku masuk jap buat air”.
“Aikkk lama dah aku dekat sini baru nak pergi buat ke nok ?”.
“Hahaha lupalah kejaplah”.
“Ha yelah2”.
“Eh kalau tak sedap jangan complete”.
“Pula ? Hahaha”.
Ekal pun terus masuk ke dalam membuat air.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience