Bab 6

Romance Completed 30794

6

“Ikin pergi makan dulu. Isi perut tu,” Ikin menggeleng. Selagi Raqib tidak sedar, dia akan terus berada di sini. Tan Sri Aman dan Puan Sri Zainab saling berpandangan.

“Insya Allah, nanti Raqib dah sedar… papa bagitahu,” pujuk Tan Sri Aman pula. Ikin tetap juga berkeras di situ. Di sisi suaminya.

“Ikin okey, papa, mama. Perut Irin tak lapar lagi…”

“Kalau dah itu kata Ikin, tak apalah. Papa dengan mama nak balik dulu. Dah nak maghrib ni. Esok kami datang lagi. Nanti mama bawa pakaian bersih untuk Ikin,” Puan Sri Zainab mengusap lembut bahu menantu bongsunya.

Selepas Ikin menghubunginya tengah hari tadi untuk memaklumkan tentang Raqib, dia dan suaminya bergegas ke hospital. Bukan main risau lagi. Sempat juga mindanya berfikir yang bukan-bukan. Hatinya lega sedikit apabila doktor memberitahu, Raqib hanya penat dan stres sahaja. Mungkin kerana hal perkahwinannya yang hampir musnah itu.

“Terima kasih, ma. Maaf sebab susahkan mama,” kata Ikin lembut.

“Hisy, tak adalah. Ikin tu jangan risau sangat. Raqib cuma tertekan aje. Nanti, jangan lupa call kami kalau Raqib dah sedar,” Ikin mengangguk. Dia bersalam dengan mertuanya.

Azmir dan Zeera sudah pulang ke rumah lepas asar tadi lagi. Memandangkan Raqib masih belum sedar, biarlah mereka pulang dahulu. Esok mereka akan datang melawat lagi. Tambahan pula, saudara jauh mereka akan bertandang ke rumah. Haru pula jika mereka tiba, tiada orang di rumah.

“Kami balik dulu. Jaga diri,” Tan Sri Aman menitipkan pesan sebelum berlalu keluar.

Sebaik ibu dan bapa mertuanya keluar, keluhan berat meniti di bibirnya. Namun, cepat-cepat dia beristighfar. Tidak elok mengeluh. Dia membetulkan selimut di badan Raqib. Dia tengok lelaki itu tenang sahaja. Wajah itu mendamaikan hatinya yang kerisauan. Tidak menyangka wajah tenang itu tersembunyi seribu satu beban. Dia sendiri tak perasan yang suaminya sedang mengalami tekanan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience