Bab 11

Romance Completed 30794

11

Ikin termenung di kerusi santai yang sengaja diletakkan di bawah pokok rendang, tidak jauh dari kawasan pantai. Diseka air mata yang mula menggila. Diusap perutnya yang semakin memboyot. Lima bulan sudah usia kandungannya. Perkahwinannya pula sudah menginjak ke setahun. Lima bulan berkahwin, barulah dia dan Raqib mendapat rezeki untuk mempunyai anak.

Tetapi, sejak Ikin mengandung, dia hanya keseorangan menanti kelahiran hasil cinta mereka. Tanpa kehadiran seorang bergelar suami. Maksudnya tanpa Raqib! Sebalnya hati memikirkan. Dia teringin benar menatap wajah Raqib. Sejak mengandung, hanya wajah Raqib yang diidamkannya. Soal loya, muntah ditolak ke tepi. Apa yang penting, dia nak Raqib berada di sisinya.

Siang malam, air mata yang menemani. Ahli keluarganya dan Raqib sudah acap kali berpesan agar jangan terlalu mengenangkan Raqib. Takut nanti cengeng pula anak yang dilahirkan.

“Ikin Awani,” panggil satu suara. Ikin berpaling. Disapu air matanya kasar. Dia berjalan laju meninggalkan si pemanggil itu.

“Ikin! Nanti dulu!”

Ikin mematikan langkahnya mengejut. Hampir sahaja badannya dirempuh.

“Kenapa datang sini? Pergilah balik. Irin tak nak jumpa sesiapa. Even, you!” Lantang suara Ikin memberikan amaran.

“Hey, what’s wrong? I’m just miss you. And our baby,” Apalagi, semakin teresak Ikin dibuatnya. Raqib mencempung Ikin. Dibawanya ke chalet mereka yang berdekatan.

Raqib membaringkan tubuh Ikin yang semakin bulat itu di atas katil. Ikin menutup mukanya dengan bantal. Dia tak nak melihat Raqib.

“Sayang, tak suka ke abang datang? Janganlah menangis banyak sangat. Cengeng anak kita nanti,” pujuk Raqib. Dia berbaring mengiring sambil menongkat sikunya. Tangan kanannya memeluk pinggang Ikin. Sesekali diusap perut Ikin.

“Tak suka!” Ikin menjerit di sebalik bantal. Raqib mengeluh.

Inilah yang dia takutkan. Meninggalkan isteri dan anak memang satu keputusan yang salah. Dia ingat Ikin boleh hidup tanpanya. Tapi, urusan kerja itu sudah diatur sebelum mereka berkahwin. Dia perlu bertugas di sebuah syarikat di London selama setahun. Kerjanya sebagai senior arkitek di syarikat Tan Sri Aman memang sentiasa akan bekerja di luar. Dia perlu melatih arkitek-arkitek baru dan sekaligus meneroka pasaran baru.

“Ikin, please. I miss you so much. Ingat abang suka ke tinggalkan Ikin sorang-sorang dengan anak kita? Abang dah siapkan kerja yang sepatutnya ambil masa setahun ke lima bulan. Ikin janganlah merajuk lagi. Please,” Ikin bingkas duduk.

Dicabutnya tudung Syria di kepala. Hidungnya mula tersumbat dek terlalu banyak menangis. Siapa tak sedih jika ditinggalkan suami selama lima bulan tanpa dihubungi? Ternyata hanya Raqib yang mampu mengubati sedihnya. Rindunya sudah tak tertahan. Itulah sebabnya dia membuat keputusan untuk bercuti jauh di Langkawi. Dia mahu keluar dari udara yang membawa nafas Raqib.

“Sayang, maafkan abang eh,” Ikin mendengus. Dia langsung tidak memandang suaminya. Hatinya memang teringin memeluk erat tubuh tegap itu. Tapi, mindanya melarang.

Dengan selambanya, Raqib menjatuhkan kepalanya di riba Ikin. Ditalakan wajah ke perut Ikin yang sudah membulat itu. Diusapnya perut itu lembut bagaikan mengusap kepala anaknya.

“Anak baba kat dalam perut ibu jangan nakal-nakal tau. Kesian kat ibu. Baba janji baba tak tinggalkan ibu dengan baby lagi. Kali ni, baba betul-betul janji…”

Akhirnya Ikin memandang Raqib diribanya. Dia benar-benar rindukan suaminya itu. Matanya yang sudah merah itu terbuntang. Raqib menangis! Ikin tersentap. Kenapa suaminya menangis?

“Abang,” panggil Ikin lembut. Melayang segala rajuknya. Kini, tangisan suami yang menjadi tanda tanya.

Raqib tidak terus jawab. Dia belum puas menatap dan berbual dengan buah hatinya di dalam perut Ikin. Betapa gembiranya tiga bulan lepas tatkala Tan Sri Aman memaklumkan dia bakal menjadi bapa. Disebabkan takut dia lemah, dia langsung tidak menghubungi isterinya. Hanya pada Allah diluahkan rasa rindunya pada isteri dan anaknya yang bakal lahir.

Ikin membiarkan suaminya bercakap dengan anak mereka. Dia mengusap lembut ubun-ubun Raqib. Senyuman mula meniti di bibirnya. Kali ni, dia nekad. Dia tak akan menitiskan air mata lagi. Seraut wajah suami yang dirindunya membawa sejuta rahmat. Raut tenang tetapi tersembunyi pelbagai rasa.

“Ikin rindukan abang. Abang tinggalkan Ikin macam tu aje. Tak ada sepatah kata. Tapi, terima kasih sebab abang balik sini sebagaimana abang pergi lima bulan lepas. Ikin minta maaf sebab dah tuduh abang macam-macam,” Raqib hanya diam. Tangannya masih mengusap perut Ikin. Hanya esakan tangis yang didengari.

Bibir Raqib bagai terkunci. Perasaannya tidak boleh dijelaskan dengan kata-kata. Dadanya terasa senak. Raqib bingkas bangun. Dia bersandar di kepala katil. Nafas ditarik dan dilepaskan perlahan. Tisu di atas meja sisi, dicapai. Irin hanya melihat keletah suaminya. Dia tersenyum nipis.

“Sini,” Gamit Raqib agar Ikin rapat dengannya.

Ikin duduk di sebelah suaminya yang sudah merah wajahnya dek menangis. Raqib memeluk isterinya erat.

“Abang tak nak Ikin lari lagi. Abang pun rindu Ikin sangat-sangat. Nasib baik papa aturkan kerja abang diganti dengan senior arkitek lain. Lega hati abang dapat jumpa Ikin dengan baby,” ujar Raqib perlahan.

“Ikin ingat abang nak balik lepas Ikin bersalin. Lagi kuatlah Ikin meraung nanti,” Raqib tergelak.

Dia langsung tak dapat bayangkan cerita papanya mengenai Irin. Masa isterinya mengandung tiga bulan, memang selalu juga muntah dan pening. Satu kerja pun tak boleh buat. Asyik menangis sahaja sebab rindukannya. Sampai satu tahap, Ikin terpaksa tidur sambil memeluk frame gambarnya dan juga baju terakhir yang dipakainya sebelum ke London. Tak ada benda lain yang Ikin mengidam. Cuma, mengidam ingin berjumpa Raqib.

“Abang tahu. Papa dah cerita kat abang. Sampai macam tu sekali sayang abang ni rindukan abang. Abang tak boleh nak undurkan masa, jadi abang nak Ikin sentiasa di sisi abang sampai bila-bila. Abang nak tengokkan Ikin mengandungkan lagi anak-anak untuk abang,” Raqib mengenyitkan matanya. Ikin mengerutkan hidung.

“Tengoklah macam mana. Ikut prestasi abanglah. Tapi, kenalah bagi baby ni lahir dulu… nak tambah lain pun. Iya, abang?”

“Iya. Abang love you so much,” Raqib mencium pipi Ikin seketika. Ikin terkaku. Buat pertama kalinya, Raqib menyatakan cinta padanya. Belum pernah perkataan keramat itu disaji ke telinganya sebelum ini.

“Ikin love you too… forever,” Tangan Ikin erat memeluk pinggang suaminya. Gembira mereka berdua. Bahagia masih milik mereka.

Share this novel

ctctct
2021-04-16 16:36:24 

ada sambungan x?


NovelPlus Premium

The best ads free experience