Bab 2

Romance Completed 30794

2

Ikin resah di katil. Sesekali dia menoleh ke pintu bilik. Takut Raqib masuk! Dua hari mereka bernikah, dua hari jugalah mereka tidak bermalam bersama. Inilah malam pertama dia akan bermalam dengan lelaki yang sudah sah sebagai suaminya. Kalau boleh, tak nak langsunglah fikir pasal hubungan suami isteri itu. Dia memang tengah berfikir pun.

“Assalamualaikum,” Ikin menelan air liur kasar.

“Waalaikumsalam. Abang ingatkan Irin dah tidur,” Raqib bergerak ke almari. Dia menukar pakaian yang lebih santai. Hanya seluar pendek. Itulah gaya santai dia untuk tidur. Bibir Ikin terkunci terus.

“Err… awak nak tidur macam ni ke?” Raqib memandang dirinya. Apa yang pelik?

“Yupp. As usual,” Pantas dia memanjat katil. Tubuh dia dah selamat pun mencium tilam. Ikin yang masih berpakaian litup sudah tak tentu arah.

“Emmm, awak nak… nak…”

“Nak apa?” tanya Raqib lembut. Mata ditala ke syiling. Sesekali matanya melirik Ikin yang kaku di birai katil.

“Nothing. Just…” Sekali lagi dia gagap. Sejak bila Ikin gagap ni, diri sendiri pun dah tak perasan. Cuak malam pengantin.

“Just sleep. I’m not going to do anything to you. So, have fun for tonight. Malam-malam seterusnya, abang tak janji,” Ikin bagaikan ingin senyum lebar. Janji malam ini, dia sudah terlepas!

“Thank you. Awak tidurlah dulu,” Irin pantas mengambil pakaian bersih dan melangkah ke bilik air.

Raqib memandang pintu bilik air yang sudah tertutup. Dia kesiankan Ikin yang terpaksa mengganti pengantin perempuannya tempoh hari. Hampir gila dia ketika itu. Tinggal lagi dua jam sahaja lagi, majlis akad nikah akan dimulakan… pengantin perempuan dah lari. Salah dia juga sebab tak pernah ambil tentang hal perkahwinannya itu.

Tan Sri Aman dan Puan Sri Zainab yang beria-ria nak dia berkahwin dengan si bekas tunang kerana gadis itu disangkakan mempunyai peribadi yang baik. Inilah akibatnya jika biarkan orang tuanya sahaja yang berkenalan dengan gadis itu. Akhirnya, mereka pula yang tertipu. Barangkali, gadis itu sudah berpunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience