Bab 5

Romance Completed 30794

5

Raqib dan Ikin beriringan berjalan di sekitar taman. Mereka menghentikan langkah. Masing-masing terdiam sambil menghayati pemandangan tasik yang terbentang di hadapan mata mereka. Sesekali Ikin menoleh ke sebelah kirinya. Raqib segak dengan T-shirt berkolar rona biru berbelang hitam dan seluar jeans hitam. Kaca mata jenama Gucci terletak di batang hidung suaminya. Sejak kali pertama dia terpandang wajah bersih seperti penuh dengan nur itu, hatinya mula terpaut.

“Kenapa Ikin setuju nak gantikan Nurin?” soal Raqib tanpa memandang isterinya.

“Boleh Ikin berterus terang?” soal Irin kembali.

“Silakan…”

“Jangan gelak eh. Terasa pun tak boleh,” pesan Ikin. Dia menghela nafas perlahan. “First time Ikin pandang awak kat homestay, Ikin terpuji awak. Lepas tu, umi minta Ikin ganti tempat kak Nurin. Ikin terangguk. Ikin tak sengaja tau. Umi terus aje bagitahu keluarga awak. Itulah kisah sebenarnya,” Raqib mengerutkan dahinya.

“Jadi, Ikin terima abang sebab Ikin tak sengaja angguk setuju?”

“Ikin blanklah masa tu. Jujur Ikin cakap, Ikin terima awak sebab awak handsome aje,” Ikin menutup mulutnya.

Raqib mengerling Ikin. Isterinya buat muka ‘innocent’. Masih keras lidah itu untuk memanggilnya, abang.

“Sebab abang handsome? Masalahnya, abang handsome ke?” Raqib sekadar mengusik.

“Iyalah kot. Dah itu kata Ikin tadi,” Ikin senyum nipis. Dia dah termalu sendiri kerana memuji suaminya secara terang terangan tadi. Boleh pula bibirnya berkata jujur.

“Dahlah. Jom kita balik. Petang nanti Najah nak datang rumah,” Raqib memulakan langkah. Ikin termangu. Najah? Siapa pula tu?

Malas nak fikir panjang, dia hanya mengekori langkah suaminya. Tiba-tiba…

“Awak!”

Raqib sudah terbaring di kawasan berumput. Ikin pantas mendapatkan suaminya. Dia menampar perlahan pipi Raqib. Ikin mula risau. Tadi Raqib elok sahaja.

“Awak… Raqib. Janganlah main-main. Bangunlah,” Air mata sudah membasahi pipi Ikin. Dia memangku kepala Raqib.

“Puan, kenapa ni?”

“Encik, tolong saya. Suami saya tiba-tiba pengsan. Tolong saya,” mohon Ikin. Hatinya sudah tidak keruan. Dia mengharapkan Raqib hanya mengenakannya saja. Tetapi, saat memangku kepala suaminya, terasa macam ada beban. Memang sah! Raqib pengsan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience