Bab 3

Romance Completed 30794

3

Dengkuran halus Raqib membuatkan Ikin tersenyum nipis. Hatinya tercuit. Sebelum ini, hanya bunyi cicak yang suka menyibuk pagi-pagi buta di dinding yang menemaninya. Kini, dengkuran itu yang menemani halwa telinganya. Mungkin ini sifat semula jadi seorang isteri, dengkuran suami pun dah rasa bahagia.

Ikin tergeleng. Niatnya ingin mengejutkan suaminya. Sudah pukul enam suku pagi. Raqib sempat berpesan sebelum tidur agar mengejutkan lelaki itu. Dia nak mereka solat subuh berjemaah. Memang sudah menjadi rutin Irin akan terjaga tepat pukul lima empat puluh lima pagi. Jika uzur sahaja, dia bangun lambat sikit.

“Awak, Raqib… bangun,” Jemari runcing Ikin menggoncang lembut bahu Raqib yang sedang nyenyak tidur mengiring itu.

Tiada respon!

“Ahmad Raqib! Tak nak bangun subuh ke?” Raqib bergerak sedikit.

“Pukul berapa dah?” tanya Raqib dengan suara serak baru bangun tidurnya. Ikin senyum.

“Enam suku. Bangunlah. Kata nak solat jemaah,” Ikin turun dari katil dan duduk di kerusi meja solek. Dicapainya sikat di atas meja solek. Disikatnya rambut hitam yang sudah hampir kering itu.

“Good morning,” ucap Raqib sambil meregangkan sedikit ototnya. Ikin memandang Raqib dari cermin meja solek.

“Morning,” jawab Ikin bersahaja. Mimpi apa entah encik suami dia ni. Awal-awal pagi dah senyum sampai ke telinga. Dia pun senyum tadi. Tapi tak adalah selebar Raqib.

Raqib meloncat turun dari katil. Dia menarik tuala di penyidai. Sebelum berlalu ke bilik air, kakinya melangkah menghampiri isterinya.

“Jangan lupa ambil wudhuk lain. Tadi, Irin pegang bahu abang,” Ikin hanya mengangguk. “And, terima kasih lagi… sebab tak menolak,” Raqib senyum lebar. Dia terus berlalu ke bilik air.

Ikin melihat mukanya di cermin.

“Tak pakai blusher pun,” kata Ikin perlahan. Tahu sangat yang pipinya sudah merah menahan malu. Acap kali Raqib menuturkan ucapan terima kasihnya kerana Ikin sanggup melayan kehendaknya.

Pada mulanya, Raqib memang tak berniat langsung nak menyentuh Ikin. Tetapi, haruman badan Ikin yang ketika itu baru sahaja lepas mandi telah menggodanya. Nasib baiklah Ikin langsung tidak menolak permintaannya. Ikin sendiri tidak menyangka hubungan mereka akan sampai ke tahap ini. Dia bukannya kenal dengan Raqib pun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience