Bab 9

Romance Completed 30794

9

“Pergi mana?”

Raqib terus bersoal tanpa sempat Irin menutup pintu. Hajah Nailah dan Najah sudah pulang. Raqib bersandar tenang di kepala katil.

“Ambil angin kat luar,” jawab Ikin malas. Dia menghampiri Raqib di katil.

“Kenapa tak bagitahu? Handphone pun tak bawa. Puas Najah cari Ikin tadi,” Najah lagi! Ikin beriak biasa. Dia senyum senget.

“Seronok sangat makan bersuap kot. Ikin bagitahu nak keluar pun, dah tak dengar,” perli Ikin selamba.

“Ikin cemburu?”

“Boleh ke Ikin cemburu? Siapalah Ikin ni nak cemburu bagai,” Raqib mendengus. Ada sahaja bibir comel itu ingin menyindirnya. Dek lapar sangat, dia tak sedar kelibat Ikin dah tak ada dalam bilik itu.

“She’s my wife. No, bakal jadi bekas isteri,” Ikin hanya berlagak biasa. Dia dah mengagak semua tu. Mustahil gadis muslimah seperti Najah akan menyentuh lelaki sesuka hati. Melainkan lelaki itu adalah mahramnya.

“Ikin, dengar tak?”

“Dengar. Tak pekak lagi,” Raqib pantas menangkap tangan isterinya. Ikin terduduk di birai katil. Matanya menekur ke lantai.

“Pandang abang, Ikin,” pinta Raqib. Namun, Ikin hanya buat biasa. Dia baru sedar, mereka bukannya kenal rapat pun. Dia langsung tidak mengetahui tentang Raqib. Dan, dia pasti lelaki itu juga tidak banyak mengetahui tentang latar belakangnya.

“Ikin, please,” Lambat-lambat Ikin mengangkat wajahnya. Matanya dipaku pada anak mata suaminya. Terus berdebar jantungnya.

Wajah bersinar itu sentiasa membuatkan hatinya lembut. Perasaan marah boleh hilang. Nak merajuk, langsung tak jadi merajuk. Wajah putih bersih itu mampu memberikan ketenangan untuknya. Dia kalah lagi bermain dengan perasaan.

“Abang bergurau aje. Najah tu adik susuan abang. Hajah Nailah pernah susukan abang masa mama pergi kerja dulu. Sejak itu, abang rapat dengan keluarga Najah. Ikin janganlah salah sangka,” Ikin terdiam. Berdosanya kerana sudah tersalah faham.

Baru kahwin empat hari, dah dilanda ombak tsunami.

“Manalah Ikin tahu. Awak bukannya nak bagitahu pun,” balas Ikin acuh tak acuh. Raqib mengusap kepala Ikin yang berlapik tudung itu.

“Sorrylah. Mesti Ikin dah fikir bukan-bukan. Itu yang cemburu, kan?” Raqib masih belum puas hati jika Irin masih berkeras.

Dia sudah menelefon Puan Sri Zainab tadi. Mamanya menceritakan bagaimana dia boleh terlantar di sini. Yang paling dia terkejut apabila mamanya memberitahu Ikin sanggup tak makan sebab nak jaga dia sampai sedar. Alih-alih bukan Ikin yang dia nampak sebaik sedar. Puan Sri Zainab juga berkata, pasti Ikin kecewa. Hampir seharian dia berteleku di sisi suaminya.

“Mana ada Ikin cemburu. Pandai-pandai aje awak ni,” bantah Ikin. Suaranya sudah mengendur. Sejuk sikit hatinya melihat Raqib sudah kembali seperti biasa.

“Betullah. Kalau tak, takkanlah muka Ikin ni mencuka macam asam jawa,” getus Ikin.

“Lepaslah. Ikin rimas,” Irin merujuk kepada tangannya yang digenggam Raqib erat. Langsung tiada tanda-tanda akan dilepaskan.

“Abang yang pegang. Bukannya lelaki lain. Kenapa nak rimas? Sudahlah bibir ni susah sangat nak panggil abang, abang,” Tangan Raqib menjalar pula di bibir Ikin. Ikin mendengus.

Raqib merenung wajah Ikin. Sungguh bersih wajah itu tanpa jerawat. Muka hanya dihiasi solekan semula jadi. Masudnya, tiada mekaplah. Bedak pun tak ada. Raut putih melepak itu berjaya mengetuk pintu hati Raqib. Entah sejak bila, dia tak perasan. Yang pasti, dia akan sentiasa berdebar jika berada bersama Irin. Berdua begini, lagilah laju jantungnya mengepam. Agaknya, boleh pekak telinga doktor yang memeriksa dadanya dengan stethoscope.

“I’ve fallen in love with you, Ikin. Can you give me a chance?”

Ikin terkedu. Raqib jatuh cinta dengannya? Mustahil! Dia inginkan kepastian, tetapi berat mulutnya ingin bertanya. Mungkin, dia masih kecewa tentang hal tadi.

“Apa jaminannya?” Ikin tidak berani memandang wajah suami yang sudah mendapat tempat di hatinya itu.

“Abang tak boleh bagi jaminan. Tapi, abang akan cuba sayangkan Ikin selayaknya. Abang nak Ikin jadi teman abang seumur hidup abang. Even, abang tahu ajal maut boleh datang bila-bila masa,” Irin terkaku.

Raqib kaget apabila pipi Ikin sudah dibasahi dengan air mata. Dia ada tersilap cakapkah? Harulah macam ni. Kes merajuk tadi pun tak selesai lagi. Kini, dia tahu. Bukan senang ingin memujuk isterinya. Pengalaman pertama yang dia belajar tentang Ikin.

“Sayang, what’s wrong?” Bertambah lebat pula air mata Ikin jatuh. Tersedu-sedan wanita itu menahan tangis yang semakin menggila. Raqib semakin pening dengan kerenah Ikin.

Akhirnya, Raqib membawa Ikin ke dalam pelukannya. Habis basah baju hospital yang dipakainya di bahagian dadanya. Kuat menangis juga Ikin ni. Macam manalah dia nak tinggalkan Ikin nanti. Mahunya meraung isterinya itu. Satu keluhan keluar dari bibir Raqib. Dia mengeratkan lagi pelukannya. Sehinggalah kedua-duanya terlelap di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience