Bab 7

Romance Completed 30794

7

Raqib membuka matanya perlahan. Terasa pedih sedikit. Orang pertama yang menyapa matanya, Najah! Gadis itu buat apa kat sini? Dia kat mana ni?

“Abang Qib dah sedar? Alhamdulillah,” Najah melahirkan rasa syukur. Raqib membetulkan pembaringannya.

“Abang kat mana ni? Macam mana Najah boleh ada kat sini?” Najah tersenyum manis.

“Papa dengan mama bagitahu, abang pengsan. Lepas maghrib tadi, Najah ajak ibu datang sini,” Lembut sahaja tutur bicara Najah. Sesuai dengan peribadinya yang bertudung labuh.

Ikin dan Hajah Nailah masuk beriringan ke dalam wad Raqib. Hajah Nailah mengajak Ikin solat Isya’ di surau hospital. Ikin, pada mulanya berat hati juga ingin meninggalkan Raqib. Tetapi, setelah dipujuk oleh Hajah Nailah dan Najah dia mengikut juga. Najah uzur, jadi dia tak boleh bersolat.

“Raqib dah sedar?”

Ikin menahan rasa. Nampaknya, bukan wajahnya yang Raqib lihat ketika dia sedar. Namun, dilemparkan juga senyuman agar dapat sembunyikan perasaan tidak enak yang mula menular.

“Baru aje sedar, bu,” Najah menjawab bagi pihak Raqib. Dia tahu lelaki itu masih lemah. Raqib menyalami tangan Hajah Nailah.

“Iya? Raqib rasa macam mana? Nak ibu panggilkan doktor?”

“Raqib okey, bu. Ibu janganlah risau,” balas Raqib perlahan. Ikin hanya berdiri bagaikan patung berhampiran jendela. Mulutnya yang teringin bersoal tentang keadaan suaminya, terkunci. Soalannya sudah terjawab.

Dia tertanya-tanya, apakah hubungan Raqib dan Najah? Namun, tak termampu dia nak luahkan persoalan itu. Mereka kelihatan mesra. Mungkin inilah Najah yang disebut Raqib sebelum dia jatuh pengsan tadi.

“Ibu ada bawakan bubur untuk Raqib. Raqib makan eh? Dah nak masuk sepuluh jam Raqib tak sedarkan diri. Mesti dah lapar,” Hajah Nailah mengeluarkan bekas bubur yang dimasak sendiri di rumah Tan Sri Aman tadi.

“Biar Najah suapkan,” Hajah Nailah tersenyum. Dia menghulurkan bekas bubur kepada anak perempuannya.

Raqib hanya membiarkan sahaja Najah menyuapnya. Sesungguhnya, perut dia sangat lapar sekarang ni. Ikin menggaru keningnya. Mula berfikir, dia buat apa berdiri macam patung kat sini? Seronok ke tengok kemesraan yang tersaji di depan matanya ini?

“Err… Ikin keluar sekejap,” kata Ikin sebelum menghilang di sebalik pintu. Ketiga-tiga mereka hanya bereaksi biasa. Masih dengan dunia gelak tawa mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience