Bab 4

Romance Completed 30794

4

Ikin tampil dengan baju kurung kedah yang direka moden. Dia tampak cantik sekali dalam persalinan itu. Selepas solat subuh tadi, Raqib meminta agar Irin bersiap kerana dia akan membawa isterinya melihat rumah baru mereka. Selain itu, boleh juga dia mengenali Ikin dengan lebih dalam lagi.

“Besarnya,” Raqib senyum. Dia bersandar di keretanya sambil kedua tangan dimasukkan ke poket jeans hitamnya. Ikin merenung banglo dua tingkat yang masih dalam proses renovasi.

“Tak adalah besar sangat. Dah hampir siap. Maybe, dua bulan lagi… kita pindah masuk sini,” balas Raqib. Ikin angkat kening. Raqib tak nampak reaksi wajah Ikin kerana wanita itu berdiri membelakanginya.

“Kita berdua aje?”

“Iyalah. Ikin nak bawak siapa lagi?” Ikin sengih.

“Tak ada nak bawak sesiapa. Just asking. Rumah awak ni besar kot. Takkan tinggal berdua aje,” Raqib tergelak.

“Pembetulan, Puan Ikin Amani. Ini rumah kita. Bukan rumah abang seorang,” Ikin menoleh ke belakang. Mata mereka bertembung. Namun, hanya seketika. Ikin melarikan pandangannya. Dia mana berani nak melawan pandangan suaminya. Takut jantung dia meletup pula nanti. Sebabnya, cair dengan wajah kacak Raqib yang bersih itu.

“Iya, rumah kita…”

“Jomlah. Abang nak singgah park kejap. Lambat nanti, panas pulak,” Mereka kembali masuk ke dalam perut kereta.

Raqib memandu ke Putrajaya. Sengaja ingin mengambil angin. Selebihnya, dia ingin mengetahui isi hati isterinya terhadap perkahwinan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience