Bab 10

Romance Completed 30794

10

“Kat dalam wad pun boleh romantik. Tak sedar pulak tu,” Zeera sengih mendengar bebelan Azmir.

“Abang ni, biarlah. Raqib sibuk pujuk Ikin kot. Ikin merajuk gila semalam sebab Raqib tak layan dia. Bukan main mesra lagi dengan Najah. Apa lagi, salah fahamlah seorang ni,” Azmir terangguk faham.

Dia singgah di wad adik bongsunya. Alang-alang, dia ingin mengambil Zeera yang terpaksa on call semalam. Alih-alih, adegan berpelukan suami isteri yang ditunjukkan. Irin bergerak kecil. Matanya membulat melihat abang ipar dan kakak iparnya sedang berdiri di hujung katil Raqib. Raqib?

“Maaf, Ikin tak perasan,” ucap Ikin sambil membetulkan duduknya. Tangan Raqib yang erat dipinggangnya membuatkan dia tidak boleh bergerak.

“It’s okay. Cik abang Ikin tu dah sihatlah tu. Bukan main sakan lagi dia berdengkur,” kata Azmir. Ikin senyum nipis.

Tadi lepas subuh, Raqib meminta agar menemaninya tidur kembali. Tak sangka sekali dia tertidur.

“Biarlah dia tidur. Dua tiga hari ni, dia penat sangat. Nak tidur pun tak senang,” Azmir berkata lagi.

“Jomlah, bang. Kita balik dulu. Doktor Syukur bagitahu tadi, tengah hari ni Raqib dah boleh balik. Ikin tunggu papa dengan mama ya. Kejap lagi, dia orang sampai,” Ikin mengangguk. Dia pun dah rimas kerana tak sempat nak bersihkan diri. Baju kurung kedah moden semalam pun masih tersarung di tubuhnya.

“Terima kasih, abang Mir, Kak Zeera,” Keduanya hanya mengangguk sebelum beredar dari bilik wad Raqib.

Ikin merenung Raqib. Setenang bayi suaminya tidur. Seraut wajah itu sedang senyum. Senyum?

“Awak, Ikin tahu awak dah bangun. Matahari dah meninggi pun nak tidur lagi ke?”

“Abang kan pesakit. Suka hatilah nak tidur ke nak bangun,” Ikin mencebik. Mentang-mentanglah, dia dah maafkan Raqib. Boleh pula buat perangai balik.

“Exactly, awak pesakit. But, I’m not. So, please. Lepaskan Ikin …” Raqib terbangun duduk. Hampir-hampir sahaja Ikin terjatuh, namun tangan Raqib pantas menarik tubuh isterinya. Sudahlah katil ni kecil. Katil bujang saja pun.

“Lepaskan awak? No!” Suara Raqib sudah naik seoktaf. Ikin tergelak. “Sampai bila-bila pun saya takkan lepas awak. Faham?”

“Ikin tahulah. Ikin pun tak nak jadi jandalah. Ikin suruh awak lepaskan tangan awak tu kat pinggang Ikin. Ikin nak pergi toilet. Sensitif betullah awak ni,” Dicuitnya hidung mancung Raqib lembut.

“Kenapa tak cakap awal-awal?” Suara yang tadinya tegang mulai kendur. Termalu sendiri.

“Baru Ikin nak cakap, Ikin punya pinggang, awak dah melenting. Nak sangat ke lepaskan Ikin?” Sengaja cari pasal betul.

“No. Not even once. Mulai hari ni, abang nak Ikin bagi abang morning kiss setiap pagi. Tapi, nak kiss selalu pun boleh,” Ikin mengetap bibirnya. Tak tahu pula Raqib ni ada simptom lelaki miang.

“Apa kaitan lepaskan Ikin dengan morning kiss pulak?”

“Tak berkaitan. Tapi… bila Ikin kiss abang aje, abang takkan lepaskan Ikin sampai bila-bila,” Raqib memeluk tubuh Ikin. Dia berharap agar jodoh mereka panjang. Dia ingin mencipta seribu satu memori bersama isteri yang mulai disayanginya sepenuh hati.

Ikin senyum manis.

“Insya Allah. Janji abang takkan lepaskan Ikin?” Semakin melebar senyuman Raqib mendengar suara lembut itu memanggilnya, abang. Boleh bina taman dah di dalam hatinya kini. Banyak sangat bunga. Semua bunga kepunyaan Irin Awani.

“Insya Allah,” Dikucupnya dahi Ikin lama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience