Bab 1

Romance Completed 30794

I Miss You, My Hubby!

Nazehran Jose Ahmad

1

Sebuah kereta BMW 520i baru sahaja masuk ke dalam perkarangan rumah. Tan Sri Aman meluru keluar dari kereta diikuti anaknya di seat sebelah dengan membawa beberapa bungkusan makanan. Sebaik pagar automatik terkatup rapat, mereka berdua masuk ke dalam rumah.

“Ramai orang kat pasar malam tadi, bang?” Puan Sri Zainab bersoal kepada suaminya, Tan Sri Aman yang baru sahaja pulang dari pasar malam berdekatan dengan banglo tiga tingkat mereka.

“Ramailah jugak. Macam biasalah,” Tan Sri Aman melabuhkan punggung di sofa ruang tamu, bersebelahan dengan isterinya.

Malam itu, keluarga Tan Sri Aman berkumpul di ruang tamu. Giliran ahli keluarga paling dekat pula meraikan menantu baru mereka. Putera bongsu Tan Sri Amin dan Puan Sri Zainab baru sahaja melangsungkan majlis perkahwinannya yang telah bermula sejak dua hari lepas. Kini, barulah banglo itu lengang dengan sanak saudara yang lain. Kalau tak, memang hingar bingarlah. Sekarang ini pun sudah hingar dengan suara cucu-cucu mereka.

“Sayang buat apa ni?” tanya Azmir kepada isterinya, Zeera.

“Mana ada buat apa pun. Tolong bawa kuih-muih ni aje,” Zeera meletakkan dua pinggan beraneka jenis kuih-muih melayu di atas yang terletak di tengah-tengah susunan sofa.

Azmir memang pantang jika isterinya melakukan kerja-kerja berat ketika sedang hamil. Bukannya Zeera sedang mengandung anak sulung. Dah anak ketiga pun. Tapi, risau dia mengalahkan mengandung sulung. Nasib baiklah si Azmir tu masih benarkan dia bekerja.

Muncul Ikin menatang dulang berisi minuman dan diletakkan di atas meja kopi itu. Inilah menantu bongsu Tan Sri Aman dan Puan Sri Zainab. Gadis itu masih segan silu berada di kelompok keluarga suaminya. Dia manalah biasa bertandang ke rumah orang lain lama-lama. Kekok. Tapi, sekarang ini dah lain. Dia berada di rumah ibu bapa suaminya sendiri.

Ikin menuangkan minuman ke dalam cawan ketika Raqib masuk ke dalam rumah. Dilabuhkan punggungnya di sebelah Azmir.

“Beli apa banyak sangat? Papa sampai dulu pulak,” tegur Puan Sri Zainab.

“Mana ada beli banyak, mama. Qib pergi kunci kereta tadi. Lupa nak kunci masa balik tadi,” jawab Raqib sambil menayangkan kunci kereta BMW 520inya.

Ikin bersimpuh di sebelah Diana di atas karpet tebal. Malas pula nak bangun, duduk di sofa.

“Ikin, okey tak tinggal sini?”

“Okey. Kenapa, pa?”

“Papa tengok diam aje dari tadi. Macam tak suka pun ada,” Tan Sri Aman dan Puan Sri Zainab berpandangan. Itulah yang berada di benak mereka tatkala melihat menantu mereka yang satu itu hanya diam sejak tiba di sini petang tadi.

“Eh, Ikin okey. Cuma, tak biasa lagi aje,” Ikin memberi jawapan yang sopan. Tidak mahu mertuanya salah sangka.

Dia sebenarnya canggung. Gila tak kekok. Sudahlah kahwin pun bukan atas kerelaan hati. Saat-saat akhir kakak sepupunya tidak hadir ke majlis pernikahan. Apalagi, kecohlah. Sudahnya, Datin Husna, uminya meminta dia menggantikan tempat kakak sepupunya itu. Dengan selamba, terus mengangguk setuju. Meloncatlah keluarga pengantin lelaki. Tak payah fikir maruah yang hampir tercalar. Senang-senang sahaja si Ikin itu bersetuju.

“Nanti dah lama-lama biasalah tu. Kak Zeera dengan abang Azmir dulu pun macam Ikinlah. Tapi, sekarang ni… kamcing aje,” sampuk Puan Sri Zainab.

Ikin senyum nipis. Kalaulah semua tahu apa yang tersirat di dalam hatinya kini. Si suami pula selamba sahaja. Macam tak ada apa-apa yang berlaku. Bersandar santai dengan baju melayu-kain pelikat sambil mata ralit menonton cerita apa entah kat TV tu. Ikin, bab-bab lelaki, dia memang tak pandai. Boleh dikatakan zerolah pasal lelaki ni. Ramai juga kawan-kawan lelaki di kampus cuba cucuk jarum. Tapi, semuanya tak dilayan. Bukanlah dia tiada perasaan, tetapi lebih kepada malas nak ambil tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience