Bab 9

Horror & Thriller Series 8599

BAB 9

Tidak mahu berputus asa, Saif menggunakan cahaya telefon bimbitnya saja. Dia berjalan perlahan-lahan ke sekeliling rumah. Mencari di mana Zana mungkin berada. Kelibat Zana isterinya itu masih belum ditemui.

“Sayang ada kat mana? Abang dah balik ni sayang,” kata Saif.

“Siapa yang menangis ni? Kalau berani tunjukkan diri kau! Mana isteri aku huh?” kata Saif lagi. Entah mengapa dia hilang sabar engan apa yang dialaminya dari awal kakinya melangkah masuk ke apartment. Teralu banyak persoalan bermain dalam benaknya.

“hahahaha....” tiba-tiba suara yang menangis itu bertukar ketawa.

“Siapa kau?! Apa kau buat dalam rumah aku? Mana Zana?” soal Saif dengan suara agak keras.

“hahaha.... kau dah luapakan aku ke?” soal suara misteri itu semula.

“Kalau kau berani, tunjukan diri kau! Aku tak tahu kau siapa?” kata Saif dengan yakin.

Tiba-tiba keadaan jadi senyap sunyi.

Dada Saif berombak ketika bernafas. Walaupun dia sebenarnya berdebar, perasaannya ketika itu dikawal sebaik mungkin.

“Saif,” kata wanita itu dari sisi kiri Saif.

Terperanjat Saif dibuatnya. Keadaan yang gelap meyebabkan Saif tidak perasan akan kehadiran wanita misteri itu di sebelahnya.

“Siapa kau?! Katakan siapa kau?” pekik Saif geram.

Dalam cahaya yang suram dari luar tingkap apartment, Saif boleh melihat susuk tubuh wania yang berada di sebelahnya itu.

Wanita itu berdiri tegak beul-betul di sebelahnya. Saif mengamatinya. Hampir sama dengan susuk tubuh isterinya zana tapi suaranya tadi amat berlainan. Dan suara yang didengarinya juga seperti pernah dikenali sebelum ini. Mungkin kah...

Wanita itu berjalan perlahan hinggalah wajahnya disimbahi cahaya malap dan apabila Saif melihat wajah itu, dia benar-benar terkejut. Wajah wanita yang sedang berjalan menghampirinya itu memang cukup dikenali. Wanita yang pernah berada disisi nya sebelum Zana diambil sebagai isteri.

Itulah Hamisah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience