Bab 3

Horror & Thriller Series 8599

BAB 3

Sret…Sret…..

Setiap malam, bunyi perabot dialihkan sentiasa kedengaran dari tingkat atas. Mula-mula mendiami rumah apartment ini dulu, Zana masih boleh menerimanya. Namun setelah berbulan menetap di situ, bunyi tersebut mengganggunya. Bukan bunyi itu sahaja, malah bunyi kaca pecah dan orang mengetuk dinding pun selalu di dengarinya.

“Dah mula dah bunyi-bunyi bising ni. Siapalah yang tinggal di atas ni kan bang. Tak boleh fikir ke orang bawah ni rengsa dengar bunyi-bunyi bising yang dia buat ni semua.” Omel Zana tak puas hati.

“Sabarlah. Nak buat macammana. Dah lantai dia, bumbung kita. Tak pe, nanti abang naik atas dan tegur ya,” pujuk Saif . Zana dah menarik muka. Dia mahu tidur tapi tk dapat lena apabila mendengar bunyi-bunyian itu semua.

Sebenarnya,Saif dah perah naik ke tingkat atas untuk menjenguk pemilik rumah. Tapi bila sampai di atas, Saif dapati rumah tersebut masih kosong. Jadi dia berpatah balik dan tak sempat nak bertanya lanjut dengan pengawal keselamatan di situ utentang bunyi-bunyian yang selalu didengari dari rumah atas apartmentnya.

Tapi bila bunyi itu masih ada selepas dua bulan mereka menetap di situ, Saif fikir rumah itu memang sudah didiami orang.

“Janganlah masam muka. Rasanya ada orang baru masuk duduk dalam rumah atas kot. Sebab tu dia busy kemas perabot dia,” kata Saif lagi memberi alas an supaya isterinya tidak terus geram.

“Abaikan jelah bang. Saya nak tidur dulu. Ni dah elok senyap balik ni, baik saya cepat lenakan diri,” kata Zana tidak mahu meneruskan berbual dengan suaminya.

Malam makin larut. Zana dan Saif sama-sama sudah lena di atas katil kelamin mereka.

Selimut yang membaluti tubuh mereka berdua ditarik perlahan hingga jatuh dihujung katil. Disebabkan kesejukan, Zana bangun untuk menarik semula selimut yang jatuh tadi. Dengan malas tangannya mencapai selimut yang dah jatuh itu ke atas katil semula.

Selepas menyelimutkan Saif, dia pun baring semula. Namun selimut itu bergerak ke bawah dan jatuh lagi. Difikirnya Saif yang berbuat demikian untuk mengusik.

“Abang, janganlah tarik selimut. Saya sejuk ni!” kata Zana walaupun matanya masih terpejam kerana mengantuk. Tiada respon dari saif.

Lalu Zana bangun semula untuk menarik selimut. Kali ini dia enggan menyelimutkan Saif keran ageram.

‘Tak nak selimutkan’ desis dalam hati sambil menjeling suaminya yang nyenyak tidur di sebelah.

Tanpa disangka, selimutnya ditarik sekali lagi. Tapi kali ini direntap dengan kuat! MAlah kaki Zana ditampar dengan kuat. Zana menjerit. Saif yang nyenyak tidur, terkejut lalu terjaga.

“Kenapa ni sayang?” Tanya Saif apabila isterinya menjerit dan sudah sepert orang yang ketakutan.

“Ada tarik selimut dan tampar kaki saya tak tadi??” Tanya Zana. Peluh mula merenik di dahi dan lehernya. Dia ketakutan.

“Mana ada. Abangkan tengah tidur sebelah awak tadi.” Balas Saif menggeleng kepala.

“Habis siapa yang tarik selimut? Bukan sekali dua bang,” Cuba abang periksa siapa kat hujung katil tu.

Saif terus bangun dan memeriksa. Ketika dia sedang tunduk memeriksa di bawah katil, Zana lihat ada seorang gadis bercermin mata di hadapan suaminya.

Zana menjerit lagi. Namun gadis itu hilang serta merta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience