Bab 6

Horror & Thriller Series 8599

BAB 6

“Abang. Abang.. Bang…. Bangun! Kenapa abang terjerit-jerit ni? Kenapa ni bang?” Zana mengejutkan suaminya. Kedua-dua tangannya menggoncang kuat bahu Saif yang sedang menggelisah di sebelahnya di atas katil.

“Abang…” pekik Zana lagi sebelum melepaskan satu das penampar di pipi Saif supaya suaminya itu sedar. Terkulat-kulat Saif bangun.

“Astaghfirullah …” ucap Saif dan terus tersedar dan duduk. Mukanya ditekup dengan tapak tangan. Bagaikan dia tak percaya dengan apa yang berlaku. Semua yang dilihatnya tadi hanya mainan tidur. Diaa bermimpi tentang gadis bercermin mata yang dtang mengganggunya.

Peluh berjejeran jatuh. Bajunya juga basah bermandikan peluh. Dadanya berombak menahan ketakutan dan gelisah.

“Apa yang abang mimpikan hingga mengigau begitu? Saya tak boleh tidur dibuatnya,” kata Zana yang risau melihat keadaan suaminya. Belum pernah sekali pun dalam usia perkahwinan mereka Saif mengigau teruk begitu. INi merupakan kali pertama setelah dia sendiri beberapa kali diganggu mimpi aneh dan menakautkan selain gangguan yang dialami dalam rumah yangs edang mereka duduki itu.

Saif menggeleng kepala. Tidak mahu berkata apa.

Zana menghela nafas panjang. Tidaktahu apa yang harus dilakukannya lagi bagi menenangkan keadaan suaminya yang ternyata kelihatan sangat terganggu. Di usapnya belakang Saif supaya Saif berasa tenang. Kemudian barulah dia meminta Saif baring semula dan tidur.

Namun Saif hanya mampu memejamkan mata dan tidak mampu untuk lena semula. Wajah gadis bercermin mata itu mengganggu fikirannya. Dia teringat seseorang yang dikenalinya dulu namun setahunya gadis itu telah tiada lagi di dunia ini. Jadi bagaimana dia boleh berada di situ. Dalam mimpinya.

Tiba-tiba ada satu perasaan takut terbit dalam dirinya. Takut jika perbuatannya diketahui orang. Takut kesalahan dan kesilapan yang pernah dilakukannya sebelum ini terhadap gadis bercermin mata itu terbongkar. Takut jika semua itu terdedah, apa yang bakal berlaku kepada dirinya, isteri dan masa depan. Saif bingung memikirkannya.

Apa yang harus dilakukannya kini? Jenuh dia memikir. Itu adalah masa lalu. Mengapa ia kembali di saat dia mahu melupakannya dan memulakan hidup baru bersama isterinya, Zana.

Saif tidak dapat lena biar pun sudah tiba azan Subuh. Zana yang berada di sebelahnya sudah pun bangun mempersiapkan diri. Dalam keadaan Saif tinggal seorang diri, tiba-tiba bayangan gadis bercermin mata yang hadir dalam mimpinya muncul semula di hadapan.

Saif terkejut dan hampir menjerit namun suaranya tersekat di kerongkong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience