Bab 2

Horror & Thriller Series 8599

BAB 2

“Abang jangan lupa jemput saya nanti. Saya tunggu abang di lobi k,” pesan Zana selepas bersalam cium tangan dengan suaminya di dalam kereta.

Mereka suami isteri merancang untuk makan malam bersama bagi meraikan usia lima bulan perkahwinan mereka.

Pertemuan yang tidak disangka. Saif dan Zana bertemu di salah sebuah pasaraya di Cheras. Ketika itu Saif sedang memilih pisau yang pelbagai jenis di hadapannya tapi buntu membuat keputusan. Setelah memerhati gelagat Saif yang gelabah sudah lebih 20 minit, Zana pun menghampiri Saif.

“Hi… Maaf buat awak terkejut. Boleh saya bantu? Awak nampak sangat terganggu untuk memilih pisau-pisau di sini,” tegur Zana terlebih dahulu.

“O. A’ah…” jawab Saif ringkas sambil mengurut dadanyanya kerana terkejut ditegur sebegitu rupa.

“Awak nak cari pisau yang bagaimana dan untuk tujuan apa?” Tanya Zana lagi untuk mengetahui lebih lanjut. Namun pertanyaan itu disambut dengan riak wajah yang gelisah dari Saif. Hinggakan dia berundur selangkah ke belakang.

“Eh, awak janganlah takut dengan saya. Saya bertanya sebab nak tolong awak je.” Zana terus membuat penjelasan.

“Oh, saya taka pa-apa. Boleh pilih sendiri,” kata Saif mahu menolak bantuan yang ingin diberikan. Zan asudah ketawa kecil.

“Macam ni la. Rasanya awak ni dah salam faham. Taka pa. Saya bagi tips. Kalau nak potong daging yang besar, pilih pisau besar dan tajam juga macam ni. Tapi kalau setakat untuk kegunaan biasa. Pisau kecil kat hujung tu pun dah cukup.” Jelas Zana sambil memberi tunuk ajar. Saif mendengar dengan teliti. Tak sangka Zana sudah pun membantunya untuk memilih pisau yang sesuai untuk aktivitinya nanti.

Saif memandang wajah Zana, hujung bibir ditarik untuk mengukir senyuman.

“Terima kasih.” Kata Saif kepada Zana. Akhirnya dia tidak perlu tunggu lama di situ untuk mendapatkan pisau yang sesuai.

Mata mereka bertautan. Di saat itulah Zana merasakan Saif sebenarnya agak kacak dan hatinya hanya mampu memuji dalam hati. Rasanya dia dah jatuh hati.

********

Di parkir kereta…

“Eh taknampak ke orang sedang lintas jalan? Laju sangat pandu kereta nak ke mana?” Bebel Zana apabila dia hamper dilanggar sebuah kereta Honda City yang brek mengejut di sebelahnya.

Pemandu kereta tersebut keluar dan melangkah menuju Zana.

“Maafkan saya, Saya tak perasan tadi. Sorry….” Kata Saif untuk memohon maaf atas kesilapannya juga. Ralit melihat handphone hingga lampu merahdi lintasan pejalan kaki pun dia tidak perasan.

“Eh, awak wanita yang tolong saya ilih pisau hari tu kan?” kata Saif apabila wajah Zana diteleknya lama-lama. Zana sudah mengerut dahi cuba mengingati.

“A’ah la. Awaklah mamat blur pilih pisau tu. Menggelabah je saya tengok aritu. Sampai saya nak tolong pun tak mahu,” kata Zana. Diiringi ketawa oleh kedua-duanya.

“Yelah. Saya nak ke mall depan tu. Awak nak ke mana? Saya boleh tolong hantarkan,” pelawa Saif.

“Saya pun nak ke mall depan tu juga sebenarnya. Nak makan,” jawab Zana.

“Oh, kalau begitu, awak naik kereta saya je la. Boleh kita pergi makan sekali. Saya nak minta maaf. By the way nama saya Saif,” ujar Saif menghulurkan tangan untuk berkenalan. Tangan yg dihulur disambut dengan senyuman manis.

“Baiklah. Panggil saja saya Zana,” katanya.

Selepas saling membalas senyuman, mereka masuk ke dalam perut kereta menuju ke mall. Sejak perkenalan itu, Saif dan Zana semakin rapat hinggakan kedua-duanya saling jatuh cinta danmeluahkan perasaan dan akhirnya mengamil keputusan untuk berkahwin pada enam bulan yang lalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience