Bab 5

Horror & Thriller Series 8599

BAB 5

“Saif…”

“Bangun Saif. Aku ada di sini. Hee….hee…” satu suara memanggil nama Saif ketika dia sedang tidur nyenyak. NAmun kini tidurnya terganggu dengan panggilan itu. Dia bangun dan duduk. Tiada Zana di sbelahnya.

Fikirnya Zana mungkin memanggil namanya dari dalam bilik air. Nama Zana dipanggil lagi.

“Siapa? Zana ke tu? Sayang…” ujar Saif.

Suara itu ketawa pula. Meremang bulu roma Saif dibuatnya. Dia pelik. Dari mana pulak datangnya suara itu.

“Sayang…” panggil Saif lagi. Tak mungkin ada orang lain dalam rumahnya. Hanya mereka berdua sahaja yang ada.

Saif bangun menuju ke bilik air. Pintu bilik air ditolak. Tiada sesiapa di dalam. Tapi air shower mandi terpasang. Lalu ditutupnya dahulu air shower sebelum melangkah keluar.

Kali ini kakinya melangkah ke ruang tamu pula. Kipas terpasang. TV juga terpasang. Tapi tiada sesiapa pun yang kelihatan di situ. Zana tiada di situ. Saif semakin pelik. Ke mana pula isterinya telah pergi. Bukankah sebelum dia pejam mata dan lena tadi, Zana masih berbaring di sebelahnya di atas katil.

“Sayang… Sayang kat mana?” soal Saif lagi.

Tiba-tiba, Saif terdengar bunyi yang pelik datang dari arah dapur. Saif cuba menangkap bunyi apakah yang didengarinya namun buntu. Dia berjalan perlahan-lahan kea rah dapur. Lampu juga sengaja dibiarnya tidak dipasang. Saif ikir ada pencuri yang menceroboh rumahnya.

Dalam kakinya melangkah ke dapur, Saif sempat mencapi batang penyapu yang diletakkan di sebelah rak hiasan rumahnya. Batang penyapu itu digenggam erat dengan kedua-dua belah tangannya. Dia sudah siap sedia mahu menghayunkan batang penyapu itu kepada sesiapa sahaja yang menceroboh rumah miliknya.

Hatinya berdebar. Bunyi pelik yang datang dari dapur itu seperti orang sedang makan dengan lahapnya. Dia berasa pelik. Benarkah pencuri yang menceroboh rumahnya. Dia tidak mahu fikir jika bunyi pelik itu datang dari makhluk halus pula. Kerana dia tidak mempercayai perkara tahyul seperti yang dianggapnya.

Batang penyapu diangkat ke atas. Dia siap sedia untuk menghayunkan. Semakin dekat, semakin batang kayu penyapu itu diangkatnya tinggi.

Krek… krek..

Bunyi pelik itu makin jelas di telinga Saif. Sesampainya di pintu dapur, Saif masih belum nampak apa-apa kelbat yang menyebbabkan bunyi pelik yang didengarinya. Dia yakin pencuri itu ada di sebalik set meja makan. Berselindung di balik itu.

Dengan penuh hati-hati, Saif berjalan prlahan dan menghayunkan batang kayu penyapu. Aneh. Yang tinggal di sebalik set meja makan itu hanyalah pinggan berisi nasi yang sudah berterabur di atas lantai.

“Tak kan kerja kucing ni? Masuk dari mana pula?” kata Saif sambil menggaru-garukan kepalanya.

Saif melihatdi bawah meja juga. Tiada apa-apa yang menyrok di situ.

Maka Saif bangun dan menoleh untuk ke ruang tamu. Tiba-tiba, wajah gadis ayu bercermin mata bertukar rupa menjadi hodoh. Saif terkejut dan menjerit sekuat hati. Itu bukan isterinya! Tapi wajah gadis itu eperti pernah dilihat dan dikenalinya sebelum ini. Bagaimana gadis itu boleh berada di dalam rumahnya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience