Bab 1

Horror & Thriller Series 8599

Sumpahan Gadis Bercermin Mata

Penulis: Mistikus

BAB 1

Pada Ogos 2001, satu kejadian pembunuhan telah terjadi di sebuah apartment di mana mangsa seorang gadis telah dipenggal kepalanya dan seorang lelaki mati dicekik, kedua-dua mayatnya dibiarkan selama beberapa hari tanpa diketahui oleh sesiapa pun. Setelah lima hari kejadian, jiran mangsa mengadu bau busuk dan polis mula menyiasat punca kejadian. Sehingga kini setelah kejadian itu berlaku apartmen tersebut dikatakan sentiasa diganggu makhluk halus.

Sering kali penghuni di situ bertukar ganti. Setelah beberapa kali hal tersebut berlaku, apartmen itu ditinggalkan begitu sahaja. Tiada siapa pun yang berani tinggal di situ lebih dari 14 hari.

Dua orang anggota polis memecah masuk ke dalam partmen untuk menyiasat tentang aduan bau busuk yang diterima dari jiran. TV terpasang. Polis menemui satu mayat duduk di atas sofa tanpa kepala…

*******

Tok! Tok! Tok!

Bertalu-talu ketukan di pintu rumah. Bunyinya bagaikan nak merobohkan pintu tesebut. Saif dan Zana yang sedang lena tidur terkejut lalu terjaga. Saif meminta Zana supaya tinggal sahaja di dalam bilik sementara Saif keluar menuju ke pintu hadapan untuk melihat siapa yang dating ke rumahnya pada malam-malam begini. Zana akur sahaja dengan arahan suaminya tambahan pula dia masih mengantuk. Sebelum tiba di pintu hadapan, matanya sempat mengerling jam di dinding. Baru jam 2.30 pagi. Dalam keadaan masih mengantuk, dia sempat berfikir siapa kawan-kawan atau keluarga mana yang sanggup menerjah rumahnya malam buta itu.

“Sekejap. Saya datang. Siapa di luar?” kata Saif dengan suara yang sedikit tinggi. Namun tiada sahutan.

Saif memulas tombol pintunya dan apabila pintu dibuka,, tiada sesiapa pun di luar. Saif merasa aneh. Dipandangnya ke kiri dan kanan namun tetap tiada sesiapa. Saif melangkah setapak ke luar untuk melihat siapa namun di luar memang benar-benar tiada orang.

Saif menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Pelik. Mana orangnya? Siapa yang mengetuk pintu rumah apartmentnya bertalu-talu? Mengapa bila pintu dibuka, tiada sesiapa yang kelihatan di luar.

Saif enggan memikir lagi. Matanya sudah mengantuk. Lalu dia kembali ke dalam dan menuju semula ke bilik di mana isterinya berada. Namun baru beberaa langkah menjauhi pintu rumahnya yang telah dikunci semula, pintu itu diketuk lagi. Kali ini lebih kuat ketukannya.

Tok! Tok! Tok!!!

Saif berpatah semula dan membuka kunci pintu. Tetap sama. Tiada sesiapa pun di luar. Saif jadi geram.

“Jangan man-mainlah. Dah malam ni. Esok aku nak kerja lagi. Kalau tak nak jumpa, jangan ketuk-ketuk! Budak-budak mana lah yang biadap sangat ni buat macam ni?” bebel Saif sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.

Sekali lagi Saif menutup pintu rumah dan menguncinya dengan kemas. Dalam hatinya jika ada yang mengetuk lagi, dia tidak akan mahu membukanya. Langkah dihayu menuju ke bilik tidur.

“Siapa yang ketuk tadi bang?” soal Zana apabila dilihatnya Saif dah duduk di birai katil.

“Entahlah. Budak-budak nakal di apartmen kita ni kot. Abang buka pintu tadi, tak ada sesiap pulak di luar,” jawab Saif sambil melabuhkan badannya ke tilam dan memejamkan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience