Bab 4

Horror & Thriller Series 8599

BAB 4

Zana masih traum adengan apa yang dilihatnya. Seorang gadis dalam pakaian baju kurung pituh bercermin mata tiba-tiba muncul di hadapan suaminya ketika Saif tunduk untuk melihat bawah katil mereka. Wajahnya bengis dan darah dilihat meleleh dari mulut gadis itu.

“Awak bermimpi agaknya ni. Tak mungkin lah ada yang masuk dalam rumah kita malam tadi. Mungkin selimut tu jatuh sendiri sebab kita mengalihkan badan ketika tidur.” Kata Saif menyedapkan hati istrinya.

Zana yang masih terkejut itu terus demam. Saif terpaksa minta emergency leace dari pejabatnya untuk menjaga Zana. Dia tidak mahu ditinggalkan keseorangan di rumah setelah apa yang terjadi malam tadi. Mahu tak mahu, terpaksalah Saif menurut.

“saya pasti apa yang saya Nampak semala tu bang. Saya tak tipu,” katanya sambil merenung mata Saif mohon dipercayai.

Saif yang baru saja memerah tuala basah di besen sebelah katil terus meletakkan ke dahi Zana.

“Sudahlah tu. Abang percaya. Jangan difikirkan sangat. Kalau tak, sayang akan tambah sakit. Abang juga yang risau nanti. Sayang berehat je lah. Abang pun dah minta cuti,maka abang akan temankan sayang hari ini. Cepat sihat ya.”kata Saif memujuk Zana supaya berehat.

Zana mengangguk lalu memejamkan matanya untuk tidur.

******

Malam itu, Zana mengalami mimpi buruk.

Dia sedang berjalan di sebuah lorong yang tidak diketahuinya. Dia memanggil nama Saif namun tiada jawapan yang diterima.

Zana ketakutan. Dia berlari ke hujung kanan namun tiada sesiapa yang boleh diminta tolong. Dia berlari pula ke sebelah kiri, sama juga keadaannya. Zana buntu ke mana dia harus pergi untuk menyelamatkan dirinya.

“Abang… Zana, takut… Abang kat mana??” kata Zana dalam nada sayu sambil mengis teresak-esak. Zana memandang ke kiri dan ke kanan. Hanya dia seorang di situ.

Tiba-tiba… Ada seseorang sedang berjalan ke arahnya.

Namun Zana tidak dapat melihat kerana matanya silau disebabkan cahaya yang terang.

“Siapa di sana? Siapa tu? Tolong beritahu siapa tu?” soal Zana yang gelisah. Tiada respon yang diberikan sebalinya ia terus berjalan menghampiri Zana yang sedang menangis teresak-esak.

Semakin dekat, semakin jelas. Zana lihat ia merupakan seorang gadis berbaju kurung dan bercermin mata. Sosoknya sama seperti yang dilihat ketika ia pertama kali menjelma namun kali ini tiada pula darah yang meleleh dari mulutnya.

“Siapa kau? Kenapa kau ganggu aku?” soal Zana. Jantungnya berdegup kencang. Dia bimbang diapa-apakan.

“Jangan dekat dengan aku! Pergi !!!” ujar Zana lagi apabila ia terus menghampiri.

Argh………..tolongggg……..

“Zana. Zana!” Saif menggoncang tubuh Zana . Apabila Zana membuka mata, ,tangannya terus meraut tubuh Saif. Dia ketakutan.

“Sayang mimpi apa sampai terjerit-jerit macam tu sekali?” Tanya Saif bingung dengan apa yang terjadi.

“Saya takut abang…” balas Zana sambil menangis teresak-esak. Tubuh suaminya dipeluk erat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience