Bab 10

Horror & Thriller Series 8599

BAB 10

*Flash back*

“Siapa lelaki yang pegang kau tu Misha? Siapa?” soal Saif keras. Matanya sudah terbeliak. Tangannya mencengkamkuat bahu Hamisah.

“Saya tak tahu. Saya tak kenal dia!” jawab Hamisah terketar-ketar. Dia benar-benar takut apabila Saif sekali lagi naik hantu apabila melihat ada lelaki bersamanya. Cemburu buta!

“Kalau kau tak kenal, takkan dia nak pegang kau macam tu sekali? Kau ingat aku bodoh huh? Kau curang dengan aku ni!” tuduh Saif bertubi-tubi kepada Hamisah. Dia tidak dapat mengawal perasaan cemburu itu. Sejak petang tadi, Saif bagaikan dirasuk hantu apabila melihat seorang lelaki memegang tanagn Misha di hadapan lobi pejabatnya. Perasaan marahnya membuak-buak.

Hamisah adalah tunangannya. Sudah lebih dua tahun mereka bersama dan hujung tahun itu, mereka sudah merancang untuk berkahwin.

Saif memang mencintai Hamisah dan hatinya tidak rela jika Hamisah menjadi perhatian mana-mana lelaki selain dirinya. Mungkin kerana Hamisah memang seorang yang jelita. Kulitnya putih mulus, senyumannya menawan raut wajah yang cantik memang akan mengundang perhatian sesiapa yang memandangnya.

Dek kerana itu Saif rasa tidak selamat dan dari situ terbit rasa cemburu yang teramat sangat. Dia bimbang Hamisah terlepas ke tangan lelaki lain. Disebabkan itu juga, semakin lama perhubungan mereka, Hamisah dikongkong.

Pernah juga Hamisah menyuarakan rasa tidak puas hatinya tetapi Saif pandai memujuk dan meyakinkannya kembali bahawa apa yang dilakukan olehnya adalah atas dasar cinta dan sayang. Hamisah yang termakan dengan pujukan itu terus menerima bulat-bulat.

“Saya tak tahu. Saya tak tahu! Dia datang bertanya dan tiba-tiba meraih tangan saya. Saya juga terkejut!” kata Hamisah untuk menjelaskan keadaan sebenar kepada Saif. Harapnya Saif mempercayainya dan melepaskan cengkaman tangannya yang kuat itu. Hamisah sudah mula rasa sakit.

“Argh... Perempuan tak guna! Ini bukan kali pertama aku lihat kau menggatal dengan lelaki lain. Dah banyak kali tapi aku pendamkan saja kerana aku cintakan kau Misha. Tapi kau tak pernah serik! Kau tipu aku hidup-hidup. Kali ini aku nampak dengan mata kepala aku sendiri. Lelaki itu pegang kau dan kau membiarkannya sahaja. Perempuan jenis apa kau ni ha?” kata saif tentang ketidak puasan hatinya. Dia geram dengan apa yang dilihatnya tadi.

“Tidak! Tidak... Saya tak tipu awak! Kenapa awak buat saya macam ni?” kata Hamisah. Pipinya sudah lencun dengan air mata. Tubuhnya terasa sakit yang amat kerana dicengkam dan digoncang dengan kuat oleh tangan Saif. Tiada kudratnya untuk melawan kekuatan lelaki dari Saif.

Tangan Saif beralih ke leher Hamisah. Dicengkamnya kuat. Hamisah tercekik. Dia meronta meminta dilepaskan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience