Bab 7

Horror & Thriller Series 8599

BAB 7

Krek… krek…

Bunyi pelik kedengaran lagi dari dapur rumah. Zana yang sedang mengemas bilik tidurnya mula rasa tak sedap hati. Bunyi apa pula yang bising di dapur rumahnya. Baju-baju yang belum berlipat berlonggok di tepi katil. Baju yang sedang dilipat dalam tangannya di letakkan ke tepi. Zana memandang sekeliling. Entah kenapa dia rasa seram.

Kebetulan Zana tinggal keseorangan ketika itu di rumah. Saif sudah keluar sejak jam 7 pagi lagi kerana ada urusan kerja di luar kawasan dan hanya akan pulang setelah kerjanya itu selesai. Teringat pula perbualan singkatnya dengan Saif pagi tadi sebelum suaminya itu keluar rumah untuk bekerja.

Jika tidak, Saif juga telah memaklumkan dia akan menginap di hotel malam itu jika keadaan tidak mengizinkan dia untuk pulang ke rumah. Jika siap awal sebelum Maghrib, Saif sempat berjanji untuk ulang ke rumah.

“Abang akan ke Tapah hari ini. Kalau sempat siapkan kerja abang akan balik awal, jika tidak, abang tidurdi sana saja ya. Sayang jaga diri baik-baik. Ada apa-apa hal nanti abang akan call,” kata Saif sambil mengemas barang-barang yang perlu dibawanya bersama untuk ke luar kawasan kali ini. Sampaikan tak cukup tangan dibuatnya.

Zana mengangguk dan kemudiannya membantu Saif menjinjit barang-barang suaminya ke dalam kereta.

Sebetulnya dia tidak kisah namun ada rasa tak sedap hati yang terbit apabila suaminya mahu meninggalkannya seorang diri kali ini ke luar kawasan di Tapah. Namun dia hanya berdiam kerana tidak mahu terus memikir yang bukan-bukan. Baginya itu mungkin mainan perasaan sahaja.

Krek...Krekk

Bunyi pelik itu masih kedengaran. Zana tersedar dari lamunan sejak dia ditinggalkan suaminya sebentar tadi. Jantungnya kembali laju mengepam darah. Dia berjalan perlahan menuju ke arah bunyi pelik itu.

“Apa pula bunyi tu?” bisik Zana seorang diri.

Sebaik dia melangkah masuk ke ruangan dapur, Zana terkejut dengan apa yang disaksikannya. Tak sangka itu yang akan didapatinya.

Seorang gadis muda makan dengan lahapnya di dapur.

Tangannyya menekup mulut dari menjerit. Zana terus menangis. Dia takut. Fikirannya buntu untuk memikirkan apa yang harus dilakukan. Dia tersepok duduk di tepi. Apabila dia menoleh sekali lagi ke arah yang sama, dia menjerit!

Arghhhhhhhh!!!!

Wajah gadis yang sedang makan tadi sudah berada di sebelahnya merenung tajam. Zana pengsan kerana terlalu terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience