Bab 8

Horror & Thriller Series 8599

BAB 8

“Alhamdulillah, siap pun kerja aku. Bolehlah pulang awal,” kata Saif menguntum senyum. Hati dan fikirannya sudah menerawang jauh ke rumah. Teringat Zana yang tinggal keseorangan. Hatinya girang kerana tak perlu bermalam di Tapah pada hari itu dan boleh terus pulang ke rumah.

Namun fikiran terganggu dengan alamat yang dialaminya tentang gadis bercermin mata dan pantas terus dia teringat ke Zana jika isterinya baik-baik sahaja di rumah keseorangan.

Disebabkan itu, dia terus memandu laju. Setelah dua jam memandu, Saif tiba di rumah. Dilihatnya apartmentnya bergelap. Lampu tidak dipasang. Seolah-olah tiada sesiapa di rumah. Hatinya mula syak sesuatu dan rasa tidak sedap dengan apa yang dilihatnya. Hati dan fikirannya terus ke arah Zana.

Sedang Saif memutar kunci di pintu kayu apartmentnya itu, dia terdengar suara wanita menangis. Tapi hanya sayup-sayup kedengaran. Dia lantas melihat jam tangannya. Sudah menunjukkan jam 7.40 malam. Mungkinkah Zana yang menangis. Tapi mengapa rumah dibiar bergelap. Fikirannya sudah menerawang ke perkara lain yang mungkin berlaku.

“Zana... Zana...” pekik Saif emanggil nama isterinya.

“Sayang ada kat mana? Abang dah balik ni!” katanya lagi. Tapi panggilannya itu tidak disahut. Sebaliknya suara wanita menangis itu semakin jelas didengari. Hal ini membuatkan hati Saif berdebar. Bibang jika sesuatu yang buruk berlaku kepada isterinya.

“Sayang ke yang menangis tu? Jawablah. Sayang di mana?” kata Saif lagi ingin mengetahui kedudukkan isterinya.

“Abang...” kata satu suara dari sebelah kiri Saif. Tapi apabila di toleh ke kiri, tiada sesiapa pun yang berada di situ.

“Sayang ke tu? Jangan main-main begini sayang,” pinta Saif dengan suara yang gelisah. Suis lampu di cari. Tapi sayang apabila Saif cuba membukanya ia tidak berfungsi. Beberapa kali juga suis itu ditekan ke atas dan ke bawah. Tetap sama. Tidak erfungsi. Lampu tidak boleh dipasang.

“Kenapa pula dengan suis lampu ni?” bisik Saif perlahan.

Dia menggagau pula ke suis lain dan mencuba untuk menekannya ke atas dan kebawah Tetap sama juga. Lampu tidak boleh dihidupkan seakan tiada elektrik tetapi rumah jiran-jirannya yang lain seperti biasa terang benderang.

Kemudian Saif ke kotak suis utama untuk melihat apa yang menjadi masalahnya. Dia perlu membuka lampu rumahnya dahulu bagi memudahkannya mengesan di mana Zana berada. Keadaan gelap gelita dalm apartmetnya benar-benar menyusahkan.

Sayangnya, suis utama juga tidak berfungsi. Suara wanita menangis masih kedengaran dan Zana belum ditemukan di mana-mana.

“Zana...” kata Saif lagi. Hatinya bimbang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience