BAB 2

Romance Completed 7869

Berdoa moga yang kelam diterangkan,” pujuk ibunya lagi sambil membelai lembut ubun-ubun anaknya itu.

“Sebenarnya Aimee takut la, maBagaimana kalau memang lelaki itu jodoh Aimee ?” gadis itu mula mencebik bibirnya tanda protes.

“Kalau macam tu baguslah, ucaplah Alhamdulillah. Kenapa nak takut pulak?” Che Yah tersengih penuh makna. Dia mengerti apa yang telah dituturkan oleh Aimee dan segala kegusaran anaknya itu namun sengaja dia buat-buat tak faham.

“Mama please, bukan mama tak tahu, deep down I know you knew it very well. Tak payahlah mama nak berlakon dan berdalih seolah mama tak faham gejolak hati Aimee ni,” balas Aimee sambil melepaskan satu keluhan berat.

“Kalau memang dia jodoh Aimee, Aimee lari menyorok ke celah dunia mana sekalipun tetap akan bertemu, bak kata orang ikan di laut asam di darat di dalam kuali bertemu jua. So, terimalah dengan hati terbuka. Sesungguhnya Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, sayang,” jelas Che Yah lagi.

“Elok sangat ke dia tu ma?” Bibir Aimee dijuihkan. Che Yah hanya tertawa kecil.

“Macamnilah nak, kalau betul dia tak baik orangnya, maknanya jodoh dia nanti sejenis yang tak baik juga. Tapi sebaliknya, jika dia dapat seorang yang berhati baik, budi pekerti baik seperti Aimee ini itu tandanya Allah sedang menguji Aimee. Jadi Aimee kenalah menerima ujian itu dengan sabar dan mengajar diri untuk sabar dalam mengubah sikap dia selepas kahwin nanti. Dalam berumah tangga, perlu ada toleransi.’pujuk ibunya, Aimee hanya diam membatu.

“Apa Aimee ni baik ke orangnya, ma?” soal Aimee pula dengan wajah yang tersimpan seribu persoalan yang masih belum dapat dirungkai.

“InshaAllah Aimee baik orangnya, bila Aimee kerjakan apa yang Allah suruh dan tinggalkan segala yang dilarang, Aimee baik bila patuh pada kata mama dan abah dan baik bila Aimee mampu memaafkan sseseorang tak kisah sebesar apapun salah orang tu dan baik bila Aimee ikhlas dan sabar mendidik seseorang ke jalan kebaikan,” jelas ibunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience