“Nak abang! Nak makan abang! Nak semua!” Geli hati Aimee dengan kata-kata sendiri. Farrin dah tersenyum nakal. Dicuit batang hidung si isterinya yang sudah menekup mukanya dengan bantal kusyen, malu punya pasallah tu.
“Very the naughty ye isteri abang ni.”
“Haruslah nakal! Kalau tak nakal, takkan orang tu nak pinang Aimee , kan?” Dikenyitkan mata ke arah suaminya yang mulai menggetap bibir menahan geram.
“Abang pinang sebab dah jatuh sayanglah, bukan sebab sayang tu nakal atau menggoda meow meow meow.” Aimee mencebik. Dia bangun berdiri. Ditariknya suami ke birai katil. Masing-masing terbaring di atas katil, Aimee kemudian memusingkan tubuhnya dan bertenggek di atas dada bidang suaminya.
“Jadi , bagitau Aimee apa yang buat abang terfikir nak pinang Aimee ni ?”
“Fine, tapi lepas tu , Aimee kena bagitahu abang kenapa masa mula-mula kita kahwin dulu Aimee benci sangat dengan abang. Lepas setahun kita kahwin baru ajak abang berdamai? Aimee tak tahan tengok abang yang seksi ni ke?” seloroh Farrin tatkala soalan berbalas soalan. Sepertinya masing-masing cuba menyembunyikan rahsia.
“Ladies first,” balas suaminya dengan senyuman lebar terukir di bibir.
“Kenapa Aimee benci dan memusuhi abang?” Suaminya mengangguk. Aimee tersenyum kambing
“Sebab Aimee takut sebenarnya.” Si suami angkat kening tak faham.
“Takut kalau-kalau Aimee jatuh cinta dengan abang. Maklumlah, dulu kan abang tu jahat pernagai serupa hantu. Suka buli dan kacau Aimee . Suka tengok Aimee terfikir Macam manalah agaknya kehidupan kita kalau lepas kahwin, adakah abang macam tu jugak? Tak ke naya jadinya tu?” Farrin mengangguk faham.
“Sampailah Aimee jumpa dengan kawan abang yang nama Farouk tu. Sekarang dah selamat jadi manusia, elok je jadi engineer dah budak tu. Kalau teruss jadi balaci abang mesti dah jadi hantu dekat rumah hantu di Fun Fair tu!” ujar Aimee gelak.
“Amboi, sedap nampak mengata! Kawan-kawan abang semua manusia dan elok belaka perangai kecuali si Ehsan tu,” sampuk Farrin .
“Ehsan? Mamat yang cuit pinggang Aimee tu ke? Yang gempak-gempal dan berkulit gelap orangnya.” Farrin mengangguk. Teringat pergaduhannya dengan Ehsan selepas dia tahu apa yang lelaki itu buat pada Aimee . Habis dibalunnya muka budah tu sampai pecah bibir dan nak patah tangannya menumbuk Ehsan yang dua kali saiz tubuhnya itu. Semuanya kerana seorang Aimee Aurielle .
“Yelah dialah yang cuik pinggang sampai sayang peluk abang tu, bukan main ye budak lagi dah reti peluk abang” usik Farrin . Merah padam muka Aimee diusik begitu. Benar peristiwa itu tidak pernah lupus dari ingatan. Kerana peristiwa itu, dia langsung tidak bertegur sapa dengan Farrin sampailah lelaki itu melanjutkan pelajaran ke UK dalam bidang kedoktoran.
“Ish Abang ni, stop it!” bentak Aimee manja dengan riak malu.
“So, apa yang Farouk cakap dekat sayang sampai sayang boleh tukar fikiran dan terima abang tu?” soal Farrin .
“Farouk cerita pasal abang belasah Ehsan. Lepas tu dia cakap abang mengaku sendiri dengan dia yang abang dah suka lama kat Aimee sebab tulah abbang sanggup tolak pinangan ramai anak dara kampung ni termasuk adik Farouk sekali, Minah.”
“Hek eleh kecohlah Farouk, yang tu pun dia nak cerita,” ujar Farrin malu.
“Apasal abang tak pernah cerita dengan Aimee pasal abang tolak pinangan orang, bukan main abang nii terlajak laris ye,” cubit Aimee geram, Farrin merengek kesakitan dek cubitan berbisa suaminya itu.
“Dah Sayang tu sombong dengan abang. Mana ada peluang nak bercerita kat sayang. Mujur nama sayang sudah terpahat di hati abang sejak sekian lama kalau tak jangan haraplah sayang merasa jadi isteri abang, putih mata nampak gayanya,” seloroh Farrin dan disambut dengan cebikan sinis Aimee.
Share this novel