BAB 6

Romance Completed 7869

“Eh apa pula bunyi kentut, cuba korang datang dekat sikit. Macam mana nak dengar kalau korang duduk sebatu macam tu, suarang nyaring ni tiba-tiba tal berfungsi, frekuensi agak terjejas,” ujar Farrin . Semakin galak lelaki itu ketawa dan rakan-rakannya turut serta bagai ada pertunjukan sarkas di depan mata mereka.

Kawan lelaki Farrin mula mengepung Aimee . Semuanya berbadan sasa dan tinggi membuatkan Aimee yang sedikit kemetot itu terhimpit ditengah-tengah. Farrin bangun berdiri. Dia mendekati Aimee yang sudah mula menangis itu. Badan gadis itu mula menggeletar.

“Farrin, aku nak balik kelas aku,” nada suara Aimee berkocak. Dadanya bagai ombak yang menghempas kencang. Haruman minyak lelaki lelaki menusuk ke rongga hidungnya membuatkan gadis itu lemas dan mulai pening.

“Kau ulang semula apa yang kau bagitahu kat aku tadi. Ni ha Kawan-kawan aku ni tak dengar tadi, tolong cakap jelas sikit bagi dorang ni join dengarbisik Farrin . Wajahnya didekatkan ke wajah Aimee hingga hidungnya yang mancung menyentuh pipi Aimee yang putih gebu itu . Desah nafas tinggi naik yang hangat dari lelaki itu membuatkan Aimee merasa seakan ada satu sensasi menyentuh kulitnya.

“Farrin, elok sikit perangai kau tu. Aku report kat cikgu nanti,” suara Nolin, rakan sekelas Aimee memecahkan suasanan yang tegang tu seketika.

“Kau nak sibuk apahal, baik kau diam! Kalau kau berani lapor dekat cikgu, siap kau! Dengan kau sekali aku kerjakan” Muiz, kawan Farrin pula mencelah memberi amaran pada Nolin membuatkan gadis itu tergamam.

“Farrin, ki… Kita bincang kat rumah nanti. Let me go first. Waktu rehat dah nak habis ni, aku kena bertugas” pinta Aimee . Manik jernih yang mengalir di pipi dikesat seraya menjauhkan wajahnya dari wajah Farrin yang mengasak-asaknya sedari tadi namun sebaik dia memusingkan badan, badannya bersentuhan pula dengan badan Farouk. Segera dia kembali ke kedudukan asal. Kini Aimee benar-benar sudah terperangkap!

“Farrin, please!” Rayu Aimee lagi. Airmatanya mengalir lebih deras, dia mulai ketakutan.

“Aku nak tanya ni, kenapa kau minta maaf dengan aku?” soal Farrin dengan suara perlahan. Aimee semakin rimas dan cemas. Rakan-rakan Farrin yang mengelilingi mereka semuanya mempamer senyum kambing, puas dengan mangsa yang baru mereka tangkap ini.

“Sebab, … Aku tuduh kau ambil buku latihan aku padahal buku tu ada dengan kawan aku, Anan, aku terlupa” jawab Aimee . Tangannya menggeletar ketakutan. Tidak putus-putus dia berdoa agar Farrin tidak melakukan sesuatu yang di luar batasan atau menyakitinya. Dia masih percaya bahawa lelaki itu masih ada kebaikan di sebalik perangai hantu yang sukar untuk diramal.

“Kau ni kan memang betullah pelik. Buku kau ada dengan Anan tapi kau sesedap hati kau je tuduh aku yang ambil? Tak cukup dengan tu kau kata aku ni penipu depan ibu aku sampai semalamam ibu aku marah bebelkan aku. Kau rasa patut ke aku maafkan kau? Cukup ke hanya dengan minta maaf lepas kau balun muka aku ni” bentak Farrin yang tiba-tiba menukar nadanya dari tenang ke berang. Aimee menelan air liur ketakutan.

Sumpah Aimee dah rasa nak menjerit dengan keadaannya waktu itu. Dia sungguh tertekan dan tak tahu nak buat apa, haruman minya wangi pelbagai jenis dari tubuh budak-budak lelaki dihapannya membuatkan kepalanya berpinar. Rakan-rakan Farrin juga semakin rancak dan agresif mengusiknya, ada yang sudah mulai berani menyentuh tangannya, dagu, pipi dan hidungnya.

“Farrin!!! Tolong berhenti!!!” Nada suara Aimee semakin nyaring apabila dia merasa ada tangan yang berani mencuit pinggangnya. Dia sudah tak tahan!

“Kau nak aku tolong apa?” tanya Farrin tenang tanpa menyedari apa sebenarnya yang dihadapi oleh Aimee. Dia sendiri tergamam apabila tak semena-menantubuh gadis itu mendekati tubuhnya hingga tangan gadis itu melekat di dadanya.

“Pleasem help me Farrin,” esak tangis gadis itu makin menjadi-jadi. Mungkin jika bukan kerana pinggangnya tidak dicuit tentu saja dia masih bertahan sehingga kini namun keadaannya yang sudah diasak agresif apatah lagi sudah melibatkan sentuhan fizikal membuat dia merasa bagai nyawa-nyawa ikan.

“Woi korang, apa ni? Aku suruh koranga cah-acah takutkan dia saja bukan mula nak merayap tangan sentuh dia, berambus korang!”’Farrin berang lantas menolak tubuh kawan-kawannya tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience