BAB 1

Romance Completed 7869

Kotak rona biru Tiffany itu dibuka. Sebentuk cincin batu putih nan berkilau dek terkena panahan cahaya lampu yang terang benderang ditatap lama. Dia menarik nafas panjang. Pelbagai rasa bercampur baur. Fikirannya semakin pening memikirkan perkara yang telah mengganggu fikirannya sejak kebelakangan ini.

Tempoh yang diberi adalah selama tujuh haru. Dan dalam tempoh itu dia langsung tidak punya masa untuk membuat keputusan sendiri, sering sahaja dia ditekan berkali-kali. Nak kahwin satu hal bukan main susahnya apatah lagi selepas kahwin nanti.

Takkan semua kena ikut keputusan sebelah lelaki dan apa yang dirasa dan dimahukannya dipandang enteng sahaja. Apa ingat dia patung ke?

Nak direjek, kasihan dan serba salah jadinya. Al-maklumlah ibu sudah memasang impian melambung tinggi mahu berbesan dengan teman baiknya. Apatah lagi kalau dapat mak mertua seperti itu, bukan sahaja Aimee bahkan perempuan lain pasti senang. Cuma, masalah sekarang hanya lelaki itu. Kahwin ni bukan perkara olok-olok. Ini soal hidup sampai ke tua. Nak bercinta sampai ke syurga. Apa kelas kahwin lepas tu bercerai berai? Lebih baik tak payah kahwin kalau sekadar untuk wayang puaskan hati orang lain semata.

“Aimee , jauh termenung?” soal ibunya, Che Yah .

“Ma, Aimee rasa macam tak boleh je terima pinangan ni Ma ,” adu gadis itu sayu cuba mengharapkan pengertian daripada ibunya. Kotak cincin itu ditutup kembali dan diserahkan semula kepada ibunya. Che Yah mencapai kotak itu lalu melabuhkan punggung duduk bersebelahan dengan anak perempuannya itu.

“Apa kamu pasti Aimee?” tanyanya lagi, masih berharap agar anaknya itu menukar keputusannya.

“Aimee Aurielle , jangan buat keputusan tergopoh-gapah. Kenapa tak buat solat istikharah dulu? Minta Allah tunjukkan apa yang membuat Aimee keliru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience