“Yang tu terlalu baik sangat Ma, Aimee tak rasa Aimee mampu menjadi manusia superbaik seperti itu,” balas Aimee menyangkal kata-kata ibunya.
“Terserah pada Aimee, tapi kalau bagi mama, Aimee tetap baik di mata mama selagi Aimee tidak melanggar hukum Allah,” kata-kata itu singgah halus di hati Aimee.
Lantas Aimee memberi satu pelukan yang erat pada ibunya. Apakah pantas untuknya menerima lelaki itu? Bertahun-tahun mereka terpisah kerana Aimee melanjutkan pelajaran ke USM Pulau Pinang, usai sahaja dia menamatkan pengajian, sang jejaka menghantar rombongan merisik dan meminang. Motif? Apa lelaki itu sudah lupa akan persengketaan mereka? Apa lelaki itu cuba membalas dendam dengan mengahwininya?
“Farrin !” teriakan itu mengejutkan Farrin yang sedari tadi sedang asyik memberi makanan kepada lembu belaan ayahnya. Dia kenal benar pemilik suara nyaring itu, siapa lagi kalau bukan Aimee Aurielle. Gadis jiran sebelah rumah, anak kedua Che Yah dan Pak Ari.
“Apa kau nak?” tanya Farrin sambil mempamer muka tak bersalah. Gadis yang memakai baju lengan panjang dan berseluar trak rona jingga itu mendekati kandang lembu yang besar mengalahkan stadium Melawati itu.
“Pulangkan semula buku latihan Kajian Tempatan aku!” Matanya menjengil tajam kepada anak muda dihadapannya itu. Farrin mencebik sahaja. Wajah gadis itu dibalas dengan jelingan tajam.
“Cakap elok-elok sikit ye minah nyarung! Siapa yang ambik buku latihan kau? Tak hingin aku! Apa kau ingat hebat sangat buku latihan kau tu?” Farrin mencapai rumput kering yang terisi penuh di dalam bekas makanan lembu itu lalu disuakan ke arah lembu jantan besar di hadapannya.
“Eleh, Kau jangan nak tunjuk muka seposen kau kat aku eh! Habis tu kalau bukan kau yang ambik takkan hantu jembalang yang ambik?!” Pecah ketawa Farrin mendengar amarah gadis comel dihadapannya itu.
“Amboi jangan main serkap jarang je tau! Dah kalau bukan aku yang ambik tu 100% kerja hantu jembalang. Yelah, muka kau dengan hantu pun tak banyak bezanya, sepesen. Mungkin dia ingat kau kawan dia kot sebab tu dia pinjam buku kau tu untuk buat ulangkaji.” Seloroh kasar Farrin yang berusia 17 tahun ketika itu.
“Tapi…” Farrin memandang anak gadis jirannya itu dengan wajah nakal manakala Aimee pula sedang menyinga menaham amarah. Mujur lelaki itu anak Makcik Jah dan Pakcik Apis, kalau ikutkan hati sudah lama dia gilis dengan lori traktor.
“Kau jangan perasan lebih, kalau nak dibandingkan kau dengan hantu, hantu tu lagi cun dari kau!” Farrin bingkas melarikan diri jauh dari Aimee yang sudah mengalirkan air mata.
“Farrin, pulangkanlah!” Jeritnya apabila Farrin semakin menjauhinya. Dalam pada Aimee sedang menangis marah sempat lagi Farrin melemparkan tanah lembik bercampur tahi lembu pada Aimee hingga habis kotor baju yang dipakai gadis itu. Farrin tidak menyedari tanah lembik yang dilemparnya itu telah bercampur dengan tahi lembu namun dah terlempar, mustahil untuknya undur semula.
Aimee terkejut dengan perbuatan Farrin namun baginya kekotoran di baju bukan menjadi keutamaannya saat ini, apa yang penting adalah buku itu, tanpa buku latihan itu mustahil untuknya datang ke sekolah. Pasti Sir Arol akan memarahinya dan mendendanya berdiri di luar kelas sepanjang sesi pengajaran atau berlari itik pusing keliling kelas tingkat 3 itu.
Tidak! Dia tidak mahu itu terjadi. Dia seorang pengawas, habislah reputasinya tercalar jika seorang pengawas yang menggalas tugas dan amanah didendan di hadapan pelajar lain atas kesalahan seumpama itu. Bukankah pengawas itu role model ssekolah. Pasti kredibilitinya sebagai penagwas dipersoalkan. Mana perginya tanggungjawab dan imejnya sebagai antara pelajar cemerlang sekolah. Ah memikirkan hal itu sahaja sudah cukup buat dia hampir pitam.
“Farrin!” Tanpa sedar, kakinya sepantas kilat mengejar Farrin . Dia tak kira, dia mahu bukunya itu semula walau apa cara sekalipun!
Share this novel