BAB 4

Romance Completed 7869

Lariannya semakin laju cukup laju hingga tangannya mampu menarik kolar baju polo yang dipakai Farrin hingga tubuh lelaki itu tertarik ke belakang sebelum rebah menyembah bumi. Aimee tercungap-cungap menahan mengah namun tangannya masih kuat memahut kolar baju Farrin hingga akhirnya lelaki itu memusingkan badannya menghadap Aimee yang sedang mengusap dadanya dengan tangan kirinya.

“Pulangkan buku latihan aku semula budak jahat!” jerit Aimee. Farrin pula masih mampu tergelak. Entah kenapa seakan ada kepuasan dalam dirinya setiap kali melihat gadis itu marah

“Baik kauu bagi sebelum biru muka kau aku kerjakan!!” Bentak Aimee serus dan wajah itu dipandang lama. Gelak tawa yang tadinya mengisi suasana kini senyap, namun masih saja senyuman terukir di waja Farrin.

“Wahhhh takutnya, garangnya akak ni!” perli Farrin sengaja mahu menjentik api amarah Aimee lagi. Tanpa menunggu lama, Aimee mengenggam erat buku limanya. Kali ini dia sudah nekad, tiada rasa kasihan. Apa nak jadi, lantaklah, dia sudah tidak kisah! Yang penting dia dapat semula buku latihannya.

“Farrin !” suara Makcih Jah lantang kedengaran dibelakang. Aimee serta merta kaku dengan penumbuk kuat yang sudah tersua dimuka Farrin .

“Aimee Aurielle !” jeritan Che Yah pula menyapa pendengaran Aimee.

Aduh! Farrin mulai merasa pandangannya berpinar-pinar, mendengar jeritan kedua ibu mereka itu membuat darahnya gemuruh.

“Lepaskan Farrin Aimee!” Keras suara Che Yah memberi amarandan cuba melepaskan genggaman tangan Aimee yang erat memegang kolar baju anak teruna jirannya itu, Aimee pula dengan peluh yang merecik bersama pandangan tajam masih lagi mengetap bibir tanda geram namun beberapa saat kemudian meleraikan pahutan tangannya itu dari kolar baju Farrin.

“Farrin , apa yang awak buat dekat Aimee kali ni?” suara Makcik Jah pula kedengaran. Serta merta Farrin yang sedang terbaring di atas rumput itu menjadi kecut. Dia pantang betul dengar suara ibunya.

“Far.. Farrin mana ada buat apa-apa, ibu,” anak muda itu mencebikkan bibirnya tanda protes. Apalagi Aimee yang memandangnya semakin berang mendengar kata-kata Farrin yang masih lagi tak mahu mengaku.

“Penipu! Dia tipu makcik Jah. Dia yang ambil buku latihan Kajian Tempatan Aimee ,” naik nyaring suara Aimee . Matanya mengerikng tajam ke arah Farrin .

Pening Makcik Jah memikirkan gelagat dua orang anak remaja di hadapannya. Che Yah pula hanya tersengih memandang sahabatnya itu. Lali sangat dia dengan perbalahan anak mereka ini, Ini bukan kali pertama bahkan sampai sukar dihitung berapa kali sejak kali pertama mereka pulang semula ke kampung halaman selepas berhijrah selama 10 tahun di negara Kangaru, Australia.

Saban hari Aimee menangis merindui teman-temannya di sana, acapkali Aimee berasa janggal dengan kehidupan di Malaysia, betapa pelat Aimee berusaha bercakap normal tanpa sebarang pelat orang putih setiap kali dia dibahan oleh budak-budak sekelas mahupun budak kampung yang diketuai oleh Farrin.

“Farrin, pulangkan buku latihan Aimee ,” getar nada suara Makcik Jah menandakan dia sedang marah dengan anaknya itu dan Farrin faham sangat bahawa ibunya itu sudah mencapai tahap klimaks amarahnya.

“Sumpah ibu, mana ada Farrin ambik.” Farrin cuba mempertahankan dirinya. Wajah Aimee direnung tajam serasa mahu sahaja dia menyiat-nyiat wajah gadis comel namun garang macam singa itu.

“Farrin Bilal ! Kamu jangan pandai nak tipu ibu ya. Nak pulangkan semula buku latihan Aimee atau kamu nak ibu hantar kamu ke rumah pak long kamu yang 100 kali garang daripada ibu? Tak makan saman kamu ni ye!” gertak ibu Farrin.

Farrin berang. Ya memang dia jahat dengan Aimee . Memang dia suka membuli dan mengusik Aimee . Memang dia puas melihat Aimee menangis namun dia bukan penipu apatah lagi berani mahu menipu ibunya sendiri yang digeruninya.

“Sumpah ibu, bukan Farrin yang buat ibu. Mana ada Farrin ambik buku Aimee . Dia yang serkap jarang tuduh Farrin!” sesak dadanya penuh dengan amarah yang mahu meletus bagai gunung berapi. Ikutkan hati, mahu saja dia bagi penumbuk pada Aimee yang muda setahun daripadanya, mujur ada ibunya.

“Cukup! Kamu balik sekarang! Ibu dah letih layan perangai jahat dan nakal kamu ni, ibu dah naik menyampah! Balik!” teriak Makcik Jah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience