BAB 7

Romance Completed 7869

“Eleh tak luak pun lah, apa sangatlah dia ni. Sama je dengan biatch-biatch yang lain,” satu suara sumbang menyapa pendengaran Aimee . Sungguh Jijik gadis itu mendengarnya namun airmatanya semakin laju berderaian dari tubir mata.

“Woi, kau jangan cakap semberono. Dengan awek lain, ya kau boleh buat macam tu lantaklah kau nak buat apa tapi tidak dengan yang ini,” tegas suara Farrin memberi amaran keras.

Aimee yang merasa keadaannya sudah selamat lantas menolak pelukan Farrin dan berlari mendapatkan Nolin yang mennggunya di luar kelas. Esakan tangisnya makin kuat, wajah Farrin langsung tidak dipandang. Kebenciannya pada lelaki itu semakin tinggi manakala Farrin pula memberikan satu pandangan yang penuh rasa penyesalan tidak terhingga pada Aimee.

“Aku terima nikahnya Aimee Aurielle binti jauhari dengan mas kahwinnya RM300 tunani…”

Selepas dua kali lafaz barulah mereka sah menjadi suami isteri. Menggeletar Farrin sewaktu akad nikah membuatkan seisi keluarga mengusiknya selepas itu.

Tangan diangkat mengaminkan doa. Wajah gadis yang baru sahaja menjadi isterinya itu dipandang puas.

“Tahniah, Aimee . Semoga kekal hingga ke syurga,” bisik Nolin teman baiknya sewaktu sekolah menengah, teman-teman sepengajian dari USM juga turut hadir masing-masing tak henti mengucapkan tahniah dan selamat kepada kedua mempelai.

“Terima kasih sahabat, Alhamdulillah,” bisik Aimee cuba tenang namun hakikatnya perasaannya bergejolak serasa ada tsunami yang menghempas jantungnya saaat ini!

Si suami perlahan-lahan mendekatinya dengan senyuman manis. Aimee terus sahaja menunduk ke bawah melihat tangannya yang dipenuhi dengan ukiran inai. Mawar, teman sebilik Aimee di USM juga Nolin hanya tersenyum melihat gelagat Aimee . Mawar sunguh tertarik dengan kisah sahabatnya ini, pelik dia bagaimana temannya itu boleh bernikah dengan cepat sedangkan selama mereka berkenalan dan berkongsi hostel yang sama tidak pernah sekali dia mendengar nama jejaka Farrin Bilal itu meniti di bibir Aimee. Tup tup tak ada angin tak ada rebut dia mendapat undangan perkahwinan daripada gdis itu. Hebat betul teman baiknya itu menyimpan rahsia.

“Aimee , bak sini tangan tu,” arah Farrin . Aimee pula kebingungan.

“Apa?”

“Marilah sini aku nak sarungkan cincin ni kat kau. Takkan aku nak sarungkan cincin ni kat hidung kau pulak. Tak ke macam bedah, lembu betina ayah aku yang jadi korban untuk kenduri kahwin kita ni,” soal Farrin dengan nada mendatar seraya mengerling kaki si isteri yang mulai menggeletar itu.

“Apa ni?” bentak Aimee . baru beberapa minit bernikah sudah muali menunjukkan belang dan taringnya. Bukan main lagi perangai hantu mamat ni tak pernah berubah, jahat! Kau memang jahat!

“Jaga sikit perangai kamu tu Farrin, kamu tu da jadi laki orang,” tegur makcik Jah. Masak benar dia dengan perangai anak sulungnya itu.

“Padan muka!” Bisik Aimee puas hati.

“Eh kau tak payah nak suka sangat. Aku harap kau standby malam nanti. Siap kau!” bibir Farrin diketap rapat. Aimee menelan liur, sungguh dia terlupa seketika bahawa mulai mala mini mereka akan berkongsi bumbung yang sama, katil yang sama!

Cincin bertahta berlian dengan ukiran nama mereka berdua tersarung dijari manis Aimee . Segera gadis itu menyalami Farrin lalu dicium lama.Sempat lelaki itu mengusap kepala Aimee sambil mulutnya terkumat-kamit membaca doa lalu menadah tangan membaca doa lalu meletakkan tangannya semula di ubun-ubun si isteri, gadis pujaannya.

Alhamdulillah, ya Allah. Kau permudahkan urusanku untuk melamar gadis ini menjadi isteriku, teman halalku di dunia. Kuatkan hatiku dalam menjalani tugas dan amanah sebagai seorang suami. Janganlah hendaknya hati ini berbolak-balik tika melihat kekurangan isteriku yang juga disebakan oleh kekhilafanku. Berkatilah hubungan ini selayaknya sehingga ke syurgaMu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience