BAB 5

Romance Completed 7869

Aimee terdiam membatu sambil mindanya berfikir. Che Yah mengusap lembut bahu Makcik Jah. Wajah sahabatnya yang dikenali sejak kecil itu merah padam menahan marah. Farrin pula perlahan-lahan bangkit berdiri. Ditepuk-tepuk segala debu yang melekat dibaju dan seluarnya.

Farrin kemudia berjalan mendekati Aimee yang sudah siap dengan buku limanya. Tajam dia menjeling ke arah Farrin. Apa ingat gadis sepertinya takut pada budak jahat seperti Farrin? Setakat samseng kampung tahap samdol ni dia tak gentar. Sarang tebuan jangan dijolong karang ada yang merana.

“Kau tunggulah nasib kau selepas ini,” lelaki itu memberi amaran dengan wajah garang. Aimee mengerutkan dahi. Mamat Psiko ni dah naik hantu agaknya.

“Farrin , kamu balik sekarang!” Naik satu oktaf lagi suara makcik Jah. Lintang pukang Farrin mengatur langkah untuk pulang. Senakal-nakal dia, tak pernah sekali dia ingkar pada arahan ibunya. Sejahat-jahat dia yang dikenali ramai, kalau sudah suara ibunya mulai kedengaran, apa sahaja arahan akan dipatuhinya tanpa sebarang alasan mahupun protes.

“Jah, jangan berkeras sangat dengan budak Farrin tu, biasalah budak-budak baru membesa, nakal mereka lain sikit apatah lagi budak baru bujang macam Farrin tu” ujar Che Yah .

“Yah, Jah penat tau tak. Hari-hari ada saja budak atau mak bapak orang datang mengadu pasal perangai hantu Farrin ni. Yah sendiri tengokkan apa yang dia buat pada Aimee. Susah betul perangai nakal dia tu nak hilang, takkan nak kena pukul pulak sedangkan dah besar panjang?” rungut Makcik Jah.

Aimee hanya terdiam. Ada simpati pula singgah dalam dirinya pada mamat benama Farrin itu namun segera ditepis rasa kasihan itu kerana baginya memang patut pun Farrin dimarah oleh Makcik Jah. Kalau dibiarkan esok-esok boleh jadi hantu! Budak jahat dan nakal perlu diajar.

**

“Farrin, aku nak jumpa kau kejap,” pinta Aimee dengan wajah tebal menahan malu, lidahnya terketar-ketar mahu berbicara.

Farrin pula hanya memandang dengan muka selamba sambil mengunyah gula-gula getah. Tidak endahkan Aimee yang berdiri di hadapannya itu. Dia cuba berlagak tenang walhal dalam hatinya sudah berbalam dengan rasa marah dan geram. Rakan sekelas Farrin mula bersosek sesama mereka barangkali terkejut kerana Aimee berani datang ke kelas mereka semata-mata mahu berjumpa dengan Farrin, bagi mereka itu adalah satu pandangan yang jarang dilihat. Mana ada orang berani untuk berjumpa dengan Farrin. Aimee benar-benar berani, menurut mereka kemungkinan Aimee punya darah pahlawan sampai senekad dan seberani itu.

“Farrin, makwe cun melecun panggil tu. Pergi ajelah, cuba dengar dulu apa yang dia nak” satu suara sumbang kedengaran memberi arahana pada Farrin. Aimee pula hanya pekakkan telinga.

“Please Farrin, please.” Wajah Farrin dipandang dengan rasa tidak puas hati. Kalau bukan mengenangkan dirinya nak meminta maaf, memang seumur hidup pun dia tak ingin menjejakkan kaki ke kelas Farrin ini yang dipenuhi oleh sepsis hantu nakal macam Farrin, nak-nak lagi sekarang waktu rehat. Cuma ada beberapa orang sahaja pelajar di kelas 5 Sains 1 itu yang rata-ratanya pelajar lelaki.

“Apa kau nak??” bentak suara Farrin bertanya. Mukanya didongak memandang wajah Aimee yang memandangnya menanti jawapan .

“Sebenarnya aku… Aku nak minta maaf atas apa yang berlaku,” perlahan nada suara Aimee . Pipinya merah menahan malu! Ya, memang saat ini perasaan malu menyelubunginya, terasa egonya tercalar tapi apakan daya.

“Apa? Cuba kau ulang! Aku tak dengar, tiba-tiba telinga aku ada masalah pendengaran” sinis suara Farrin.

“Aku nak minta maaf pasal hal tempoh hari,” Aimee mengulang kembali. Farrin pamer senyum sinis dan puas hatinya.

“Gang, dengar tak apa yang minah suara nyaring mat salleh celup ni cakap apa?” suara Farrin bergema satu bilik darjah itu. Aimee memintal-minta benang hujung tudung sekolahnya yang berwarna biru gelap itu, tunduk mendiamkan diri.

“Tak dengar, sayup-sayup macam bunyi kentut je!” Sahut suara nakal rakan-rakan Farrin . Hilai tawa bergema di dalam kelas 5 Sains 1 itu. Aimee pula sudah mula tidak senang duduk. Mahu rasanya Aimee menangis dan menjerit saat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience